Sunday, December 27, 2009

di klia..

jam menunjukkan pukul 9.30, aku cecepat abiskan nescafe ais aku selepas lbih kurang 30 minit lepak2 kat cafe ape tah dgn mak ayah n anum.

sblom turun ke kaunter immigresen aku besalaman dengan semua. macam biase mak macam nak nangis, ayah pun. ayah pesan "blajo betul2 dik..", mak pule "jaga diri leklok ye, study betul2, jaga pergaulan...", anum pun nasihat lebih kurang sama. aku maintain je tkade la rase nak nangis ke ape ke. atau kurang expressive?

sblom sempat aku turun escalator nak ke immigresen, "adik, kaklong datang!". oh rupenye kaklong n taufik pun datang jugak. huhu tak bagi tau awl2, nasib baik sempat. kaklong n taufik nak gi jln2 lepas tu so singgah kejap ke klia.

so cam biase salam2 skit.. byebye2... aku pun turun ke bawah... byebye2 lagi... lepas dah go through immigresen, tak nampak dah dorang dari bawah. aku pun terus naik tren ke terminal. cam biase.. takde rase pape pun.

kat terminal, jln2.terase nk beli sesuatu tp takpe la. rasenye sume dah ade.

tetiba aku ternampak sesuatu, lalu buat aku rase begitu sedih, macam nak mengalir air mata je. baru aku teringat yg aku ada barang penting tertinggal kat rumah. aku tinggalkan dlm almari baju. baru je beli mase aku sampai mesia 2 minggu lepas. aku tertanye, macamane ni.. perlu ke beli baru...sedih.. nak terkeluar air mata. tp tak keluar...aku semacam jadi gelabah, gelabah macam tertinggal paspot, tp kali ni bukan paspot.

aku tak tau dari mana ia dtg, tetapi seakan2 ada suara2 luar yg berkata "sabar faizul, ini semua untuk kebaikan masa depau kau. be positive, mungkun sudah tiba masanya kau membuat ape yg kau katekan pada mak bapak kau". kata2 tu berulang2...

ye aku kene be positive. ini mmg terbaik utk aku. aku teringat balik kata2 mak ayah masa tgh lepak2 minum nescafe ice. "mak harap le adik boleh kurangkan, mak bukan suruh berhenti tp kurangkan je [cool giler mak aku, tak soh benti tu!!!], kalo seblom ni 2 kotak so lepas ni sekotak je", kate mak. "cube benti sblom start keje, nnt kang dah keje lagi susah nak benti, asik stress je camne nak benti", kate ayah. "haah betul tu, MO ortho byk camtu", kate anum.

itu le doa mak pak, cepat terkabul...

ye.. be positive...
ye... utk kebaikkan..

bersedia utk menjadi cranky!


~~~~~~~~~~~~~~~


housemate sume dah tido...umah sejuk cam haram! blower aku ilang!!! takle tido dah.. puas tido dlm bas.........

Thursday, December 24, 2009

hari jumaat, petang masa tgh lyn sedare mare yg dah mula dtg, mak dpt call dari Pakcu Redha yg dorang sekeluarge tak dpt datang pj. katanya Makcu Pah (adik bongsu mak) masuk hospital sbb dia muntah2, sakit kepala lepas tu koma. mak nampak risau..katenye harap2 takde ape2 sgt..

masa tgh tunggu pengantin laki sampai, Paklong Rahman dpt call dari pakcu, katanya makcu kritikal, baru lepas scan, akan kene operate kat kepala. adik bradik mak yg lain sume dah diberitahu, kecuali mak sendiri, takut2 mak bertambah stress.

makcu sebelum ni tak penah kata dia ada apa2 penyakit. ataupun dia tak penah pegi check up. pakcu kata 2-3 hari sbelum makcu koma dia ada pegi klinik, dan blood pressure dia tinggi. doktor ada bagi ubat, tak tau ubat apa.

pagi sebelum reception kaklong, mak kata "dik esok adik ikut mak ye balik jb, tgk makcu pah, kesian kat dia". mungkin mak dah tau ape sebenar yg terjadi. mak nampak tenang. mlm tu ayah cakap dia tak dpt ikut balik jb, sbb ada hal kat port dikson. anum pulak oncall hari ahad tu. kak long pulak... orang baru kawin toksah kacau.

ahad pagi pukul 9 lebih, aku ngan mak terus btolak ke jb. mak kata mungkin tido sane semalam, so aku bawak satu tshirt n towel saje. on d way, singgah RnR pagoh, layan mee sup semangkok."mak ok?", aku tanye. "kesian kat razak (anak makcu). skolah baru form 4, dah la anak sorang, kalo papehal nnt sape la nak tgk2kan dia. doa je la makcu ok", kate mak.

sepanjang perjalanan, takda perbualan sgt...silent

dlm pkul 12 setgh, kami sampai di hosp sultanah aminah. kat ruang menunggu tingkat 2, sedare mara dah ada. kat pintu masuk icu, ada pakcu n razak. selepas besalam, mak terus menangis, "razak doakan mak ye..mintak2 la mak razak ok". pakcu kat satu sudut tgh duduk, sambil bercerita ape yg dah terjadi. katenye hari jumaat aritu doktor terpakse operate kepala sbb katanya ada pendarahan dlm kepala. lepas tu hari sabtu operate lagi nak kluarkan darah2 beku.

aku tanye makteh, "makcu penah jatuh ke, eksiden ke ape2 ke sblom ni?". makteh kate tak penah, sakit ape2 pun dia tak penah ckp. baru je aritu jumpe masa raya haji. sehat aje.

pakcu bawak aku dan mak masuk dlm icu.

sekali tgk mmg aku tak kenal muka makcu, sbb muka dia swollen. intubated. ada sorang sedara kata kaki dan tangan makcu sejuk. aku nmpk ada satu chart besar depan katil, secara spontan aku tunduk nak tgk lebih dekat n bace in detail. tp belom sempat buat apa2, ade nurse jerit " haaaaa pelawat takboleh bace ye. ni yang saya malas tinggalkan mende2 ni kat sini ni." nurse tu amik chart pastu bawak pegi tempat lain. tp yg sempat aku nmpk: high convexity...subacute on chronic sdh... bp 90...noradrenaline... craniotomy...lepas tu makcik security plak in action "pelawat tak boleh duduk sini lama2 yer...". aku dan mak pun keluar. makteh kata doktor beritahu dia makcu kritikal.

masa tu masing2 macam dah bersedia utk kemungkinan yg akan berlaku lepas ni. masing2 macam dah rela utk apa yg akan berlaku slepas tu. cuma maklong masih ada sedikit positif "mintak2 la dia ok lepas ni..."

tepat pukul 1, waktu melawat tamat.

semua orang balik ke rumah maklong di kmpg melayu majidee. aku teringin makan kfc, so dorang beli satu bucket ayam n zinger burger. so tgh hari tu makan ayam 2 ketul zinger, murtabak. kenyang

petang tu dlm pukul 5 kitorang pegi hospital semula. tapi aku dan affan tak masuk melwt. kiteorang jln2 dlm hospital. menarik juga hospital kat msia. keadaan dia mmg lain tp aku rase.. menarik. kalau aku keje sini mesti seronok...kot. lepas tu biler dah abissume balik ke rumah maklong smule. mlm tu aku tido awal. jetlag+tak cukup tido+penat driving+perut kenyang.

pagi ahad aku terjaga awal, leps solat aku ke dapur terbau org menumis. mak tgh buat mee hoon goreng. masa tgh sarapan, maklong pun cerita yg dia risau pasal razak, anak tunggal makcu. sume org concern pasal dia. aku pun rase sayu biler pk pasal razak. macam mane agaknye ye...

dalam pukul 9 lebih, mak dpt call dan terus teresak2..."makcu pah tgh nazak, dah cepat siap2 sume kite pegi spital". aku terkejut walaupun dah menjangka.

30 minit kemudian, dpt call lagi... "makcu dah meninggal...".

aku telefon ayah, anum n kaklong beritahu berita ni. ayah n anum akan balik sama petang tu. kaklong balik dgn taufik. kaklong mmg cuti tak ape la. anum post call. ayah pulak sepatutnye pegi ke port dickson so cancel la.


on d way ke hspital hantar mak, "dah mmg ajal ek dik, sape sangka yg bongsu pegi dulu. sedih mak tgk razak tu." aku lepas antar mak terus pegi ke giant terdekat. carik sluar panjang. balik jb ni mmg aku tak bawak bj. dpt la sluar rm25. lepas tu aku lepak makan roti canai 2 keping jap. lapar kang nk bekeje2 takde tenaga plak.

dlm pukul 12 kat rumah pakcu, semua dah sedia. kerusi2 sume dah bawak kluar satu tilam dan bantal dah diletak atas lantai, orang pun mula dtg. dlm pukul 1 lebih van jenazah hospital tiba. makcu dah siap dimandi dan dikapan kat hospital. bagus camtu. leceh jugak kalau nak uruskan sendiri kat rumah. pakteh plak dah uruskan pasal tapak kubur. orang makin ramai, surah yasin dibacakan. ada yang mengalirkan air mata. kain yg cover muka dibuka. putih muka makcu. nampak tenang.

dlm pukul 2 stgh, van jenazah kampung melayu datang. jenazah disolatkan dirumah kemudian dibawa masuk ke dlm van. jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bukit teh, berhampiran dgn kubur atuk ayim, atuk yam dan sedare2 lain. dari rumah aku tumpang kereta pakteh ke kubur.

bile sampai di tanah perkuburan, jenazah dah dibawa ke tepi kubur. betul2 dekat dngn kubur atuk.

buat pertama kalinye aku berpeluang turun dlm liang lahad. penggali kubur yg suruh sape2 waris untuk turun bawah sambut jenazah. aku boleh rase sempitnye dlm kubur. lagi2 tempat jenazah dibaringkan mengadap kiblat. lebarnye muat2 aje untuk baring mengiring ke kanan. alhamdulillah semua dipermudahkan. lancar tanpa ada masalah. lepas jenazah dilapik dgn kayu. aku naik ke atas. kami bergilir2 timbuskan kubur dgn cangkul. cramp tangan, maklum la lame tak angkat cangkul.

sluar baru beli 3 jam dah kotor dgn tanah. alahai...

talkin dibacakan. meremang bulu roma. langit mendung, angin sayup2. bunga ditaburkan denagn siraman air.

dah settle semua, aku ngn sedare2 lain singgah gerai makan tepi kubur layan mee rebus semangkuk. lapar sbb tgh hari tak makan lagi.

lepas maghrib, buat tahlil ramai2. sekali lagi, murtabak singapore dihidangkan.

pagi selase, layan baki2 murtabak singapore lagi. dlm pukul 8 lebih siap2 pastu cabut balik kl. skali lagi, sayu dgn tangisan.


aku kagum dengan razak, dia nampak tenang stiap mase, usia dia nampak seperti sudah dewasa. ada la skali 2 dia kluar air mata, tp kebykkan nye dia tak tunjukkan yg dia sedih. aku tau dia sedih di dalam. siape tak sedih bile stiap kali bgn pagi cari mak, balik rumah cari mak, bila lapa cari mak, tp kini sudah tiada.

alfatihah untuk Allahyarhamha Arfah bt Abd Rahim, semoga rohnya dicucuri rahmah. semoga allah beri kekuatan utk keluarganya menghadapi ujian ini.

