Thursday, August 09, 2018

issue terkini untuk pengetahuan anak2

1. issue paling sensasi minggu ni ialah mengenai LGBT. Marina mahathir menyuarkan pendapat supaya golongan LGBT mendapat hak yg sama seperti semua orang. Hak apa lagi yg dia nak tuntut. semua mereka dapat sama macam orang lain.. kesihatan.. pendidikan.. pekerjaan...ada sorang doktor muslim membuat kenyataan balas kepada statement marina, lalu doktor muslim itu dikecam kerana seolah2 menghina golongan LGBT dalam masa yg sama tidak menjalankan tanggungjawab sebagai doktor dgn adil. Issue ni dah jadi macam satu pertempuran idea antara muslim dan non muslim. papa harap allah lindungi semua perkara2 buruk dari keluarga kita. sangat menyedihkan bila ada kaunselor menceritakan budak2 sekolah rendah dah terpengaruh dgn budaya LGBT ni...

2. Minggu lepas MP PAS bertanya pada kerajaan apakah hak pramugari muslim untuk menutup aurat sewaktu bekerja. Jawab menteri kerajaan, tutup mata jaga pandangan. berlaku lagi pertempuran di media social. ramai non muslim yang keluarkan statement2 menghina agama kita. seolah2 issue aurat ni terlalu kecil dan tidak penting. ingatlah anak2 papa, jaga aurat sebaik mungkin yaa.. jadilah lelaki yang soleh dan wanita2 yg solehah...

3. kapal equanimity yang kononnya dikaitkan dengan jho low beli pakai duit 1mbd dah sampai ke malaysia. tapi katanya sekarang ni masih nak cari bukti2 untuk mengaitkan link tersebut. katanya ambil masa sampai 9 bulan.. katanya kos maintenance sebulan sampai 3 juta... apa bangang kerajaan ni. mana satu berita yg betul ni... kenapa nak maintain kapal tu kalau dah bukan kita punya. ke ada sesape org malaysia yang beli ni