Thursday, December 14, 2017

beberapa hari lepas aku bawak yusuf pegi solat isyak di masjid. macam biasa sebelum solat aku pesan betul2 dekat yusuf - jangan lari2 dekat depan lagi2 depan orang solat, main kat belakang senyap2.

aku tengok sebelum ni dia ada improvement la mmg tak kacau orang depan, tapi masa aku tengah solat aku boleh dengar yusuf lari2 dekat saff belakang, mungkin tengah main dengan sorang lagi budak nakal ni.

Masalah yusuf ni bila dia lari mulut pun bebunyi skali so agak annoying la.Tetiba masa dia lari aku boleh terdengar macam dia jatuh, kemudian terus bunyi menangis. Punya la tak tenteram hati aku ni nak solat. Risau bunyi bising dia tu ganggu orang lain solat.  masa tu baru rakaat ke dua.

lepas je habis solat aku marah la kat yusuf knapa tak dengar cakap papa, kan papa dah pesan tapi yusug senyap je. biasa la budak..

malam berikutnya aku bawak yusuf lagi sekali. macam biasa, bagi nasihat jugak, jangan lari depan orang solat, jangan main kejar2 dengan abang yang nakal tu, duduk belakang elok elok.

dari awal sampai abis mmg ak utak dengar suara dia, dalam hati kata ya allah bagus pulak budak ni ntah apa yang dia buat tu. bising tak bagus, senyap terus pun tak bagus.

lepas salam aku ke belakang sikit, tak nampak yusuf dalam masjid maybe dia main kat luar la tu. au sambung solat sunat.

selepat solat sunat aku terus keluar. dari dalam aku nampak dia diri diluar pintu, bukak je pintu tengok dia tengah bediri atas puddle.. ahhh kencing la pulak

"papa ni kenapa lambat yusuf tak tahan dah wawak dah dlm pants".... ahhhhh wawawk la pulakkk eeeee

"ni jatuh dah wawak niii nnt kluar nnt".... sib baik seluar ada cerut kat bawah.. tak tekeluar la ketulan tuu

masa tu orang dah mula keluar dari masjid.. aku cepat2 bawak yusuf pegi masuk toilet.. terpaksa la dukung.. aku nampak orang semua pandang pelik puddle tu... nnt lepas wash yusuf nak kena bersihkan..

dalam toilet yusuf bebel " papa jgan la solat lama-lama tgk yusuf dah tak tahan dah wawak"..bla bla bla

masa tu aku tenang je takde la rasa nak marah-marah sebab kesian pun ada..

selepas wash seluar yusuf aku dukung dia keluar dengan tak pkai seluar tu terus hantar ke kereta. lepas tu aku ambik mop yg diampai ditepi nak bersih kan, bila aku sampai kat tempat yusuf kencing tadi tengok2 dah kering ada la tu orang yang tolong bersihkan. masyaallah terima kasih byk2 kat hamba allah tu, aku berasa sangat besalah..

dalam kereta aku cakap kat yusg "kita balik terus je la yusuf tak payah beli aiskrim malam ni, nak kena wash yusuf dulu dirty nii"... yusuf reply " alaa papa pegi la beli sorang yusuf tak payah keluar yusuf duduk dalam car jer"... pandai la pulak budak ni bagi taktik... ye laa.. dah janji lama dah nak beli aiskrim..

sampai je rumah aku tak marah2 pun cuma rasa stress skit la.. masukkan yusuf dalam toilet mandi kan cepat2 lepas tu pakai cream n baju..

malam berikutnya yusuf cakap tanak ikut papa pegi masjid nak duduk rumah.. uhuhuhu takut jadi drama lag rupanya..

nak dijadikan cerita..

pagi tadi aku lari.. dah 3 hari tak belari badan rasa tak sedap so kena la pegi lari sebab weekend ni nak masuk event.. mesilauthon 25km

so aku selepas 3 km lari aku lari patah balik.. on the way tu tetiba rasa sangat sakit perut nak berak.. bedenyut2 punya sakit kat bawah tu rasa dah tak tahan sangat.. nasib baik on d way tu ada surau.. punya la tak bole tahan rasa mcm nak terkeluar dah sib baik sempat sampai toilet belakang surau..

aku pk ni maybe allah nak suruh aku rasa ape la agaknye bile dah sakit sangat perut... kita yang dewasa ni pun tah boleh teberak kat mana2.. ape kan lagi budak2 kecik macam yusuf ni..

ok la tu saje.. sekian..


No comments: