Monday, February 20, 2017

harini aku dapat call dari jkn tentang tuntutan tunggakan kenaikan pangkat aku time kat govermen dulu. aku resign bulan 5, dan bulan 5 jugak kkm bersidang luluskan aku naik ke ud48. so sebelum ni aku assume aku boleh claim kenaikan dari november tahun 2015 sampai la bebrapai bulan sebelum aku amik unpaid leave.

tapi yg sedihnya mereka denied claimed aku. katanya sebab mereka bersidang 5 mei, tapi aku resign starting 1 mei.

aku look forward sangat nak dapat duit claim ni, boleh tampung apa2 yang patut.

tapi mungkin ni bukan rezeki aku

mungkin juga allah nak tarik balik nikmat ni sbb kot2 la dulu aku ada terlebih claim2 apa yg tak patut (bila pergi kursus)

so tahun ni aku takda pape nak look forward dah..

claim tak dapat.

bonus takde...

susah jugak jadi aku...

takpe rezeki dimana2... yakin!

Thursday, February 02, 2017

bibik gersima terpaksa cuti mengejut harini sebab katanya dia perlu ke Nunukan untuk selesaikan hal paspot dia. mula-mula wifey tak bagi sebab isu utamanya, siapa nak jaga baby bila bibik tiada. kenapa tak selesaikan awal2 semasa wifey masih cuti bersalin. tapi malam semalam gersima kata dia tetap kena pegi jugak harini. bertolak pukul 6 pagi dari labuan.

its gonna be hactic!

Pagi ni bawa baby ke nursery di UTC, sama dengan yusuf. berapa kena bayar tak tau. Harap2 mereka terima. Bawa baby ke nursery tak sama dgn hantar budak 5 tahun. baby perlu penjagaan lebih teliti. mungkin kena lebih byk 1-on-1.

Fatma pula holiday blues. dari malam semalam cakap taknak pegi skool. bila tanya kenapa, dia cakap skool panas. tak sejuk. dia nak balik tghari. tak mau stay sampai petang. keadaan lagi haru bila dia dapat tau yang baby akan ke taska UTC. Fatma suka sangat taska tu, pernah dia ikut yusuf skali ke situ sebab tadika tutup n takda orang nak jaga dirumah. Fatma balik2 ulang cakap nak main dengan baby kat nursery. tu semua alasan taknak pegi skoool

Yusuf macam biasa pagi2 mmg meroyan bila nak mandi. nothing new. just prolong the heaadache.

Aku expect anak2 aku ni ajak jadi anak yg tricky and difficult. Aku taknak expect lebih from fatma. janji dia pegi sekolah and enjoy apa2 yg dia suka. aku tau dia pandai. tapi biar pandai dia di channel yang betul.

semoga allah permudahkan urusan isteri aku. nak bawa baby and yusuf ke sekolah. nak angkat2 barang. nak pumping susu. dan semua2 yang lain. Semoga allah kurniakan ganjaran syurga pada isteri aku tanpa dihisab dipadang masyar. ameen