bibik gersima terpaksa cuti mengejut harini sebab katanya dia perlu ke Nunukan untuk selesaikan hal paspot dia. mula-mula wifey tak bagi sebab isu utamanya, siapa nak jaga baby bila bibik tiada. kenapa tak selesaikan awal2 semasa wifey masih cuti bersalin. tapi malam semalam gersima kata dia tetap kena pegi jugak harini. bertolak pukul 6 pagi dari labuan.
its gonna be hactic!
Pagi ni bawa baby ke nursery di UTC, sama dengan yusuf. berapa kena bayar tak tau. Harap2 mereka terima. Bawa baby ke nursery tak sama dgn hantar budak 5 tahun. baby perlu penjagaan lebih teliti. mungkin kena lebih byk 1-on-1.
Fatma pula holiday blues. dari malam semalam cakap taknak pegi skool. bila tanya kenapa, dia cakap skool panas. tak sejuk. dia nak balik tghari. tak mau stay sampai petang. keadaan lagi haru bila dia dapat tau yang baby akan ke taska UTC. Fatma suka sangat taska tu, pernah dia ikut yusuf skali ke situ sebab tadika tutup n takda orang nak jaga dirumah. Fatma balik2 ulang cakap nak main dengan baby kat nursery. tu semua alasan taknak pegi skoool
Yusuf macam biasa pagi2 mmg meroyan bila nak mandi. nothing new. just prolong the heaadache.
Aku expect anak2 aku ni ajak jadi anak yg tricky and difficult. Aku taknak expect lebih from fatma. janji dia pegi sekolah and enjoy apa2 yg dia suka. aku tau dia pandai. tapi biar pandai dia di channel yang betul.
semoga allah permudahkan urusan isteri aku. nak bawa baby and yusuf ke sekolah. nak angkat2 barang. nak pumping susu. dan semua2 yang lain. Semoga allah kurniakan ganjaran syurga pada isteri aku tanpa dihisab dipadang masyar. ameen
Thursday, February 02, 2017
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment