Wednesday, May 06, 2009

muka dan tangan...


tangan..
apa ya akan terjadi jikalau..
engkau terhiris terluka dek pisau
mungkin jari2 mu terputus dikisar blender
atau mungkin kau rangup disiram minyak panas
tak pun melecur terkena stove

aku yakin..
kau sudah tidak mampu lagi
menghiris bawang memotong ayam
menumis cili dan menggaul gulai
untuk mengisi perut2 cerewet penghuni rumah

aku juga yakin...
engkau tidak lagi mampu..
membelek buku menconteng nota
membuka pintu mencuci muka
menutup lampu sebelom terlena..

dan aku pasti..
engkau tidak lagi mampu
menekan2 butang2 keybod ini
untuk aku meluahkan kata2..

mukaa...
kau ada mulut mata hidung dan telinga..
kau dibilas menyegar rasa...
disapu dibelai dan dimanja..
dikorek lubang2 yang ada..

wahai muka yang ku tatap setiap pagi
lihatlah keindahan ciptaan yang maha esa
dengarkanlah kata2 yang suci dan mulia
fikirkanlah buah2 manis untuk berbicara
luahkan mutiara2 yang dapat menusuk jiwa
dan jangan kau berhenti melemparkan senyuman pada semua..

andai kata semuanya terjaga
aku pasti
dunia ini amat bermakna
untuk semua..
bersyukurlah dengan apa yang ada...

"sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" 95:4



kredit: muka dan tangan di'fotostat' oleh printer aiyad...

Monday, May 04, 2009

duduk sejenak.. dan berfikir..


  1. " setiap yang bernyawa akan merasakan mati.." 3:185
  2. bila bukan persoalannya.. tapi adakah sudah bersedia...
  3. mati itu hanya sekadar terpisahnya roh dengan jasad
  4. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
  5. orang yang cerdik ialahp orang yang mengingati mati...


takziah buah sahabat2 aku 3 beradik yang baru kehilangan bapanya... semoga rohnya dicucuri rahmat... jadiklah anak2 yang soleh dan solehan..