Monday, October 31, 2016

berebut nak tidur dengan mommy and baby

Malam semalam sangat mencabar.

fatma nak baring sebelah mommy sebab nak dekat dengan baby. Yusuf pun nak baring dengan mommy, walaupun 2 malam sebelum tu boleh jer tido sendiri masa mommy di ward.

Berebut, tolak menolak, cubit mencubit... pukul 11 malam.

Mula-mula yusuf ok je baring sebelah papa, main tickle-tickle, main animal sounds, tapi bila nak terlelap tu terus cari mommy.

Fatma suka sangat ada baby. Masa mommy kat ward lagi dah tertanya-tanya bila nak tengok baby. Bila visit baby di ward terus nak angkat. Dia usap-usap rambut, popopok belakang baby. Pandai fatma.

Jam 4 pagi tadi pun budak-budak ni berebut lagi nak sleep sebelah mommy, sampai adik sleep dekat kaki, fatma dekat sebelah. Aih nih baru satu malam, panjang lagi perjalanan nak tunggu baby ni besar.

Ya Allah, permudahkan urusan rumah tangga kami ya Allah....

Saturday, October 29, 2016

Masuk wad

Semalam selepas makan malam sekali lagi bawa wifey ke hospital untuk check. Masa siang sebelum ni ada juga wifey pergi sendiri ke hospital utk check, masih 2-3cm saja opening. Sebelum keluar selepas makan malam, dah siap pesan dengan fatma dan yusuf yang mommy mungkin akan 'sleep at hospital' malam ni. Fatma faham, yusuf masih macam tak masuk lagi apa yang mommy nya cuba cakap.

Di hospital bila periksa os dah buka 3-4 baru. Tapi MO yang bertugas malam ni suggest untuk admit ward. So, admit je la alang-alang beg semua dah bawa.

Bila sampai rumah yusuf and fatma tanya mana mommy, papa cakap yang mommy 'sleep at hospital, sbb nanti mommy nak pop baby'. Fatma boleh terima. Yusuf masih cannot get it lagi. Jam dah lebih kurang pkul 10. Masa sampai rumah tu Mak kata baru je cebuk wawak fatma and yusuf pun tengah wawak belum sempat cuci lagi.

Bila nak wash wawak yusuf, yusuf request atuk yang wash, atuk pun layankan je.

Atuk yuha ajak fatma sleep dengan atuk malam tu tapi fatma taknak.

Bila dah padamkan lampu, budak-budak ni masih tak boleh tidur lagi. Adik asik keluar masuk bilik, fatma melompat-lompat. Ada sekali sekala yusuf tanya kenapa mommy lambat sangat ni..

Papa dah mengantuk sangat berkali-kali papa terlelap tunggu  anak-anak papa sleep dulu tapi sebab yusuf asik buka pintu nak keluar, papa terjaga.

Papa pun main tickle-tickle dengan fatma and ysuuf.

Lepas tu kita main sleep dengan bear. masing-masing ada bear masing-masing. kita susun bantal molek molek and letak posistion bear masing-masing. fatma and yusuf kena bombom dengan bear tu. somehow adik complied.

Ada sekali skala yusuf cakap "ala mana mommy.. nak sleep dengan mommy... kenapa mommy ni lambat sangat"

sambil-sambil nak tidur tu ramai-ramai baca doa and zikir-zikir. fatma boleh ikut yusuf pun ikut.

lepas tu semua tertidur..


Friday, October 28, 2016

Masih menunggu lagi...

Semalam wifey dah ke hospital pada waktu pagi. Bila VE katanya dah buka dalam 1-2cm. Tapi wifey masih belum ada contraction lagi.

Malam pula, selepas keluar makan di Tiara, pergi hospital lagi untuk check. Katanya jalan dah buka 3-4cm tapi belum ada contdaction lagi. CUma tightening je. Buat CTG, alhamdulillah so far so good.

Harini pagi aku akan pergi kerja macam biasa. Hopefully harini ada  pogress lebih.

Semalam sebelum ke hospital lepas makan luar, kami kena pujuk yusuf lama-lama sikit so that dia nak dok dekat rumah stay dengan atuk-atuk. Alhamdulillah dia nak.

Bila kami balik dari hospital dalam jam 11 lebih, yusuf dan fatma masih tak tidur lagi. Masing-masing nampak macam masih segar.

Harapnya bila nak bersalin betul-betul nanti, senang la budak-budak ni duduk dengan atuk dekat rumah.

Takda apa lain yg diharapkan selain dipermudah segala urusan, urusan bersalin dan urusan rumah tangga.


Tuesday, October 25, 2016

Menanti kelahiran yang ke tiga

Wifey dah 39weeks + sekarang. Tapi masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Ikut pengalaman lepas, wifey bersalin biasanya 3-5 hari lebih awal dari due date.


Ada beberapa perkara yang aku concern sekarang ni.

Aku susah nak bercuti minggu ni sebab klnik tiada orang lain yang jaga. Masing-masing ada urusan luar. Lagi-lagi hujung minggu ni deepavali. Collegue akan bercuti lama, dan yang akan buat locum pun tak banyak.

Kalau wifey bersalin sebelum mak ayah datang, mana nak letak budak-budak kalau bersalin tengah malam? pilihan yang ada ialah sepupu liyana, siti tapi siti nak balik KL dah katanya.

Rasanya waktu yang terbaik untuk wifey bersalin ialah waktu petang atau malam selepas mak ayah dah sampai. Itu yang terbaik. AKu boleh keluar klinik awal sikit, dan untuk malam tiada masalah sebab locum dah ada.

Sekarang ni aku berserah bulat-bulat pada Allah. Allah lebih mengetahui bila waktu yang paling sesuai.

Yang penting anak tu selamat, isteri pun selamat.

Kita boleh merancang, tapi rancangan Allah lebih hebat, lebih sesuai untuk kita.

Sunday, October 16, 2016

Memaksimakan masa hari Sabtu sebelum kerja petang.

Hari ini hari yang saya rasa malas. Malas nak exercise. Malas nak baca buku. Malas nak menulis.

Pagi selepas solat subuh rasa mengantuk sangat. Baca quran 2 muka lepas tu sambung tidur. Sedar-sedar dah pukul 7 lebih. Di Luar sedang hujan. Syok betul rasanya. Kalau tak pukul 7 pagi mesti dah rasa terik dalam bilik, boleh berpeluh-peluh.

Rancangan asal pagi ni nak pergi bawak anak-anak ke swimming pool. Tapi sebab hujan, rancangan batal. Jadi pagi ni duduk di rumah saja rehat-rehat, makan breakfast, kemudian kemas-kemas bilik sikit. Turunkan langsir untuk dibasuh sebab bilik terlalu berhabuk.

Dalam jam 10 lebih pagi, keluar ke bandar. Hantar langsir, cadar dan duvet ke dobi, kemudian kami ke pasar. Beli ayam, ikan, udang dan sayur. Rancanganya nak masak ugly olio malam ni.

Selepas ke pasar kami ke showroom Toyota. Saja-saja nak tengok Toyota Fortuner baru. Dari luar memang cantik. Nampak lagi sharp dari yang sebelum ni.

Ada 2 jenis, 2.4liter diesel dan 2.7liter petrol. Yang diesel lagi murah tetapi eksesori kurang berbanding petrol. Aku lebih suka engine diesel sebab dia lebih tahan, dan mungkin lebih sesuai untuk pergerakan di Sabah nanti. 


Kami berpeluang untuk test drive. Rasa pickup dia boleh tahan, macam bawa kereta sedan. Posisi pun tinggi.

Kalau ambil loan 9 years with 10% downpayment, monthly installment lebih kurang rm1300. WOW!! Kereta sekarang nih aku bayar rm899 pun dah rasa ketat ape tah lagi nak tambah extra rm400 untuk kereta baru. Rasanya isu kereta baru ni terpaksa ditangguhkan dulu. Kewangan belum mengizinkan lagi.

Selepas tu kami ke Gukawe makan nasik. Wifey makan nasik kukus, aku makan nasik komok, fatma makan nasi kerabu. yusuf makan semua serba sedikit.

Lepas tu balik rumah, bersihkan barang-barang mentah, solat zuhur dan terus pergi kerja.

Masa mungkin singkat, tapi kalau dimanfaatkan sebaik mungkin, insyaallah rasa bermakna. Bermakna untuk diri, juga untuk anak-anak dan isteri.

Sekarang di klinik, menaip sambil tunggu pesakit datang.

Faizul Jalal

Thursday, October 13, 2016

Gaji sikit dan bersyukur.

semalam pagi cat pasti 3. alhamdulillah dapat habiskan leihkurang 60%. selebihnya nak sambung lagi harini. selepas cat sempat juga interview 2 org untuk jawatan guru pasti.

apa yang aku belajar dari sesi interview tu, aku perlu lebih rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, gaji yang aku dapat, segala kesenangan yang aku ada. Gaji basic yang kami offer untuk guru pasti ialah rm800. kami tanya pada calon guru tersebut, setuju tak dengan gaji tersebut, semua kata setuju. Masyaallah, aku terfikir apalah sangat boleh dibuat ddengan gaji rm800? selama ni kadang-kadang aku pernah juga merungut sebab gaji tak cukup, tapi bila tengok orang yang gaji lebih sikit rasa malu sangat.

Walaupun mungkin mereka tiada komitmen lain seperti hutang kereta, rumah, PL dan lain2, tapi apalah sangat RM800 tu. kalau duit makan sehari rm15, sebulan dah rm450. Belum campur belanja lain-lain lagi.

Mungkin ni la masanya untuk yakin dan percaya pada janji Allah mengenai berkat. Duit yang sikit pun kalau berkat insyaallah cukup. Bukan sekadar cukup tapi melapangkan. Melapangkan hati dan perasaan. Ada orang gaji sikit tapi boleh bagi duit pada mak bapak, boleh hantar anak belajar tinggi-tinggi, dan boleh bersedekah lagi. Ini lah namanya berkat.

Jadi kita yang gaji kira besar ni, kalau rasa tak cukup apa sebabnya? Risau juga bila fikirkan. Itu sebab bila berdoa, kena doa semoga Allah tunjuk kesilapan kita ynag perlu dibetulkan. Petunjuk tersebut boleh datang dengan kesedaran diri sendiri, ataupun dari teguran orang lain.

Duit kalau tak berkat, semua yang anak beranak makan semua tak berkat. Takutnya kalau anak kita dibesarkan dengan duit yang haram. Apa yang mereka makan akan menjadi darah daging mereka. Yang haram jadi haram. Membusuk didalam. Takut-takut inilah puncanya kalau anak-anak jadi orang yang tak baik. Nauzubillah...


Monday, October 10, 2016

sunday well spent

Assalamualaikum,

Semalam ahad yang berisi juga la. Mula-mula pagi macam biasa makan breakfast sekeluar di rumah. Aku prepare french toast untuk aku n wifey. Yusuf pulak makan scramble egg and fatma makan toast with butter. Saje je makan banyak egg sbb nak habiskan stock.

selepas breakfast, aku cycle guna trainer, tapi kali ni tak tahan lama sangat, cuma dapat 30 mnit je sabab byk distraction dari anak-anak. aku sibuk doorang pun sibuk main kat luar. Yusuf main pistol air dia basah-basah kat luar. main dengan jiran sebelah.

so selepas exercise aku mandikan budak-budak, sebab lepas tu nak kluar pegi town pulak. Wifey nak potong rambut. dah 2 tahun kot tak potong rambut. sebenarnya tak dapat nak recall bila last sekali wifey potong rambut. maybe di kariyana spa PJ selepas besalin yusuf hahah.

dalam jam 10,45am tu aku hantar wifey di satu saloon katanya mungkin abil masa dalam 1 jam. jadi dalam masa 1 jam tu aku bawa budak-budak pegi aquarium tengok2 ikan di pusat sukan laut. seronok juga tengok budak-budak ni mesmerized dengan ikan-ikan yang comel and colourful. dekat touch pool ada banyak shark kecik2 dan ikan kerapu. belangkas pun ada.

lepas habis tgk2 ikan, fatma nak main playground kat kawasan tu, tapi sebab panas main tak sampai 5 5 minit. hahaha. fatma siap terjatuh longkang lagi sebab tersalah step nak elak puddle.

kami pun pergi amek wifey. wow potong pendek terus. siap ada treatment2 ape tah. kena ketuk sampai 200 lebih hahaha. suke ati la. lepas tu kami pegi makan SCR. macam biasa la bila dah tengah hari budak2 jadi restless. adik nak itu nak ini. lompat sana lari sini. tak tenang nak makan. nasib bila suap sorang-sorang nak makan so ok la.

lepas tu kami naik kereta yusuf terus sleep. kami ke kedai pili furniture beli tempat sidai baju. sampai rumah kami lepak2 dalam bilik, sampai fatma tertidur. tapi aku tak tidur la sbb try survey prop kat KK.

petang tu kami ke botanical garden, bawak biskut nak feed fish. tapi biskut raya ni fish tak suka sgt kot. kurang dapat sambutan. lepas tu budak-budak main di playground. tapi fatma macam tak berapa enjoy kali ni tajk tau kenapa.

lepas tu kami ke ujana konon-knon nak makan pizzahut sekali tgk tutup daaa. renovation since 4oct.

so pegi giant shopping barang sikit terus balik

malam makan roti paratha segera dengan sardin. perghhh sedap giler lagi best dari makan pizza hahahaha

ok sekian saja.


Friday, October 07, 2016

cat rumah mahal!

susah betul nak cari cat semalam. kami ada colour code untuk colour yang kami perlukan. tapi code itu untuk nippon. mula-mula pergi kedai cat kcc. dia kate dia takde colour ready mixed yang sepadan, dan diorang tak buat mixing. pergi kedau dulux pun sama gak. so kami pergi terus la ke kedai nippon. untuk colour2 yang diperlukan tu memang ada. tapi isunya colour code yang diberi tu sebenarnya cat untuk interior, bukan exterior. pulak dah. yang yellow green 462 tu mereka cakap mereka boleh bancuh baru untuk jadi exterior, so takde hal cumanya harga jadi up sikit. dlm 130 lebih. tapi yang lemony green 619 tu mmg takboleh. dia suggest pegi kedai cat lain untuk cari cat exterior yang sepadan. so pergi kedai juton. juton pun sama takde colour untuk exterior yang sepadan. so patah balik ke nippon, tengok2 rupanya ada la colour yang agak sama dengan lemony green tu tapi boleh di mix untuk jadi exterior punya cat. so total 410 untuk cat.

aku ingat dalm 200 lebih je tapi sampai 400 harga cat ni.. mahal gak. ni baru nak sikit je kat depan pasti tu. kalau satu rumah brapa la agaknye ye.

tu sebab kene berhati2 bila upah orang cat rumah. dia mungkin ambil upah mahal tapi guna cat takde quality. sebaikbaiknya belilah cat sendiri. baru kita tau berapa harga sebenarnye.

sekian

Thursday, October 06, 2016

hari-hari biasa

tiada apa yang menarik untuk hari semalam. pergi kerja waktu pagi macam biasa. sebelum tu hantar fatma ke sekolah. di klinik pesakit taklah ramai sangat. ada masa diisi dengan menulis aritikel di wordpress. tengahari makan gado-gado di UTC bersama isteri. harga rm7 rupanya ingatkan rm6 saja. sebelum mula kerja sesi petang habiskan secawan kopi sebagai kickstart. baru tak rasa mengantuk. balik waktu petang mandikan budak-budak. selepas tu bantu isteri kupas petai di dapur, dibuatnya sambal petai ikan bilis makan dengan nasi lemak. selepas insyak ke usrah. balik rumah semula sebelum jam 11. isteri dah tertidur tapi anak-anak masih menyanyi dan melompat.

sebelum tidur terkenang berita yang sensasi semalam. pengarah jabatan bekalan air sabah dan timbalannya disabitkan kes rasuah atas penemuan lebih 50 juta ringgit tunai di kediaman atau ofis masing2. gila. 50 juta cash tu!

hari ini nak beli barang-barang mengecat untuk pasti. nak hantar pinggan mangkuk ke pasti. lepas tu kalau sempat nak beli ampaian baju sebab yang lama dah patah setelah pakai 3 tahun. hari ini kerja petang. harap dapat siapkan satu lagi artikel untuk wordpress.

Tuesday, October 04, 2016

Cuti-cuti Kota kinabalu

Baru-baru ni kami sekeluarga ke Kota Kinabalu sempena cuti awal muharam. Bertolak dari labuan menaiki feri kereta hari sabtu pagi, jam 8.30. Naik feri galaxy, ingatkan feri galaxy laju macam feri putrajaya rupanya slow juga. Naik feri je pukul 9 lebih. sampai menumbok dalam pukul 11.30am.

Sampai je menumbok kami terus ke Sipitang. Melawat pekan yang bakap kami tinggal tak lama lagi. Shoplot sipitang plaza dan hampir 90% siap. nampak banyak projek baru nak naik di bandar. ada hotel 9 tingkat 2 buah nak naik bersama shoplot-shoplot baru. Pergi juga tengok kawasan rumah yang liyana beli rumah tu. kerja-kerja pilling sedang dibuat. lokasi pun tak jauh dari bandar.

Memandangkan cuaca panas dan kami pun tak selera nak makan nasi berlauk atau sate, jadi kami makan di kfc jer. senang makan kfc ni, sbb anak-anak kami kalau makan nasi ayam kfc mmg laju.

selepas makan kami solat di masjid kemudia singgah ke pasar buah. Beli buah durian, rambutan, langsat dan petai hahah. ye petai. petai seikat 6 ringgit jer. kalau bawa masuk labuan jadi rm15.

dalam pkul 3 lebih kami terus bergerak ke kota kinabalu. alhamdulillah perjalanan lancar. cumanya agak terkejut bila kami isi minyak di shell bongawan, baru perasan yang body kereta bahagian depan belah kiri ada kemek di atas tayar. tak perasan bila ni berlaku. rasanya takda terlanggar apa2. kesan nampak macam kena langgar dengan kenderaaan yang lebih tinggi macam truck. Ada kemungkinan sudah kena langgar di  labuan lagi tapi tak perasan.

tiba di KK dalam pukul 6. traffik nak masuk ke dalam KK agak lembab sikit lebih lebih lagi bila dah dekat dengan pasar filipin.

Kami duduk 2 malam di Le Meridien. Sekali sekala cuba duduk hotel mahal. bilik kami sea view. lepas dan letak barang dalam bilik kami terus ke swimming pool sebab budak-budak semua dah tak sabar dah nak terjun kolam..

bersambung..