Thursday, December 21, 2017

percutian yang menggembirakan... sehinggalah...

Weekend lepas kita sekeluarga pergi bercuti di Kundasang. Sebenarnya tujuan asal ke kundasang sebab papa join running event BHMM Mesilou 2017. Tapi sebab dah lama tak pergi kundasang, jadi satu keluarga pergi sekali.

Tiket feri dah ditempah awal. Nasib baik ada timing yang kita nak. Pergi Sabtu pagi 16 Disember, balik isnin malam 18hb. Nice.. alhamdulillah dapat tiket feri time2 cuti sekolah ni biasanya ferry hujung minggu selalu cepat full.

Feri kenderaan dari Labuan ke Menumbok pada 16hb tu jam 6 pagi. Jadi kita keluar rumah jam 4.45 pagi macam tu. Korang anak-anak semua tak mandi pun, terus tukarkan baju, masukkan barang dalam kereta dan gerak. Kita singgah airport dulu beli breakfast kat macdonald dan solat subuh. Sampai terminal feri kita antara yang terawal. Dapat la parking depan-depan. Masa tu fatma dah bangun tidur, tapi yusuf masih tidur. Jadi papa and mommy breakfast dalam kereta saja. Kemudian yusuf bangun dan feri pun mula jalan. Kita seluar naik atas deck.

Masa tu ferry memang penuh dengan penumpang di bahagian deck. So kita semua duduk luar dulu tengok laut dan kapal-kapal. Cuaca pun ok jadi tak panas sangat la. Perjalanan feri dari Labuan ke Menumbok ambil masa lebih kurang 1 jam 30 minit. Sampai saja di menumbok, macam biasa kita parking sekejap di masjid, pergi toilet lepas tu buckle anak-anak kat kerusi betul2. Lily pun duduk kat seat belakang. Lepas tu terus gerak...

Untuk trip kali ni kita tukar sikit, tak ikut jalan melalui Kota Kinabalu, tapi ikut jalan Keningau - Tambunan - pekan Ranau - Kundasang. Start je jalan dari menumbok anak-anak semua tidur. Relax2 papa drive dari menumbok - beaufort - kimanis. jalan selepas kimanis uuntuk ke keningau memang syok. Naik turun bukit untuk melepasi banjaran crocker. Jalan dia sangat steep time naik dan turun. Tak boleh gerak laju masa naik. tiba di puncak crocker, kita stop kejap untuk ambil gambar dan minum. Yusuf papa suap mee hoon sup. fatma pening-pening so taknak makan. dekat tepi tempat kita makan tu ada banyak kucing2 comel dalam sangkar. KOrang semua main-main dengan kucing tu.

memang syok la kat atas puncak tu. angin tiup sepoi2. suhu memang dingin. permandangan pun memang cantik. dari atas boleh nampak sampai ke laut. Lepas tu kami mulakan perjalanan menurun. Dari puncak sampai ke keningau tak begitu lama. di keningau kita tak berhenti, sekadar lalu saja dan teruskan perjalanan sampai ke tambunan.

jalan dari keningau ke tambunan memang ok sangat. lurus dan takde jalan rosak. sampai di tambunan kita isi minyak dah ke toilet. tambunan ni macam pekan kecil di pedalaman sebelum ke ranau. suhu dingin tak rasa panas.

jalan mula jadi mencabar dari tambunan ke ranau. bengkang bengkok turun naik bukit dan banyak kawasan tanah runtuh yang jalannya rosak. bila lalu jalan ni teringat balik masa jalan pegi tawau ikut keningau - kalabakan tu, sama sangat keadaannya.. tapi permandangan sepanjang jalan memang superb laa. dari jauh dah boleh nampak puncah gunung kinabalu, sepanjang jalan tu banyak crossing river. Dan yang papa rasa cantik ialah ada sawah. Sawah bukit ni cantik sebab dia ada layer.. macam kat tegalalang bali. rugi tak amik gambar sawah. Sepanang perjalanan tu ada satu air terjun mahua namanya. kita tak pergi sebab kena divert jalan 6km pergi balik so taknak buang masa sangat.

sampai ranau dah dalam pukul 2 lebih. mommy lapar sangat masa tu so dia ajak makan kfc papa pun on je.. memang dah makanan feveret. dekat kfc fatma yusuf n mommy makan chicken rice, tapi korang makan tak byk sangat. papa makan chizza.. bole la sedap jugak.. flavour n ingredient dari pizza hut.

lepas tu kita gerak ke sabah tea. dari ranau ke sabah tea tu dalam 15km je. sampai di sabah tea kita ambil gambar sikit, tak makan minum pun di restorant tu sebab dah kenyang. kemudian kita ke fish spa tak jauh dari situ.

fish spa tu unik sebab ikan tu memang berkumpul kat area sungai tu. padahal tak dikepung pun. banyak sangat ikan. fatma takut2 nak celup kaki sebab geli2 bila ikan tu datang dekat gesel2 badan kat kaki kita. sambil2 tu kita bagi ikan makanan dia. kat situ masa dihadkan kepada 15 minit je kot. mungkin sebab ramai pelawat dan area terhad. selepas habis di fish spa papa nak cepat2 gerak terus ke kundasang sebab nak ambil race pack. katanya racepack sampai jam 6 je. masa tu dah pkul 4.30pm.

perjalanan agak slow sebab banyak kereta dan lori, dari fish spa ke ranau dan dari ranau ke kundasang. masa tu agak kalut la sebab cadangnya nak singgah solat di ranau sebelum gerak ke kundasang tapi bila sampai gi masjid ranau tu tengok2 masjid tutup sebab tengah renovate. pusing2 tak jumpa surau so kami gerak terus ke kundasang, tapi berhenti solat tepi jalan.

ni part yang paling stress la sebab jalan sangat jem nak ke pekan   kundasang. jarak tak lah jau hsangat, maybe dalam 15km tapi sangat-sangat slow. papa kalut sikit la takut tak sempat ambil racepack, tapi bila call organiser nasib baik mereka extend sampai jam 7. kalau ikut google map ada je dia suggest ikut route lain tapi papa takut nak pakai sebab dah terkena masa nak pegi ke sabah tea tu. dia bagi jalan grabble yang mustahil kereta biasa ni boleh lepas. so papa ikut main road jugak.

sampai je kundasang tengok tengah ada tamu di pekan maybe sebab tu lah jalan jam sebelum masuk roundabout. dari pekan ke mesilau smoooth jer tapi sebab hari dah gelap, payah la nak cari tempat ambil racepack tu. nasib baik di FB page ada share location jadi kami folllow je google map.

sampai saje kg mesilau tengok masih ada lagi yg sedang ambil racepack masa tu dah pukul 7.10 malam. organiser bilang kena ada di situ sebelum jam 6 esok pagi untuk race. selepastu kita terus gerak ke homestay teratak indah. pada asalnya nak duduk dekat dreamworld di mesilou tapi sebab lambat booking, bilik yang murah dah tak available tinggal yang harga 700 lebih je. (mommy salahkan papa sebab lambat sangat beli tiket feri, mommy nak ada tiket baru booking. tapi patutnya book je la sebab by hook or by krup mmg akan pegi)

homestay teratak indah ni location dia rendah sikit dari mesilau. less than 1km dari pekan kundasang. cumanya disebabkan jalan tu gelap, jadi agak mencabar la nak sampai ke sana. memang follow je google map. jalan mmg turun slop sempit dan grubble. masa gerak tu worried jugak betul ke jalan ni. sebenarnya tuan homestay dah bagi video tunjuk keadaan jalan tapi aku je yg tak tengok.

sampai2 homestay rasa lega la sebab dah boleh relax. masa tu dah jam 8 kot. bilik dia selesa je ada katil queen dan dia bagi satu tilam single. malam tu makan megi je. fatma n yusuf makan left over kfc. korang memang lapar sangat nampak, slelepas makan kfc makan megi pulak. lily semua dia telan hahaha.

