Showing posts with label renungan. Show all posts
Showing posts with label renungan. Show all posts

Saturday, January 03, 2009

Sunday, November 09, 2008

kun fa yakuun



sebuah filem islami indonesia berkisahkan kecekalan seorg bapa mencari rezeki pagi hingga ke malam untuk menampung isteri dan anak2 dengan hanya menjual cermin berbingkai hasil kerja tangannya sendiri. dia mempunyai angan2 untuk mempunyai tokonyer sendiri pada suatu hari nnt. isterinya seorg yang penyabar dan sentiase memberi sokongan kepada di suami dan dialah yang menguruskan hal2 rumah ketika si suami keluar mencarik rezeki.

antara nilai yang sungguh ditekankan dalam filem ini ialah betapa pentingnya kita sebagai hamba Allah tidak henti2 beribadat kepadaNya, kerana Dialah yang memberi rezeki dan Dia jugalah yang menarik rezeki. si suami di dalam filem ini sentiase akan bermunajat kepada Allah di waktu malam moga2 satu dari cermin hasil buatan akan dibeli org, cukup sekadar untuk menampung makan isteri dan anak2 untuk malam ke petang keesokkan harinya. si suami juga akan mengajak isteri dan anak2 sama mendoakan semoga dilapangkan rezeki untuk mereka. si suami menasihatkan anak2 bahawa hanya kepada Allah lah mereka mengharapkan pertolongan.

renungan..

  1. kita yang hidup sentiase dilimpahi rezeki, sejauh manakah kita nyatakan kesyukuran kita kepada Allah?
  2. kita yang sudah biase bersenang lena, adakah kita bersedia untuk menerima ujian Allah berbentuk kesusahan?
  3. setiap rezeki yg kita dapat, adakah kita gunakan pada jalan yg diredhai?
  4. adakah kita hanya akan mengingati Allah bila dalam kesusahan, dan lalai bila dalam keadaan senang?

macam2 lagi yg boleh diambil pengajaran dari filem ini. sunggoh bermanfaat buat penonton.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi." (36:82)

Friday, October 17, 2008

diam..


“… barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Akhirat, berkatalah yang baik-baik atau diam sahaja…” [Hadith riwayat al-Bukhari dan Muslim]

Diam bukan diam memeram pekasam. Tetapi diam mencari asah akal dan jati diri

petikan dari saifulislam.com



sejak kebelakangan ni, aku rase artikel2 kat saifulislam banyak tempias kat aku..

sedikit sebanyak... mendidik.. dan mengubat..

Alhamdulillah...

Monday, October 06, 2008


aku berumur 23 thn, dan aku seorang pelajar. semakin kita meningkat dewasa, tanggungjawab, ujian dan dugaan hidup semakin banyak dan mencabar. kadangkala kita mudah putus asa, lemah dan tak bersemangat bila sesuatu yang cuba dicapai tidak kesampaian. ataupun beban yg dipikul semakin lama semakin byk, dan keyakinan pada kemampuan diri berkurangan. segala keperitan itulah dugaan, itulah ujian, itulah tarbiyah. aku baru 23 thn, kalau ditakdirkan umur aku panjang, tak tergambar pula cabaran hidup yang akan aku lalui nanti.

"and whosoever fears Allah and keeps his duty to Him,He will make a way for him to get out[of every difficulty]"

'understand that whatever befalls you,Allah could not have missed you"

"when Allah loves some ppl He tests them"


"Allah burdens not a soul except [with that within] its capacity"


"and Allah is ever all-sufficient as a disposer of affairs"

"and He it is who sends down the rain after they have despaired"


"verily,in the remembrance of Allah,do hearts find rest" 13:28

sekian, terima kasih.

Saturday, September 27, 2008

ramadhan

Ya Allah Kasih Sayangilah daku
dengan sebab Al-Quran ini
Dan jadikanlah Al-Quran ini
sebagai pemimpin
sebagai cahaya
sebagai petunjuk
dan sebagai rahmat bagiku

Ya Allah ingatkanlah daku
apa-apa yang aku lupa dalam Al-Quran
yang telah Kau jelaskan
dan ajarilah apa-apa yang aku belum mengetahui
Dan kurniakanlah daku
selalu sempat membaca Al-Quran
pada malam dan siang hari
Dan jadikan Al-Quran ini
sebagai hujjah bagiku
Wahai Tuhan sekalian alam..

Wednesday, August 27, 2008

recharge


surah al-a'la 1-5

1. tasbihkanlah nama tuhan mu yang maha tinggi.

2. yang telah menciptakan (alam semester) dan menyusunkan kejadiannya dengan sempurna dan seimbang.

3. dan yang menentukan perencanaan (terhadap setiap makhluk) dan memberi bimbingan kepadanya.

4. dan yang mengeluarkan tumbuh-tumbuhan

5. kemudian ia jadikan tumbuh-tumbuhan (yang hijau) itu kering hitam kuning-kekuningan.


~~~~~


kita mungkin sering bertasbih selepas solat dengan menyebut ungkapan subhanallah. tp adakah ungkapan yg kita sebut itu hanyalah keluar dari mulut semata2 atau turut lahir dari hati yg dpt merasakan kesucian Allah yang maha tinggi daripada segala sifat2 kekurangan?

semua yang ada didunia ini adalah ciptaan Allah yang sempurna, iaitu mempunya sifat, cara hidup, matlamat hidup dan diberikan petunjuk atau cara yg mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu. ikan salmon akan kembali kepada sungai asalnya apabila tiba waktu mengawan. anak2 penyu akan tetap bergerak ke arah laut setelah menetas di bawah pasir. burung2 tidak sesat semasa migrasi dari utara ke selatan sewaktu musim sejuk.

akal membezakan manusia dengan makhluk yg lain. Allah kurniakan kita akal untuk kita mencapai sesuatu matlamat. manusia tidak mampu menyelam didalam air seperti ikan. tetapi dengan akal manusia mampu mencipta alat scuba untuk menyelam. manusia tidak mampu terbang sendirian seperti burung, tp dengan akal manusia mampu mencipta kapal terbang. akal membolehkan kita membezakan antara baik dan buruk.

akal tidak berfungsi bersendirian, ia memerlukan sesuatu 'program' yang dpt digunakan sebagai landasan untuk ia membuat keputusan. program ini dinamakan iman. allah memberi kita akal untuk mencapai sesuatu matlamat, iman menentukan cara dan result sesuatu matlamat dicapai. iman lah yang membolehkan kita membezakan antara yang baik dan yang buruk.

adakah kita telah menggunakan akal kita sebaik2nya?


~~~~

usrah minggu ni tadi buat kat rumah aku. ade 6 org yg dtg. kali nih buat tafsir surah al-a'la dan merujuk kepada tafsir fizilalil quran. sblom2 nih surah2 dalam juzuk 30 jugak. sebenarnye dah 6 pertemuan, tp 3 kali aku tak dpt dtg. so byk gak la yg aku miss..

alhamdulillah walaupun tak byk, tapi aku rase sekurang2nya terisi skit cuti aku. alhamdulillah aku diberi taufiq nak hadir usrah, sedikit sebanyak dapat la recharge diri yg tgh lalai dan hanyut nih. umpamanya, kalau tgh hanyut dibawa sungai deras, tak dpt naik kedarat, dapat pelampung pun jadilah. asalkan tak lemas..tp.. takmo la terapung je kan..hmm

cuti di mesia tinggal skit.. le bih kurang 2 minggu tinggal. macam2 tak buat lagi.. aihh...

Monday, May 05, 2008


usrah jumaat lepas buat kat rumah aku..so yg dtg zaquan, nabil, exco n najmi.. amin n azri tak dtg.. sbok exam agaknye.. pengisian kali nih pun agak ringkas.. mungkin sbb masing2 sibuk nak study untuk exam.. lepas baca ma'thurat.. rafiq sampaikan sebuah hadith dari hadith 40... kalinih hadith ke 34...keharusan mengubah kemungkaran..
" barang siapa diantara kalian melihat suatu kemungkaran, hendaklah ia mengubah dgn tangannya.jika tidak mampu maka dgn lisannya. dan jika ia masih tidak mampu, makan dgn hatinya dan itulah selemah2 iman."



hadith nih mungkin dah biase dengar.. tp kalinih aku terasa "makan dalam" gak la.. lebih2 lagi biler mereka asik beri contoh dimana seorg "pemimpin" perlu mencegah kemungkaran, dengan menyeru kebaikan terlebih dahulu.. "amal makruf nahi mungkar"

"maknenye untuk mengelakkan kemungkaran tuh berlaku, at first kenelah sediakan suatu 'suasana' dimana kemungkaran takkan berlaku"

tetiba aku teringat lecture health promotion "make the healthy choice the easy choice"...ape kaitannya?

aku lebih byk mendengar dr bersuara..aku rase seolah2 sesi usrah kalinih mmg nak tujukan untuk aku... aku rase jer..



............





cuaca kat galway sejak 2-3 hari nih menarik.. tak hujan sgt...byk sunlight.. suhu pun agak panas..biler petang2 aku terasa macam ada suasana petang kat malaysia...aku rase bosan dok dlm rumah.. rase nak kluar.. aku ajak budak2 nih kuar jln2.. tapi masing2 tak mau.. aku rase nak kluar gak..tp nak kemana??? hmmm..



malam nih langit agak cerah.. skali lagi rase nak kluar jln2.. kalau aku ajak budak2 nih mesti dorg kate aku giler.. tp rase nak kluar gak.. tp kemana?? hmm..


"look at the sky tell me what do you see
just close your eyes and describe it to me..."
..................................

last skali rabu mlm kamis lepas.. so dah 4 hari... tgk bape lame bleh betahan... nic gum baru aku gune 3 bijik jer..

....................................

kes report skit lagi..
pastuh spm plak.. adeh..
pastuh exam forensik n spm plak.. argh
pastuh jln2~!! yeahh
pastuh balik mesia..~!!! yeyeahh

Tuesday, April 22, 2008

" telah semakin dekat kepada manusia perhitungan amal mereka, sedang mereka dalam keadaan lalai (dengan dunia), berpaling (dari akhirat)"

al-anbiya', ayat 1



..antara pengisian usrah ringkas malam ini...
..terasa amat terkene pada diri...


..fikir dan reflect..

Friday, March 07, 2008

fikir2...




biler aku tgk gambar2 nih... aku teringat balik satu hadith rasulullah saw tentang 'tajdid'. aku tak ingat macam mane hadith tuh berbunyi.. dan aku masih mencari2. rasulullah menyebut tentang suatu hari nnt.. zaman kegemilangan islam akan kembali lagi. persoalannya sekarang...bukan bile.. tetapi apa yg kita boleh buat untuk mengembalikan semula zaman kegemilangan islam seperti di zaman rasulullah dan khalifah2 nya...

kalau kita sebagai penonton bolasepak boleh merasa gembira bila melihat team yg kita sokong menang... semestinya pemain2 bolasepak tuh lagi rase soronok yang teramat bila meraka menang.. islam itu PASTI tertegak suatu hari nnt... adakah kita sekadar penonton... atau pemain? hmmm....


sumber gambar: http://www.malaysia-today.net/2008/content/view/3959/84/


-------------------------------------------

munajat tuan guru nik aziz

"WAHAI Tuhan Kami, berilah kami perasaan takut kepadaMu yang dapat menghalang kami dari kemaksiatan dan berilah kami ketaatan kepadaMu yang menyampaikan kami ke syurgaMu, dan berilah dan berilah keyakinan yang memudahkan kami menghadapi bencana di dunia."

"Wahai tuhan kami berilah kami kenikmatan pendengaran, penglihatan dan kekuatan tubuh badan selama hidup kami dan jadikanlah dia mewarisi kami dan berilah pembalasan kepada orang yang menzalimi kami.

"Dan tolonglah kami terhadap orang yang memusuhi kami. Dan janganlah Engkau jadikan bencana bagi kami dalam ugama kami dan janganlah jadikan keduniaan sebesar-besar cita-citanya dami dan tidak sampai batasan ilmu kami.

"Dan janganlah Engkau biarkan orang yang tidak menaruh kasihan balas terhadap kami, dapat menguasai ke atas kami."

"Wahai Tuhan kami, kami pohon perlindungan dengan nur kesucian engkau dan berkat kebersihan dan keagungan sifat jalal engkau, dari setiap yang datang waktu malam kecuali yang datang dengan baik

"Wahai Tuhan kami, Engkaulah penolong kami, maka kepada Engkau kami mohon pertolongna. Wahai tuhan kami, engkaulah tempat kami menyelamatkan diri, maka kepada Engkaulah kami pohon selamat. Wahai Tuhan bagilah kelemahan dan kehinaan yang mana segala tengkuk pembesar dunia."

"Dan tunduk kepadanya segala urusan dan kebesaran raja-raja Firaun, selamatkan kami dari penghinaan dan hukuman siksaMu, ketika malam atau siang, ketika kami tidur atau berada di suatu tempat.

"Tiada tuhan bagi kami melainkan engkau demi kebesaran wajah engkau dan kemuliaan kesucian Engkau, hindarkanlah kami dari segala kejahatan hamba-hamba Engkau, berilah kemudahan kepada kami dengan limpah kurnia dari Engkau wahai Tuhan yang Maha Pemurah."

"Wahai Tuhan sama ada Engkau lembutkan hati-hati mereka untuk kami sebagaimana kamu lembutkan besi untuk Nabi Daud, dan kamu menundukkan mereka seperti seperti Kamu tundukkan bukit bukau, gunung ganang untuk Nabi Sulaiman atau pun Kamu lipat balik rancangan jahat mereka supaya berpatah balik ke atas mereka sendiri ,

"dan Kamu hancur leburkan pakatan mereka dan kacau bilaukan kumpulan mereka dan goncangkan pendirian mereka dan Ya Allah turunkan bendera mereka rapat ke bumi,

"Wahai Tuhan yang tetap hidup yang mentadbir urusan makhluknya, Wahai Tuhan yang mempunyai keagungna dan kemuliaan, sesungguhnya Engkau berkuasa di atas tiap-tiap sesuatu."

"Ya Allah Tuhan kami, limpahkanlah rahmat ke atas junjungna kami Nabi Muhammad S.A.W yang dengannya dapat emngubati hati dan menjadikan penawar, menyihatkan badan yang menyembuhkannya, menjadi cahaya bagi pandangan mata dan menyinarkannnya dan limpahkanlah rahmat dan kesejahteraan kepada keluarga dan para sahabat baginda sekalian."

sumber: http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=News&file=article&sid=7323

Monday, March 03, 2008

ikhlas dariku...

satu lagu yang aku rasa amat bermakna untuk diri ini..



Ustaz Akhil Hayy - Ikhlas Dariku

Aku bukan
seperti engkau sangkakan
pura-pura di dalam berjuang
Aku tidak pandai
menyulam rahsia
juga tak pandai
bermadah pujangga

jika ada benci di hati
oh katakanlah padaku..
relaku terima walau kutukan
asalkan aqidah terjaga..
kerana tidak sanggup lagi..
mempermainkan dustur Ilahi..
hakikat
hati tak terluka
walau zahirnya ada yang ketawa..

Tuhan,
ku mohonkan keampunan
keterlanjuran
yang berulang kali
teman,
kita patrikan di sini
berakhir sebuah lamunan duniawi
terima syukur taufiq Ilahi..

Sunday, January 13, 2008

alhamdulillah ape yg aku nak buat selama nih tercapai.... semlm lebey 40 budak laki galway berjaya aku kami kumpul kan kat umah... untuk buat bacaan yasin, makan2 sambil bercerita.... aku cam tak percaya yg ramai org akan datang.... yerla... ni bukan mende ape pun... cume setakat baca yasin jer... tp mmg dah kuasa Allah... ramai yg dtg... syukr tak terhingga... rase terharu pun ada...

rasenye mmg dah lame betul takda majlis bace yasin nih kat galway... aku tak ingat la biler last skali... rasenye dlm 2007 takde 1 pun kot... kecuali yg buat kat shantalla comm centre... tp tuh untuk sume warga galway...

aku harap mende2 camnih akan dapat diteruskan lagi.... mmg nak buat mende tuh perlukan sedikit pengorbanan esp dari segi masa n duit.. tp yg penting ukhwah yg terbentuk mmg tak terkira nilainye...

semoga ukhwah yg terbentuk berkekalan sampai bila2...

Saturday, November 24, 2007

renungan...


kata2 yg makan dlm.....


tidak perlu mencari teman secantik balqis
andai diri tak sehebat sulaiman

tidak perlu seteguh ibrahim
seandai diri tak sekuat hajar

mengapa mengharap teman setampan yusuf
jika kasih tidak setulus zulaikha

mengapa didamba teman hidup sehebat khadijah
andai tidak sesempurna rasulullah saw.

Wednesday, November 14, 2007

renungan..

" Untungnya orang mukmin, semakin banyak
masalah, semakin mustajab doanya, bukan
perjuangan tanpa kesulitan, tapi dalam
kesulitan ada ketenangan, memugar
kekuatan kita tidak sendirian.."

" Daerah kita bukan daerah cinta, bukan
masanya merajuk, kasih memujuk, tiada
senda gurau memanjang, kerana kita dalam
berjuang... "

petikan dari mane tah....

Friday, October 19, 2007

was-was

Menurut Wahid Abdul Salam Bali dalam bukunya Wiqayah al-Insan min al-Jin wa Syaitan "kata Ibni Qayyum: Waswas ialah bisikan suara halus tersembunyi yang tidak disedari sehingga tidak dapat dielakkan daripadanya. Waswas itu adalah bisikan dalaman yang lahir dari seseorang sama ada dalam berbentuk suara hati yang tidak didengar melainkan bagi yang menghidapinya, ataupun waswas itu ditakrifkan sebagai bisikan syaitan yang mengganggu perasaan dan hati seseorang manusia."

Allah SWT menjelaskan bahawa syaitan yang menyebabkan manusia merasa waswas itu namanya "Khannas". Oleh itu, orang yang berpenyakit waswas hendaklah memohon perlindungan dan pertolongan dari Allah SWT sehingga terpeliharalah ia daripada gangguan syaitan Khannas itu. Dan terselamatlah ia daripada waswas yang mengheretnya kepada kesudahan yang tidak baik."

Antara punca waswas:
  • Beramal tanpa ilmu.
  • Terlalu teliti pada sesuatu amal yang dilakukan.
  • Pengaruh luaran melalui pancaindera.
  • Hati tidak tenang, rasa sangsi, hilang konsentrasi.
  • Hilang keyakinan diri dan tidak segera kembali kepada Allah (memohon keampunan dan pertolongan Allah).
  • Terlalu mengikut rasa.
  • Kurang Zikru Allah, membaca al-Quran, selawat ke atas Rasulullah SAW.
  • Kurang membaca al-istiazah dan al-basmalah ketika melakukan pekerjaan.
  • Bila terasa tumpuan mula terganggu, tidak segera berta'uz (aku berlindung dengan Allah SWT).
  • Kurang mendekati ahli ilmu.


Program latihan terancang (cara mengatasi waswas):
  • Hendaklah menyediakan diri mengikut perintah Allah
  • Ingatlah Allah memberikan kemudahan dan keluasan hukum ke atas hambanya bagi melaksanakan ibadat.
  • Pada permulaan latihan bolehlah diikuti yang amal betul untuk beribadat.
  • Selepas penyakit was-was hilang mulalah beribadat mengikut hukum yang betul.
  • Laksanakan yang wajib dan ditambah yang sunatnya.
  • Hendaklah sentiasa mendampingi guru yang murshid (diterima)


Mengubati penyakit waswas. Selain daripada dinyatakan, antara ikhtiar mengubati penyakit was-was itu ialah :
  • Mengekalkan membaca al-Quran. Apabila tiba ayat sujud yang ada pada 15 tempat di dalam al-Quran hendaklah dilakukan sujud tilawah.
  • Amalkan sebelum tidur membaca surat al-Ikhlas, al-Falaq, al-Naas, al-Fatihah dan ayat al-Kursi, tiga kali kemudian hembuskan ke tapak tangan lalu diusapkan ke seluruh badan.
  • Amalkan sebelum tidur, aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna dari kemurkaan dan balasan dan daripada kejahatan orang dan kehadiran syaitan dan juga setelah bangun dari tidur.
  • Bila terasa di dalam hati sesuatu yang mewaswaskan, baca: "Aku berlindung dengan Allah yang Maha Mendengar dan Maha Mengetahui daripada Syaitan yang direjam" tiga kali dan isyarat ludahlah di sebelah kiri.
  • Bila memulakan sembahyang bacalah surah an-Naas.
  • Baca surat Ghafir (al-Mu'min) sebelum tidur dan ketika berbaring dan tidur banyakkan membaca selawat ke atas Rasulullah SAW hingga tertidur.
  • Tidurlah dalam keadaan badan yang suci.
  • Bangun tidur, puji dan ingatlah Allah serta pohonkan perlindungan Allah daripada tipu daya syaitan.
  • Amalkan membaca dua ayat akhir surah al-Baqarah, dua ayat akhir surah at-Taubah dan empat ayat terakhir surah al-Hasyr, pagi dan petang.
  • Tambahkan ilmu dan beramalah dengan ilmu yang dipelajari - ilmu itu mestilah bersumber kepada al-Quran dan al-Hadis.