1. tinggal bape hari je lagi aku nak balik. mcq tak abis lagi tapi otak dah melayang2. sume jenis makanan terbayang2. nak makan itu nak makan ini. perkara yang sama berlaku stiap kali nak balik malaysia. makan umpama segala2nya. pagi2 bangun carik makanan. perut berbunyi dalam kelas sbb tak makan. biler tension carik makanan. biler happy pun cari makanan. sambil tgk tv bole makan. sambil bace buku pun makan. orang celebrate ape2 pun dengan makan2. lepas terawih ada makan2. lepas bace yasin pun ada makan2. takpayah nak cerita la kalo time raya byk mane makan. nak badan tough kene pandai jaga makan. nak pinggang ramping pun kene jaga makan. orang dpt penyakit pun sbb makan. negara boleh jadik huru hara bila makanan tak cukup. pendek kata, semuanya tentang makan. makan untuk hidup dan hidup untuk makan.
2. semua bende yg ada dijadikan berpasangan. electron dan proton, negetif dan positif, kiri dan kanan, malam dan siang, sejuk dan panas, laki dan perempuan, fizikal dan mental, jasad dan roh.
3. tadi aku terlintas satu artikel bertajuk "makanan hati". aku tak klik link tu. bukan tak berminat nak baca, tapi ada mende lain yang aku perlu baca. walaupun aku tak baca artikel tu, tapi aku boleh jangka apa yg dia nak sampaikan.
4. sebagaimana jasad yg berupa fizikal ini memerlukan makanan, kita lupa roh kite juga perlukan makanan, dan makanan yang kita biase makanan itu tak mampu untuk supply "nutrisi" yang cukup untuk roh kita. ikut logik akal pun, bagaimana sesuatu yg bukan bersifat fizikal mahu diubati dengan barang fizikal.
5. hati memerlukan makanan bersifat spiritual. kita tak nampak dia dan tak boleh disentuh dengan tangan tapi dia ada. dia boleh diberi pada diri dan juga pada orang lain. memberi hati makanan dengan sesuatu yg kita tak nampak tapi dengan penuh keyakinan. sebagaimana jasad apabila diberi makanan yang baik akan menjadi sehat tetapi kalau diberi makanan yang kurang khasiat ataupun beracun boleh membawa mudarat, begitulah juga hati apa bila salah diberi makanan juga akan membawa mudarat. jasad apabila diberi terlalu byk makanan yang elok juga boleh membawa mudarat tetapi hati kalau diberi makanan yang elok sebanyak mana pun takkan membawa sebarang masalah, malah ia bertambah baik.
6. mungkin sekali sekala kita kene fikir2 juga, bagaimana kalau, merujuk balik pada statement nombor 1, stiap situasi yang kita fikir makanan untuk badan kita, kita ingatkan juga makanan untuk hati kita. inilah yang paling susah orang nak buat. sebabnya mudah saje, kita tahu tapi kita tak yakin.
Thursday, December 10, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment