Thursday, June 09, 2016

dalam hidup kita perlu buat banyak keputusan. samaada keputusan untuk diri sendiri atau orang lain. samaada susah atau senang, at the end of the day keputusan tetap perlu dibuat.

harini aku pergi berjumpa dengan cikgu music school fatma untuk menyatakan keputusan aku bahawa selepas ni aku takkan hantar lagi fatma ke music school. sebabnya, aku nampak fatma tak menunjukkan minat atau interest kepada alat music setakat ini. dia pada aku sangat artistik, suke melukis, colouring, peka pada shape, suka bernyanyi dan macam2 lain. cumanya aku tak rasa dia minat untuk bermain alat music. aku nak sangat anak aku boleh main piano, sbb pada aku main alat music nih boleh membuat seorang itu lebih kreatif dan bijak. tapi aku tak boleh paksa dia pegi kelas setiap minggu kalau dia tak minat.

selama lebih setahun hampir setiap hari ahad aku akan bersama dia pergi music school. dari music wonderland tahun lepas, sehingga la masuk junior music mac tahun ni. kalau ikutkan boleh aja aku buat locum banyak2 hari ahad tapi sebab nak hantar anak ke music school aku terpaksa refuse semua locum2 tu.

pada awalnya semasa music wonderland fatma sangat excited dan sentiasa look forward untuk stiap kali nak ke kelas hari ahad. mungkin kelas music wonderland lebih kepada singing simple songs, main triangle, clarinet, tamborin, dan dancing2. tapi sejak masuk junior music school, lebih banyak tertumpu kepada finger skill main piano. fatma macam tak berapa minat dan mungkin tak mudah untuk dia relate apa yang dia dengar, apa yang dia nampak dan apa yang perlu dia tekan pada piano. dalam kelas pun dia nampak muram sikit dan susah nak concentrate dengan arahan cikgu. dia lebih suka tengok budak2 lain main daripada dia sendiri yang main piano. aku kadang2 rasa marah kat dia ada jugak sampai tercubit. tapi itu tak sepatutnya berlaku sebab learning should be fun and exciting.


cikgu cakap skill ni perlu practise. sudah kami beli keybod dirumah tapi dirumah pun dia tak minat nak main tekan2 piano tu. mungkin salah kami jugak sbab tak terlayan dia training dirumah.

so tadi dengar rasa sedih aku bagitahu teacher pasal ni. teacher cakap fatma actually berpotensi cumanya perlu banyakkan latihan. aku cakap takpe la later kalau tetiba nampak dia macam ada minat dengan main music kami akan hantar balik ke music skool. piano dah beli kami simpan dulu.

takpon aku jela blajar main. nnt dah pandai boleh buat lagu sendiri.

so fatma, semoga menjadi anak yang baik, papa tak paksa2 fatma, biar fatma pilih apa yang sesuai untuk fatma. takda apa yang papa harapkan selain kebahagian fatma.

salam ramadan hari ke 4!

Monday, June 06, 2016

ramadan 2016

Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah sekali lagi untuk melalui bulan ramadan yang penuh mulia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang sia-sia kalau tidak dipenuhi dengan amalan.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ramadan datang, pasti berniat mahu jadikan ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum2 nya. Mungkin kerana terasa seperti masa lain tidak diisi dengan baik, disia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah.

Ramadan kali ini lebih mencabar kerana kerjaya baru. Masa untuk bertarawih tidak seperti dulu2. Kalau dulu setiap malam boleh pergi bertarawih di masjid kalau mahu, sebab kerja hanya 'normal office hour'.

Tapi kali ni waktu kerja ku lain. Lebih banyak bekerja petang dan malam berbading pagi dan petang.

Sedikit terasa sedih dan kecewa pun ada sebab tak banyak peluang untuk ke masjid bertarawih. Masa dulu2 ada peluang tapi tak digunakan sebaiknya tapi sekarang bila peluang tidak banyak masa ni lah menyesal.