so malam tu kita tidur, esoknya papa bangun around 4am utk prepare pergi race. bangun pagi tu mommy prepare kan papa tuna sandwich sedap sangat sebab ada pakai griller yg dibawa dari labuan hahaha. dalam jam 5 lebih selepas subuh papa tumpang kengkawan runner pergi ke starting point.

ok pasal running event tu nnt papa citer kemudian.

so papa habis running around 10.30am, mommy fetched papa dekat2 dengan mesilau jugak selepas u all semua enjoy desa cattle farm. dari situ kita pegi lunch dengan H Benjamin residence. tempat tu mmg situated dekat spot yang best la. dekat dengan golf club dan sangat cantik pemandangan area tu. sejuk gile lagi2 tengah hujan. papa makan mee goreng, mommy makan nasi goreng, and u all anak2 makan nasi n sup ayam (u all punya comfort food)

masa tu mmg papa n mommy berangan sangat2 nak ada tanah kat area tu. boleh buat homestay cantik2. syok nyerrr

selepas tu kite terus gerak ke kinabalu park untuk bermalam di situ. sebab mommy frust tak dapat duduk kat mesilau so mommu book la satu bilik di kinabalu park.

bilik yang kita duduk mmg superb la. old design tapi cantik, lantai jenis kayu, furniture pun kayu. the best part is dia macam duplex, living area kat bawah, bilik di atas. ada satu je king bed kita share ber5 hahahah.. luar beranda pulak mengadap hutan, masa tu sangat sejuk sebab hujan tak berhenti. nasib baik dalam bilik ada heater so kurang la rasa sejuk sangat. hahaha macam kat oversea time belajar dulu.

petang tu kita pegi minum coffee kat restorant dia.. area living area yang sangat cozy tambah plak ad ahiasan xmas treee haha sangat feeeling mcm kat oversea. kita makan popia jugak. lepas tu kita siap2 mandi dan balik semula ke restaurant utk dinner. masa tu sebenarnya papa dah penat sangat tapi kluar jugak la pegi dinner. nak kata lapar, lapar jugak la sebab sejuk kot, banyak bakar energy. malam tu papa makan chicken chop, not bad la..  mommy makan kueteow.. yusuf makan wedges papa cecah sos fatma pulak tak makan apa2 kot. oh ye baru papa ingat time tu korang tak lapar sangat sebab kat bilik dah makan megi n roti kalau tak silap.

so malam tulepas balik dinner terus tidur. tapi papa tidur tak lena sangat sebab sempit tidur sebelah fatma. so papa turun bawah tidur dekat sofa hahah

pagi selepas subuh papa pegi lari, masa tu hujan stop. papa cuba lari sampai ke timpohon gate tapi tetiba2 rasa tak confident sebab macam kena naik tinggi n nafas laju jugak la so tak sampai halfway papa patah balik.

lepas tu kita pergi breakfast. tempat breakfast ni jauh sikit dari bilik kite so kena bawak kereta. restauran tu pun mmg dihias cantik la.. makanan pun not bad.. variety jugak... fatma macam biasa prefer cereal, yusuf pulak makan nasi goreng...

lepas breakfast, kita kemas2 barang untuk siap checkout jam 12.

selepas check out, kita pergi masuk botanikal garden dekat dalam kinabalu park tu jugak. masuk park kena bayar. masuk garden tu kena bayar sekali lagi. pelik tp takpe la. dalam garden tu macam2 la korang tengok.. flowers, pokok2 hutan... ada sungai kecil... papa suka la tengok korang enjoy jalan2 dalam garden tu.

lepas tu kita gerak turun ke KK.. jalan smooth.. tak jam...

sampai KK nak dekat pukul 3... papa nak pegi makan kat imago..

lepas tu... ok la nak sambung cerita kemudian... bermulalah kisah yang sedih...






Thursday, December 14, 2017

beberapa hari lepas aku bawak yusuf pegi solat isyak di masjid. macam biasa sebelum solat aku pesan betul2 dekat yusuf - jangan lari2 dekat depan lagi2 depan orang solat, main kat belakang senyap2.

aku tengok sebelum ni dia ada improvement la mmg tak kacau orang depan, tapi masa aku tengah solat aku boleh dengar yusuf lari2 dekat saff belakang, mungkin tengah main dengan sorang lagi budak nakal ni.

Masalah yusuf ni bila dia lari mulut pun bebunyi skali so agak annoying la.Tetiba masa dia lari aku boleh terdengar macam dia jatuh, kemudian terus bunyi menangis. Punya la tak tenteram hati aku ni nak solat. Risau bunyi bising dia tu ganggu orang lain solat.  masa tu baru rakaat ke dua.

lepas je habis solat aku marah la kat yusuf knapa tak dengar cakap papa, kan papa dah pesan tapi yusug senyap je. biasa la budak..

malam berikutnya aku bawak yusuf lagi sekali. macam biasa, bagi nasihat jugak, jangan lari depan orang solat, jangan main kejar2 dengan abang yang nakal tu, duduk belakang elok elok.

dari awal sampai abis mmg ak utak dengar suara dia, dalam hati kata ya allah bagus pulak budak ni ntah apa yang dia buat tu. bising tak bagus, senyap terus pun tak bagus.

lepas salam aku ke belakang sikit, tak nampak yusuf dalam masjid maybe dia main kat luar la tu. au sambung solat sunat.

selepat solat sunat aku terus keluar. dari dalam aku nampak dia diri diluar pintu, bukak je pintu tengok dia tengah bediri atas puddle.. ahhh kencing la pulak

"papa ni kenapa lambat yusuf tak tahan dah wawak dah dlm pants".... ahhhhh wawawk la pulakkk eeeee

"ni jatuh dah wawak niii nnt kluar nnt".... sib baik seluar ada cerut kat bawah.. tak tekeluar la ketulan tuu

masa tu orang dah mula keluar dari masjid.. aku cepat2 bawak yusuf pegi masuk toilet.. terpaksa la dukung.. aku nampak orang semua pandang pelik puddle tu... nnt lepas wash yusuf nak kena bersihkan..

dalam toilet yusuf bebel " papa jgan la solat lama-lama tgk yusuf dah tak tahan dah wawak"..bla bla bla

masa tu aku tenang je takde la rasa nak marah-marah sebab kesian pun ada..

selepas wash seluar yusuf aku dukung dia keluar dengan tak pkai seluar tu terus hantar ke kereta. lepas tu aku ambik mop yg diampai ditepi nak bersih kan, bila aku sampai kat tempat yusuf kencing tadi tengok2 dah kering ada la tu orang yang tolong bersihkan. masyaallah terima kasih byk2 kat hamba allah tu, aku berasa sangat besalah..

dalam kereta aku cakap kat yusg "kita balik terus je la yusuf tak payah beli aiskrim malam ni, nak kena wash yusuf dulu dirty nii"... yusuf reply " alaa papa pegi la beli sorang yusuf tak payah keluar yusuf duduk dalam car jer"... pandai la pulak budak ni bagi taktik... ye laa.. dah janji lama dah nak beli aiskrim..

sampai je rumah aku tak marah2 pun cuma rasa stress skit la.. masukkan yusuf dalam toilet mandi kan cepat2 lepas tu pakai cream n baju..

malam berikutnya yusuf cakap tanak ikut papa pegi masjid nak duduk rumah.. uhuhuhu takut jadi drama lag rupanya..

nak dijadikan cerita..

pagi tadi aku lari.. dah 3 hari tak belari badan rasa tak sedap so kena la pegi lari sebab weekend ni nak masuk event.. mesilauthon 25km

so aku selepas 3 km lari aku lari patah balik.. on the way tu tetiba rasa sangat sakit perut nak berak.. bedenyut2 punya sakit kat bawah tu rasa dah tak tahan sangat.. nasib baik on d way tu ada surau.. punya la tak bole tahan rasa mcm nak terkeluar dah sib baik sempat sampai toilet belakang surau..

aku pk ni maybe allah nak suruh aku rasa ape la agaknye bile dah sakit sangat perut... kita yang dewasa ni pun tah boleh teberak kat mana2.. ape kan lagi budak2 kecik macam yusuf ni..

ok la tu saje.. sekian..