aku ditugaskan untuk mencari dana pusat dakwah dan tarbiyyah. Orang cakap senang saja, cuma perlu pergi dari sorang ke sorang dan cakap je la nak minta derma.
tapi realitinya tak mudah. mungkin sebab tak biasa.
nak fikir wording yang sesuai. nak buat ayat yang baik. semuanya perlu perancangan.
untuk orang yang tak biasa buat kerja2 amal macam aku memang susah nak start. to move the first step is always the hardest.
tapi alhamdulillah harini dapat mulakan sesuatu. orang pertama yang aku message ialah ayah. alhamdulillah ayah tak banyak tanya, terus minta nombor akaun dan petang tu terus duit masuk. orang kedua ialah makcik ku maklang. sama juga, tak banyak tanya, petang tu terus masuk duit.
kadang-kadang kita lupa tentang pertolongan allah, umpana kita ni buat kerja sorang-sorang. kita lupa yang allah yang mengatur segalanya, kita ni hanya perlu bergerak usaha.
teringat satu petikan dalam buku yang pernah dibaca, antara faktor yang melambatkan seseorang itu berjaya ialah perasaan takut. Takut menyebabkan kita tak berganjak dari kedudukan asal. Malah kebanyakan kes, kita takut pada sesuatu yang tak pasti. padahal sebenaraya kalau kita gagal dalam sesuatu usaha, ia tak meletakkan kita di bawah kedududkan yang asal, malah ia meletakkan kita di kedudukan yang lebih depan dari yg asal.
sebab kita akan belajar sesuatu dari kegagalan. Kita dapat tengok sambutan sesuatu usaha, kita dapat feedback dari orang ramai.
apa yang aku harapkan selepas ini, aku dapat buat yang lebih baik untuk jemaah.
sebab mati pasti akan datang. tak tau bila.
tiada yang lebih ku harapkan selain husnul khotimah.
Tuesday, September 27, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment