ramadan..
alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi untuk aku nikmati bulan ramadan. ramadan yg lepas penah juga terpikir, agak2nye idup lagi tak ramadan yg akan dtg. syukurlah sekarang ini nyawa masih ada. tapi ramadan yg akan datang thn depan belom tentu. jadi sepatutnye la kalo dah tau begini, kene lah amik peluang sebaik mungkin untuk mengimarahkan bulan ini. harap2nye dikurniakan kekuatan untuk menjalani setiap hari.
balik kampung, macam2 ada...
semalam balik muar dgn mak ayah, untuk berbuka puase ramai2. alhamdulillah ramai saudara pulang ke muar. seronok dpt jumpe mereka. makanan masa berbuka pun macam2 ada. mee bandung muar, spageti bolognes, roti jala, kuih muih dan macam2 lagi. makan tak ingat dunia! hmm semua ni nikmat dari allah dan sebab itulah kite kene sentiase bersyukur. nikmat yg berlimpah2 ni allah jadikan ujian samaada kite ni bersyukur ke tidak.
pergi tak kembali...
sewaktu dlm kereta aku terdengar satu lagu nasyid, aku tak penah dgr lagu tu tp aku kenal suara yg menyanyi tu. mungkin kalau org lain dengar pun dia tau sapa yg nyanyi. suara itu mmg unik. sape lagi kalau bukan ust asri rabbani. tp aku macam tak percaya yg dia dah meninggal dunia. seakan2 terasa kehilangannya, lebih terasa dari kehilangan michael jackson. aku dah kenal suara ust asri sejak dia dalam kumpulan nada murni. lirik yg mendalam dan menusuk dinyanyikan dengan suara dan alunan yg merdu dan hanya diringi paluan kompang dan gendang. aku teringat lagi, di mrsm jasin dulu, budak2 akan 'breakdancing' biler lagu 'pergi tak kembali' dimainkan di speaker surau waktu2 petang.
beberapa hari sebelom ust asri meninggal, yasmin ahmad, yg terkenal dgn filem2 arahanya seperti sepet dan gubra juga pergi tak kembali. kehilangannya ditangisi oleh pencinta filem tanah air. astro pula membuat chanel 110 YADK (yasmin ahmad dlm kenangan) sebagai mengingati pemergianya. chanel 110 langsung selama seminggu, memainkan filem2 seperti sepet dan gubra dan juga the making of filem2 tersebut2. tapi astro takada pulak buat satu chanel khas untuk memutarkan lagu2 yg dinyanyikan oleh ust asri, mungkin kerana tak ramai yg sedar peranan yg dimainkan selama dia berdakwah melalui nasyid. atau mungkin kerana mmg jelas filem2 lebih mendapat sambutan klau dibandingkan dengan lagu2 nasyid. kalo kite tgk balik, lirik2 lg rabbani atau nadamurni mmg mendalam dan boleh menyentuh hati. isi2 nye mengingatkan kite kepada allah. filem seperti gubra, hmmm tak berminat nak komen. tgk la sendiri dan pk2 la..
Sunday, August 23, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
ooh ustaz asri ke yg nyanyi lg ni..patutla familiar je since kecik..terigt zaman skolah ustaz dtg coach team nasyid kiterg..al-fatihah utk ustaz..
Post a Comment