Friday, October 19, 2007

was-was

Menurut Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya Wiqayah al-Insan min al-Jin wa Syaitan "kata Ibni Qayyum: Waswas ialah bisikan suara halus tersembunyi yang tidak disedari sehingga tidak dapat dielakkan daripadanya. Waswas itu adalah bisikan dalaman yang lahir dari seseorang sama ada dalam berbentuk suara hati yang tidak didengar melainkan bagi yang menghidapinya, ataupun waswas itu ditakrifkan sebagai bisikan syaitan yang mengganggu perasaan dan hati seseorang manusia."

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan yang menyebabkan manusia merasa waswas itu namanya "Khannas". Oleh itu, orang yang berpenyakit waswas hendaklah memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT sehingga terpeliharalah ia daripada gangguan syaitan Khannas itu. Dan terselamatlah ia daripada waswas yang mengheretnya kepada kesudahan yang tidak baik."

Antara punca waswas:
  • Beramal tanpa ilmu.
  • Terlalu teliti pada sesuatu amal yang dilakukan.
  • Pengaruh luaran melalui pancaindera.
  • Hati tidak tenang, rasa sangsi, hilang konsentrasi.
  • Hilang keyakinan diri dan tidak segera kembali kepada Allah (memohon keampunan dan pertolongan Allah).
  • Terlalu mengikut rasa.
  • Kurang Zikru Allah, membaca al-Quran, selawat ke atas Rasulullah SAW.
  • Kurang membaca al-istiazah dan al-basmalah ketika melakukan pekerjaan.
  • Bila terasa tumpuan mula terganggu, tidak segera berta'uz (aku berlindung dengan Allah SWT).
  • Kurang mendekati ahli ilmu.


Program latihan terancang (cara mengatasi waswas):
  • Hendaklah menyediakan diri mengikut perintah Allah
  • Ingatlah Allah memberikan kemudahan dan keluasan hukum ke atas hambanya bagi melaksanakan ibadat.
  • Pada permulaan latihan bolehlah diikuti yang amal betul untuk beribadat.
  • Selepas penyakit was-was hilang mulalah beribadat mengikut hukum yang betul.
  • Laksanakan yang wajib dan ditambah yang sunatnya.
  • Hendaklah sentiasa mendampingi guru yang murshid (diterima)


Mengubati penyakit waswas. Selain daripada dinyatakan, antara ikhtiar mengubati penyakit was-was itu ialah :
  • Mengekalkan membaca al-Quran. Apabila tiba ayat sujud yang ada pada 15 tempat di dalam al-Quran hendaklah dilakukan sujud tilawah.
  • Amalkan sebelum tidur membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq, al-Naas, al-Fatihah dan ayat al-Kursi, tiga kali kemudian hembuskan ke tapak tangan lalu diusapkan ke seluruh badan.
  • Amalkan sebelum tidur, aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan dan balasan dan daripada kejahatan orang dan kehadiran syaitan dan juga setelah bangun dari tidur.
  • Bila terasa di dalam hati sesuatu yang mewaswaskan, baca: "Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada Syaitan yang direjam" tiga kali dan isyarat ludahlah di sebelah kiri.
  • Bila memulakan sembahyang bacalah surah an-Naas.
  • Baca surat Ghafir (al-Mu'min) sebelum tidur dan ketika berbaring dan tidur banyakkan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW hingga tertidur.
  • Tidurlah dalam keadaan badan yang suci.
  • Bangun tidur, puji dan ingatlah Allah serta pohonkan perlindungan Allah daripada tipu daya syaitan.
  • Amalkan membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah, dua ayat akhir surah at-Taubah dan empat ayat terakhir surah al-Hasyr, pagi dan petang.
  • Tambahkan ilmu dan beramalah dengan ilmu yang dipelajari - ilmu itu mestilah bersumber kepada al-Quran dan al-Hadis.

Saturday, October 13, 2007

puasa dan raya..

surat dari mak dlm parcel berisi kerepek2...

Anakanda yang disayangi...

Emak, ayah, kaklong sehat walafiat. Emak sentiasa berdoa adik selamat sejahtera dan sehat. Di Malaysia keadaan cuaca panas. Emak sudah pun menjalankan tugas sebagai pengetua sekolah baru. Mana-mana sekolah masalahnya serupa.

Sempena bulan puasa emak mengucapkan selamat berpuasa dan menyambut hari raya. Emak sentiasa berdoa adik sehat sejahtera dan berjaya dalam pelajaran. Jika adik ada masalah bincang dengan emak, kaklong/kak anum dan kawan-kawan. InsyaAllah adik akan berjaya dengan cemerlang. Emak sekeluarga akan pulang ke kampung untuk berhari raya nanti.

Akhir sekali, sentiasalah berdoa semoga kita sentiasa dalam kesejahteraan.

Thanks.

Salam sayang dari emak, ayah dan kaklong.



uuuuuwaaaaa nak balik mesia!!!!