~~~~

Sunday, December 20, 2009

sahaja aku terima nikahnya...

1. kaklong dah selamat memulakan hidup baru sebagai isteri.

2. alhamdulillah majlis nikah di rumah semunya lancar. walaupun agak crowded dgn sedara mara dan rumah pulak sempit, tp semua ok. ada la dlm 100 orang kat rumah tu. semuanya sedara mara.

3. lafaz nikah sah dengan skali lafaz saje [bukan hal besar pun tp orang je yg kesah sgt sekali lafas ke 2 kali ke].

4. mak nampak happy tapi penat, mungkin mak lagi risau pasal majlis reception, harap2 semuanya ok.

5. sblom ni aku tak penah jumpe abg ipar aku ni. dia baik je actually. suke la aku dia jadi abg ipar aku. dia lecturer engineering kat uni perthanan nasional. dia pun anak bongsu gak. family dia pun panggil dia adik. so orite la jugak, laki bongsu kawin ngn perempuan sulong, org ckp sweet gitu.


wanita yang kau pilih..

1. majlis buat di hotel singgahsana pj. hotel cikai je tp dewan bole tahan lawa la. orang mula datang pukul 12, majlis start pukul 1. kiteorang satu family and sedara mara ramai yg sedondon ikut warne theme, pink! haha.

2. mak risau takut2 tempat tak cukup tp cukup je. ade la dlm 560 orang kot.

3. aku jadi pengapit masa majlis. aku tak paham kenapa aku yg kene jadi pengapit, sbb biasenya belah lelaki yg kene jadi pengapit, mungkin mak yg nak macam tu, tak apelah.

4. kalau penah tgk iklan "potong..potong..potong" tu, budak2 kecik yg main kompang tu la yg iringi pasangan pengantin ke pelamin. dorang main 3 lagu, lagu yg last skali tu main lagu "potong3" haha

5. MC kate persandingan kali ni 'special' skit sbb takde sesi merenjis tapi digantikan dengan salam beradab. mungkin sblom ni org mmg akan wat merenjis tp pada aku biase je tak buat merenjis.

6. lagu rossa "wanita yang kau pilih" dimainkan masa pengantin jalan dari pelamin ke meja makan. feeling giler lagu, aku pun terase skali huhu.

7. masa makan, ada live ghazal, mak jemput kumpulan ghazal guru2.

8. hadiah orang bagi sampai tak cukup meja. tp hadiah yg aku bagi jugak paling cool sbb tak bersampul. terang2 org nampak "blender cap philip". aku beli kat argos 46 euro.

9. baru aku tau wedding photography ni susah huhu.

10. bile aku jln2 je mesti orang panggil, tanye kenal tak pakcik ni, makcik tu. ni la bile dah lame tak beraya kat malaysia ramai sedara mara dah tak igt. muka familiar tp tak ingat nama.

11. yang mmg tak boleh elak, rmai orang tanye, "awak biler pulak?", "mane girlfriend?", "mane? mane?? mane???". jawapan skema senang jer, "insyaAllah, ade la tu nnt..."


alhamdulillah la semuanya lancar, takda apa2 masalah. mak happy ayah happy sume orang pun puas hati.

aku doakan kaklong dan taufik bahagia sampai ke akhir hayat.

suke jugak, skang ni aku dah ade orng utk di panggil "abang" =)






Wednesday, December 16, 2009

"kurang expressive"

aku mmg kurang expressive selama ni. kalau aku marah, aku tak tunjukkan yg aku marah. kalau aku sedih, aku tak tunjukkan yg aku sedih. kalau aku tak suke kat sesuatu, aku biarkan tanpa kata apa2. kalau aku suke sesuatu, mungkin reaksi aku menampakkan yg aku tak cukup expressive nak kate aku suke. org kata susah nak tgk aku masam atau pun nampak 'unhappy". sume mende pun aku senyum je. atau mungkin sbb aku lebih byk berdiam. atau mungkin aku nampak blur. aku mmg mahir buat2 blur..as if i dont have any clue.

tapi salahke aku jadi "kurang expressive"? salah ke aku byk berdiam? kadang2 bukan apa, aku takut kata2 aku ni boleh menyakitkan. lidah boleh jadi lebih tajam dari pisau. lidah juga boleh jadi lebih lembut dari...(ape ek?). aku tau aku kene buat sumthing. tapi aku tak tau la betul ke tak. kalo buat takut terlajak, kalau tak buat takut melepas. dan aku tak nak terlepas.

nway, thanks to E for reminding me about this matter, and to F for ur support.


Tuesday, December 15, 2009


alhamdulillah, selamat sampai rumah pagi ni. transit kat amsterdam 3 jam lebih. beli chocs skit, pastu lepak starbuck, minum kopi segelas ngn blueberi cheesekek sepotong. flight dari amsterdam ke klia ade la 11 jam kot. lame sgt.. tak larat. somehow aku rase mas makin tak best. seat aku rase kurang selesa, entertainment pun tak menarik sgt. citer melayu yg ade sume aku dah tgk (setem n papadom). headfon nye soket kat kerusi tu cam rosak skit so aku dgr sblah telinga je. tp makanan still ok la. breakfast dpt nasik lemak, sedap. konon2nye tgh hari tadi nak gi midvally carik makanan yg sedap2 tp last2 end up aku terjaga pkul 6 ptg. jetlag. mak pun dah siap masak makan mlm. lauk daging goreng, ikan patin asam pedas dan sayur. buah betik sejuk pun ada!

cuti ni kene plan tol2. maximise kan mase yg ade. 2 minggu je. kehendak nafsu makan kene diutamakan!

Sunday, December 13, 2009

lalalalalaaaaaa

mcq medicine macam biase, susah giler bapak! kalau study pun payah, ape tah lagi kalau tak study sgt. tak regret sgt pun, usaha skit, so tak expect tinggi. so aku officially dah tempah tempat untuk tutorial "medicine for dummies" nnt. bagus la tuh, lagipun sekarang ni aku dpt tutorial "history presentation for dummies" from dr Murtagh. surgery n aanest punye mcq not bad la. tak sesusah medcine

~~~~~~~~~~~

smlm ada talk "asam garam doktor di malaysia" by this dato' dr head of med department hospital kedah. basically pasal kerjaya. aku macam biase masih blur2. semuanya masih kabur. aku masih tak boleh decide. aku tak boleh lagi nak rancang jauh2. orang lain mungkin dah ade rancangan masing2. tapi aku, macam biase.. blur2 agi... soal pertama, nak keje kat sini ke tak, ke dua, lepas tu nak buat ape? kalo ikut skang ni definitely aku tak nak buat medicine. medicine susah, utk orang2 bijak je. org cam aku ni maybe tak sesuai. aku rase aku suke OnG, surgery, anaest, n ortho. radiology pun ok tp dok dlm bilik gelap2 sakit mata. tgk la macam mane nnt. pasal nak keje ke tak kat sini aku rase kene diskus ngn mak pak. bukan ape, byk mende kene consider kalo decide nak keje sini.
~~~~~~~~~~~~

