Monday, June 06, 2016

ramadan 2016

Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah sekali lagi untuk melalui bulan ramadan yang penuh mulia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang sia-sia kalau tidak dipenuhi dengan amalan.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ramadan datang, pasti berniat mahu jadikan ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum2 nya. Mungkin kerana terasa seperti masa lain tidak diisi dengan baik, disia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah.

Ramadan kali ini lebih mencabar kerana kerjaya baru. Masa untuk bertarawih tidak seperti dulu2. Kalau dulu setiap malam boleh pergi bertarawih di masjid kalau mahu, sebab kerja hanya 'normal office hour'.

Tapi kali ni waktu kerja ku lain. Lebih banyak bekerja petang dan malam berbading pagi dan petang.

Sedikit terasa sedih dan kecewa pun ada sebab tak banyak peluang untuk ke masjid bertarawih. Masa dulu2 ada peluang tapi tak digunakan sebaiknya tapi sekarang bila peluang tidak banyak masa ni lah menyesal.

Semalam alhamdulillah dapat bertarawih di masjid biru bersama wife dan anak2.

siang2 lagi dah excited nak pergi masjid. lepas balik dari supermarket waktu, terus siap2 masak supaya dapat dinner awal sebelum ke masjid. Sini kena awal sbb maghrib pkul 6.30pm dan isyak pula jam 7.45pm.

so lepas solat magrib, makan2 then mandi kan fatma and yusuf. fatma dah tunjuk tanda2 mengantuk. dia kalau mengantuk mula la buat perangai pelik2. suruh makan takmo makan. lepas tu sepah2 kan barang. tegur skit nanges. bile dah nanges tu aku bawak masuk bilik, tutup lampu baring degan dia. mase tu masih nanges teresak2 lagi. tak sampai 5 minit dia pun sleep.

memula berkira2 jugak nak pegi masjid ke tidak sbb fatma sleep ni. tapi kami bawak jugak laa.. dalam kereta masih tidur. sampai ke dalam masjid sambung tidur lagi. tapi lepas abis solat insyak aku tgk dia dah terkinja2 kat blakang main dengan yusuf dan budak2 lain.

lepas abis jer witir aku tanya dia.. " fatma lapa tak?", "fatma lapar nak meehoon", katanya

oh kat luar tu ada meehoon. so aku bawak balik satu bekas, dan kat rumah suap dia makan

tapi sebab meehoon to keras so fatma tak suke sangat. dia makan keropok rollercoster plak dengan adik. lepas tu siap ikan tengah hari tadi sampai abis...

so alhamdulillah dapat pegi masjid, kami happy anak2 pun happy. masing2 kenyang

azam sahur aku kali ni nak makan light2 jer.. so tadi sahur overnight oat. ada campur oat dengan kurma, limau and peach. yummy!

skarang dah jam 3, ada rasa dizzy and lapar sikit tapi masih ok.

nak berbuka nnt pun dah pesan kat wifey takyag beli byk2.. makan simple2 jer...


No comments: