Sunday, February 21, 2010


tadi, AGM ppimg yg terakhir aku pergi. aku tak pernah miss agm ppimg setiap tahun. dah 6 thn aku kat sini, 6 kali agm aku pergi.

cepatnye masa berlalu....

aku tak ingat bila kali terakhir aku pergi ke ITbuilding main campus. tapi tadi masa AGM kat lecturehall IT125G, situ la aku pegi lecture physic masa 1st year.

cepatnya masa berlalu....

aku sedar tinggal beberapa bulan saje lagi aku kat ireland. kenangan2 lama kat ireland tiba2 datang semula. macam tak percaya penantian 6 thn dah nak berakhir. berat juge rasanya nak tinggalkan galway ni. tapi hidup kene teruskan. insyaAllah aku takkan tukar keputusan aku nak balik for good. dalam keadaan politik yg tak stabil, perpecahan kaum, liwat meliwat, rasuah, curi enjin, rempit, buang bayi, dan macam2 lagi kat negara aku, aku tetap rasa pilihan balik ke malaysia adalah yang terbaik. Alhamdulillah. aku harap aku tak jadi lalang lagi dlm hal ni. sebenarnye ada beberapa perkara lagi yg aku masih belum decide. masih mengharap petunjuk dan kekuatan. aku sedar masa semakin suntuk.

~~~~

aku byk belajar sesuatu dari apa yg ada disekeliling dengan mata dan hati. mungkin aku tak sepatutnya masuk campur tapi sejak 2-3 yg lepas, ada perkara yg remind aku, bahawa hidup ini bukan hanya menerima, tapi juga perlu memberi. "sayang" atau "cinta" tidak boleh duduk sendiri. ia memerlukan "tanggungjawab" ditepi. "tanggungjawab" sepatutnya diletakkan diatas "malas", bukan dibawah. tapi mase tunggu najib datang bawak spicy chicken wings tadi, aku tengok shrek 2 kat tv. sekali lagi aku dpt reminder, yang hidup ini perlukan "toleransi". saling menerima antara satu sama lain. setiap org ada kekurangan, ada kelemahan, tapi tu bukan alasan untuk kita merendahkan seseorang. kesimpulannya, triad yang penting untuk hidup bahagia = sayang + tanggungjawab + toleransi

~~~~

exam tinggal 6-7 minggu lagi. jadual dah dicepatkan. exam mula 9 april, habis 7 may. cuak. sekali lagi, mohon kekuatan.

Sunday, February 14, 2010

countdown exam buat rase cuak
countdown nak balik mesia buat rase tak sabar

susah plak nak concentrate kat buku
duduk depan komp klik sana klik sini
mula dah brangan nak jalan2
siap tgk currency thai baht konon2 rase nak jln phuket
orang lain tgh dok gayut berjam2
aku nak gayut ngn sape?

la ni aku tgk orang sume dah tak tulis entry blog panjang2 dah
yela masa makin suntuk
tulis skit2... pastu letak video utube... cukup huhu
tp sejak kebelakangan ni aku tak jumpe ape2 vid yg menarik
atau mungkin vid yg aku terjumpe tak sesuai nak diletak? haha

ok... exam 8 minggu lagi

oh rindu kat mak ayah
aku tau dorg mesti tgh sibuk doakan aku ni
doakan pass exam,
doakan cepat kawin hahah


Sunday, February 07, 2010

"tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan" 21:35

1. rezeki tu datang dari Allah, rezeki boleh datang dalam bentuk macam2. mungkin Allah tak bagi kita duit ribu2 selepuk depan mata, tapi Allah bagi kita udara utk bernafas. Allah bagi kita makanan yg cukup sehingga tak rasa lapar. Allah bagi kita badan yang sihat. Allah bagi kita kegembiraan. Allah bagi kita family, saudara mara, kawan-kawan yang penyayang. semuanya dari Allah. semuanya satu nikmat.

2. antara rezeki dan nikmat, ada orang duit beribu2 tapi takde masa untuk berbelanja dengan duit yang ada. ada yang mempunyai rumah yang besar dan cantik tp sayang, tak dapat nak menikmati kecantikan kerana mata buta. adayang mempunyai kebun buah yg subur, tp sayang, tak dpt nk menikmati hasil kebun kerana sakit.

3. lalu timbul persoalan. andai kata ada duit beratus ribu depan mata, berapa banyak saja yg betul2 boleh memberi nikmat kepada kita? kita boleh makan apa yang kita nak, tapi berapa banyak saja yg kita larat nak makan? kita boleh beli apa saja yang kita nak, tapi adakah benar benda2 yang kita nak tu akan buat kita gembira?

4. semuanya atas rasa syukur. syukur menjadikan yg sikit itu ckup, yg tawar itu manis, yg kecil itu besar, yg sempit jadi luas, yg buruk jadi cantik.syukur buat kita rasa puas. syukur juga buat kita gembira.

5. Allah byk uji aku selama ini dengan kesenangan. Allah bagi aku macam2. tapi atas sifat materialistik, mata melihat dan akal berfikir, umpama semuanya serba kekurangan. itu tak cukup ini tak cukup.

6. kita semua boleh merancang, tapi rancangan Allah lagi superior. yg kita suka baik tak semestinya baik untuk kita, dan yg kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita.

7. ada ustaz penah bagi reminder, selagi mana kita beriman kepada Allah, selagi tu rezeki dan nikmat dari Allah takkan putus, regardless dimana kita berada.

"barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakinya. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan untuk setiap sesuatu." 65:2-3

semoga aku sentiasa bersyukur... dan gembira