lepas jumpe cik kamis pagi tadi aku kuar gi town, beli hadiah untuk akak aku nk kawin nnt. aku beli blender philips kat argos 45 euro. macam mahal tp takpe la skali skala. cantik blender ni aku rase cam nak gune sendiri je haha.

~~~~~~~~~~~~~~~

tinggal bape jam je lagi aku nk blah dri galway. ade orang jeles sbb dpt blk mesia. aku plak jeles tgk dak2 lain nak gi jln2 nnt. dak umah aku gi tenerife, yg len2 ade gi german.. france.. bile lagi aku nak gi tempat2 tu? masa satu hal, pastu duit lagi. hmmm maybe tu sbb aku kene dok sini gak lagi sethn so tht ade duit n bleh jln tmpt2 tu biler free? haha or maybe bkn sekadar jln2 tp 'honeymoon'? haha brangan sungguh.


takpe... cuti baru start, relax2 dulu... brangan2...nnt2 kalo rajin bukak buku huhu




sang pemimpi, sequel cerita laskar pelangi. kononnye kuar wayang december ni. kalau kluar kat msia bagus jugak bole pegi tgk...

Thursday, December 10, 2009

1. tinggal bape hari je lagi aku nak balik. mcq tak abis lagi tapi otak dah melayang2. sume jenis makanan terbayang2. nak makan itu nak makan ini. perkara yang sama berlaku stiap kali nak balik malaysia. makan umpama segala2nya. pagi2 bangun carik makanan. perut berbunyi dalam kelas sbb tak makan. biler tension carik makanan. biler happy pun cari makanan. sambil tgk tv bole makan. sambil bace buku pun makan. orang celebrate ape2 pun dengan makan2. lepas terawih ada makan2. lepas bace yasin pun ada makan2. takpayah nak cerita la kalo time raya byk mane makan. nak badan tough kene pandai jaga makan. nak pinggang ramping pun kene jaga makan. orang dpt penyakit pun sbb makan. negara boleh jadik huru hara bila makanan tak cukup. pendek kata, semuanya tentang makan. makan untuk hidup dan hidup untuk makan.

2. semua bende yg ada dijadikan berpasangan. electron dan proton, negetif dan positif, kiri dan kanan, malam dan siang, sejuk dan panas, laki dan perempuan, fizikal dan mental, jasad dan roh.

3. tadi aku terlintas satu artikel bertajuk "makanan hati". aku tak klik link tu. bukan tak berminat nak baca, tapi ada mende lain yang aku perlu baca. walaupun aku tak baca artikel tu, tapi aku boleh jangka apa yg dia nak sampaikan.

4. sebagaimana jasad yg berupa fizikal ini memerlukan makanan, kita lupa roh kite juga perlukan makanan, dan makanan yang kita biase makanan itu tak mampu untuk supply "nutrisi" yang cukup untuk roh kita. ikut logik akal pun, bagaimana sesuatu yg bukan bersifat fizikal mahu diubati dengan barang fizikal.

5. hati memerlukan makanan bersifat spiritual. kita tak nampak dia dan tak boleh disentuh dengan tangan tapi dia ada. dia boleh diberi pada diri dan juga pada orang lain. memberi hati makanan dengan sesuatu yg kita tak nampak tapi dengan penuh keyakinan. sebagaimana jasad apabila diberi makanan yang baik akan menjadi sehat tetapi kalau diberi makanan yang kurang khasiat ataupun beracun boleh membawa mudarat, begitulah juga hati apa bila salah diberi makanan juga akan membawa mudarat. jasad apabila diberi terlalu byk makanan yang elok juga boleh membawa mudarat tetapi hati kalau diberi makanan yang elok sebanyak mana pun takkan membawa sebarang masalah, malah ia bertambah baik.

6. mungkin sekali sekala kita kene fikir2 juga, bagaimana kalau, merujuk balik pada statement nombor 1, stiap situasi yang kita fikir makanan untuk badan kita, kita ingatkan juga makanan untuk hati kita. inilah yang paling susah orang nak buat. sebabnya mudah saje, kita tahu tapi kita tak yakin.

Wednesday, December 02, 2009

skarang sudah december
final exam start mid april
tinggal lebih kurang 4 bulan saje lagi
cuak2.. tapi malas2 pun ada
hahahaha
ape yg dah cover stakat ni? tahla..
aihh sungguh tak bersedia..
terase nak balik semula ke 1st year
walaupun dulu tak sabar2 nak sampai final year
aihh...