semalam setelah sekian lama tak cycling, aku cycling. Cyling tak kemana-mana pun. Dalam kawasan rumah jer. Haha sebab aku cycling guna bicycle trainer.
trainer tu dah beli sejak bulan 5 haritu. penah sekali pasang dekat basikal mountain, test 2 minit je lepas tu stop sebab konon bunyinya bising. Yela tayar kasar bila pusing kat roller tu dia keluar bunyi berdesing.. tak silap aku beli trainer tu harganya rm350.. second hand dengan orang di labuan juga
tapi semalam aku pasang trainer tu dekat basikal hybrid aku. masih ada bunyi berdesing juga dekat tayar belakang tapi better skit la tak kuat sangat bunyi nya.
selepas dah bubuh minyak singa dekat rantai, aku adjust sikit derailure belakang kasi smooth. Derailure belakang ni alignment dia senang lari sikit. bila alignment lari, time nak tukar gear samaada turun atau naik dia akan lambat skit atau terjatuh.
Penat yang teramat... haha
ye... sebab dah lama tak cycling, semua otot celah kangkang aku dah lembik. tak lama pun aku try cycling tu, cuma 35 minit + ja. aku pakai HIIT interval punya apps. so aku set satu set work 5 minit, rest 1 minit untuk 6 cycle.
Ok la juga aku pun taknak push sangat2 sebab baru nak start kan..
before cycling berat aku 72.8kg. lepas cycling jadi 72.4kg. semua ni hilang melalu peluh
satu yang aku perasan la bila dah start bersenam semula ni. tidur malam jadi lebih mudah dan waktu pagi pun rasa senang je nak bangun alhamdulilllah.
Harapnya dapat istiqamah la exercise ni.
the reason why aku terberhenti exercise beberapa bulan lepas sebab faktor keje. kedua sebab waktu subuh tu makin lambat so hari lambat nak terang. dan ke dua maybe sbab exercise sorang2 so takde semangat.
aku plan nak turun kasi below 70 balik. nak naik senang tapi nak turun tu punyala payah.
dan aku berharap jugak kali ni boleh konsisten lebih lama la.. insyaallah
tengok 2-3 bulan lagi macamaana hahaha
Thursday, September 29, 2016
Wednesday, September 28, 2016
wifey ku 35 weeks ++ !!!
Isteri ku dah masuk 35 weeks. Maknanya tinggal 5 minggu saja lagi untuk due. Kalau ikutkan pengalaman bersalin dia sebelum ni, kedua-dua delivery 2-3 sebelum due date.
Masa bersalinkan Fatma 2 hari sebelum due. Sepatutnya 29 February tapi bersalin pada 27 February. Haha nasib baik, kalau tak kesian Fatma celebrate birthday every 4 years.
Masa bersalinkan Yusuf almost 5 days before due. tak silap sepatutnya due date 1 Mac tapi yusuf keluar 25 february.
Bagus la birthday budak-budak ni dekat-dekat, boleh celebrate sekali
Tapi sebenarnya untuk yang ke tiga ni aku rasa lebih mencabar, dan aku sendiri dah mula rasa bimbang.
Sejak kerja swasta ni, cuti tak semudah dulu. Kalau nak cuti kena pastikan ada pengganti.
Jadi waktu isteri nak bersalin nanti, berharap sangat perjalanan urusan kerja dipermudah. Kalau boleh waktu tanda-tanda bersalin tu muncul aku dah siap2 boleh apply cuti dan ada pengganti.
Dan dalam masa yang sama urusan sekolah anak-anak semua lancar.
Semua ni diluar kuasa kita. Sebab ALlah yang akan menentukan segalanya

Tuesday, September 27, 2016
membuka langkah pertama
aku ditugaskan untuk mencari dana pusat dakwah dan tarbiyyah. Orang cakap senang saja, cuma perlu pergi dari sorang ke sorang dan cakap je la nak minta derma.
tapi realitinya tak mudah. mungkin sebab tak biasa.
nak fikir wording yang sesuai. nak buat ayat yang baik. semuanya perlu perancangan.
untuk orang yang tak biasa buat kerja2 amal macam aku memang susah nak start. to move the first step is always the hardest.
tapi alhamdulillah harini dapat mulakan sesuatu. orang pertama yang aku message ialah ayah. alhamdulillah ayah tak banyak tanya, terus minta nombor akaun dan petang tu terus duit masuk. orang kedua ialah makcik ku maklang. sama juga, tak banyak tanya, petang tu terus masuk duit.
kadang-kadang kita lupa tentang pertolongan allah, umpana kita ni buat kerja sorang-sorang. kita lupa yang allah yang mengatur segalanya, kita ni hanya perlu bergerak usaha.
teringat satu petikan dalam buku yang pernah dibaca, antara faktor yang melambatkan seseorang itu berjaya ialah perasaan takut. Takut menyebabkan kita tak berganjak dari kedudukan asal. Malah kebanyakan kes, kita takut pada sesuatu yang tak pasti. padahal sebenaraya kalau kita gagal dalam sesuatu usaha, ia tak meletakkan kita di bawah kedududkan yang asal, malah ia meletakkan kita di kedudukan yang lebih depan dari yg asal.
sebab kita akan belajar sesuatu dari kegagalan. Kita dapat tengok sambutan sesuatu usaha, kita dapat feedback dari orang ramai.
apa yang aku harapkan selepas ini, aku dapat buat yang lebih baik untuk jemaah.
sebab mati pasti akan datang. tak tau bila.
tiada yang lebih ku harapkan selain husnul khotimah.

Subscribe to:
Posts (Atom)