Monday, May 15, 2017

Hari Keluarga K1M UTC Labuan

Beberapa minggu sebelum ni lagi wifey dah sibuk2kan diri untuk buat family day k1m utc. Contact hotel, minta quotation, plan aktiviti dan macam-macam lagi.

Siap tempah baju lagi from KL.

Ini family day yang julung2 kali diadakan. Maklumla K1M UTC kan baru satu tahun. Tahun lepas semangat kekeluargaan tu takde lagi. Tapi tahun ni mereka dah rasa macam family, itu sebab nak buat family day.

Family day ini dibuat di Palm Beach Resort and Spa Labuan. Tempat ni memang kami sekeluarga suka sangat sebab scenery dia cantik, room dia pun ok. Harga pun masih boleh kata reasonable. Kami suka ke sini waktu petang boleh minum2 air, makan2 tepi pantai. Di situ ada swimming pool yang cantik menghadap laut macam infinity pool la.

Acara dimulakan dengan majlis makan malam. Ikutkan plan asal, kami tak berminat nak tidur di hotel sebab baru je spend duit minggu lepas di beberapa hotel di KK. Tapi entah macamana tiba-tiba boleh terdetik utk stay kat hotel masa makan tengahari semalam dengan wifey. Since wifey yang dealing dengan event manager, cepat2 dia call officer tu untuk book satu bilik.

Kami memang tahu yang hotel tu tak pernah penuh pun so memang senang la nak dapat bilik hahah.

Makan malam semuanya santai. Ada ucapan-ucapan ringkas dari semua orang. Ramai menyatakan yang mereka rasa sangat serasi dengan team K!M UTC. Memang nampak yang selepas setahun K!M itu dimulakan, mereka makin rapat seakan keluarga.

Yusuf kaalu tak merengek memang tak sah. Sebelum masuk restoran dia nampak peti aiskrim. Jadi, merengek2 la dia nak aiskrim. Selagi tak dapat selagi tu dia akan terus menjerit-jerit. Dah berapa kali dicakap yang makan la nasik dulu tapi tetap dia tak faham. Aku kalah, belikan juga dia aiskrim. Nasib baik la waktu makan selepas tu, dia makan juga nasi dengan lauk ikan.

Esoknya selepas breakfast acara pun bermula. Ada bebrapa aktiviti family day yang hotel sendiri sediakan, memula memancing botol, selepas tu teronpah gergasu, selepas tu ada acara musical chair untuk anak-anak dan slepeas tu ada water bom relay.

Geng2 K1m sendir pun ada buat mainan sendiri.. mereka buat acara tiup tepung untuk anak-anak. Selepas tu mereka main baling2 belon berisi air seuka2 untuk basahkan semua orang.

lepas dah main semua2 tu.. acara yang paling anak-anak suka... TERJUN POOL!!

Aku nak bagi credit sikit la kat pool palm beach resort ni. pool dia memang paling cantik kat labuan ni. cantik sebab dia facing laut. as if kalau tengok from 1 end.. nampak mcm infinity pool.. terus ke laut. pool dia pun besar.. air tak dalam sangat.. tapi aku prefer kalau ada part yang lebih dari 2 meter la.

Selepas dah puas berendam dalam pool sampai kecut2 jari, kami naik bilik, mandi, kemas2 barang and chekout. jam pun dah tunjuk pukul 12.30pm. Sepatutnya kena chekcout pukul 12 tghari...Kemudia kami pegi makan lunch yg didiakan... semua memang best.. ada lauk ayam, ikan daging sayur... masakan ala-ala chinese food memang kena dengan tekak aku.. anak-anak pun makan sjaa..

Selepas habis makan lunch kami pulang ke rumah...

begitu lah sedikit kisah family day K1M UTC labuan... seronok.. semua gembira.. nice people.. nice food... awsome place..!!


No comments: