Tuesday, January 27, 2009

menuju puncak...

"manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) ku. maka janganlah kamu meminta aku menyegerakannya."

Al-anbiya', ayat 37.


Monday, January 12, 2009

Sunday, January 04, 2009

kasih sayang tidak boleh dibeli dengan duit



sebelum ini, setiap kali aku telefon keluarga di malaysia, mak akan tanya, "adik nak apa2 tak? kalau nak apa2 cakap ek. nnt mak boleh hantarkan. nak krepek2 ker...duit cukup tak?". stiap kali mak tanya begitu, aku hanya menjawab, "hmmm takde pape kot, susah2 jer la... kalau ade pape nnt adik bagitau". bukan apa, aku takmau menyusahkan dorang. yerla, sekarang masing2 sibuk. ayah dengan kliniknya, mak dengan skolah nya, akak2 dengan ward2 nya. kalau ikutkan nak aje cakap "mak adik nak duit 200 euro, nak shopping2 kat topman dan footlocker". tapi tak tergamak nak mintak sebegitu. yerla, aku bukan jenis suka meminta2, selagi mara tak potong alaun aku, maknanye cukup la duit yg aku ada nak survive kat bumi galway nih. kalau nak kirim barang2 pun, takmau la nyusahkan dorang. yerla, nak cari barang satu hal, nak bungkus dalam kotak lagi, nak wrap ngan kertas cokelat lagi, nak ikat ngan ngan tali lagi. pastuh nak kene angkat pegi post office. bratur panjang2. dah la harga postage 4 atau 5 kali ganda harga barang dalam kotak tuh.

hari jumaat lepas, lepas balik dari solat jumaat di westside, pakcik kedai bawah rumah panggil. dia cakap ada parcel sampai pagi tadi. "christmas gift from malaysia" katanye. oh, kiriman dari emak rupenye. aku ambil dan bawak masuk rumah. aku timbang2 guna tangan, mungkin berat kasar kotak tuh dalam 3 kilo lebih, mungkin 4 . harga postage 216 ringgit. aku bukak, rupa2nya mak kirim krepek2 dan biskut bepang. mak mmg tau apa yg aku suka. aku tak minta, tp mak yang hantar. dalam kotak tu juga ada sepucuk surat. luahan kata2 ditulis diatas 3 keping kertas kecil. aku baca, aku terharu, aku rindu...inilah kasih seorang ibu kepada seorg anak. dalam kesibukan ada kesempatan. kata org, seorg ibu boleh jaga 10 org anak, tapi seorg anak belum tentu boleh jaga seorg ibu...


Ya Allah, berilah kasihmu, rahmat mu, dan kebahagian kepada keluarga ku... dunia dan akhirat..


aku sayang mak aku, ayah aku, dan kakak2 aku..

Saturday, January 03, 2009