Semalam alhamdulillah dapat bertarawih di masjid biru bersama wife dan anak2.

siang2 lagi dah excited nak pergi masjid. lepas balik dari supermarket waktu, terus siap2 masak supaya dapat dinner awal sebelum ke masjid. Sini kena awal sbb maghrib pkul 6.30pm dan isyak pula jam 7.45pm.

so lepas solat magrib, makan2 then mandi kan fatma and yusuf. fatma dah tunjuk tanda2 mengantuk. dia kalau mengantuk mula la buat perangai pelik2. suruh makan takmo makan. lepas tu sepah2 kan barang. tegur skit nanges. bile dah nanges tu aku bawak masuk bilik, tutup lampu baring degan dia. mase tu masih nanges teresak2 lagi. tak sampai 5 minit dia pun sleep.

memula berkira2 jugak nak pegi masjid ke tidak sbb fatma sleep ni. tapi kami bawak jugak laa.. dalam kereta masih tidur. sampai ke dalam masjid sambung tidur lagi. tapi lepas abis solat insyak aku tgk dia dah terkinja2 kat blakang main dengan yusuf dan budak2 lain.

lepas abis jer witir aku tanya dia.. " fatma lapa tak?", "fatma lapar nak meehoon", katanya

oh kat luar tu ada meehoon. so aku bawak balik satu bekas, dan kat rumah suap dia makan

tapi sebab meehoon to keras so fatma tak suke sangat. dia makan keropok rollercoster plak dengan adik. lepas tu siap ikan tengah hari tadi sampai abis...

so alhamdulillah dapat pegi masjid, kami happy anak2 pun happy. masing2 kenyang

azam sahur aku kali ni nak makan light2 jer.. so tadi sahur overnight oat. ada campur oat dengan kurma, limau and peach. yummy!

skarang dah jam 3, ada rasa dizzy and lapar sikit tapi masih ok.

nak berbuka nnt pun dah pesan kat wifey takyag beli byk2.. makan simple2 jer...


Saturday, March 26, 2016

cita-cita aku.. aku mau berjaya didunia dan akhirat
kejayaan didunia yang membawa aku berjaya diakhirat
bagaimana?
klinik
perniagaan
penternakan
hartanah
pelaburan saham.
5 elemen penting yang aku akan cuba sebaik mungkin
berangan nak financially independent dalam masa 10 tahun lagi
aku perlukan sokongan dan doa dari keluarga
mungkin terpaksa banyak berkorban masa bersama kluarga
sekrang ni pun aku berjauhan dengan mak ayah dan adikberadik
masa dengan isteri dan anak2 pun agak kurang
maklum la jadual kerja yang odd
tapi insyaallah aku mau rezeki yang berkat. yang cukup. yang lazat
aku cuba utk dapatkan masa yang berkualiti lebih dari kuantiti
selama ni aku sedar yang kuantiti masa tak menjamin kualiti.
mungkin aku take for granted

Tuesday, May 27, 2014

writing..

" setting aside 15 minutes to write at the end of the workday is enough to make you better at your job"

so from now on i will start writing. n i now its not easy for me.

currently im training my self to wakeup early and not going back to bed after solat subuh. first 2 days were quiet difficult but now its almost 2 weeks and only failed twice. not bad actually.

so i wake up at 5.20am (subuh ended around 6.10am here in labuan), take wudu', wake my wifey up and i solat sunat 2 rakaat first while waiting for here. i heard that the 2 rakaat prayer before subuh is better than langit dan bumi. so after solat subuh berjemaah i spend sometimes to recite 2 pages of alquran. after than have somthing for breakfast. i seldom go out to work without having breakfast. My mother served me breakfast before go to school everyday since i was a kid. i watched tv alhijrah while having breakfast. today ustaz badrul shah discussed about yakjuj dan makjuj - one of the tanda2 hari kiamat.

Friday, May 16, 2014

4 years after the last entry... here i am

its been so long that ive not written anything in this blog. 4 years ago  i was just a single man waiting anxiously to be employed by the goverment serving the people. 4 years ago my body weight was 65kg. 4 years ago i seems very long. n now here i am, a medical officer in labuan, husband of a beautiful wife and a father of 2 children.

theres so many things i would like to write, but i keep on procrastinating, and time just shed all the good and bad memories away.


Sunday, October 17, 2010

18/10/2010 - induction

last entry was like 2 months ago, n now i suddenly felt that i need to write sumthing.. so here i am...

after a long enjoyable holiday..tomoro wud be my first day as a goverment servant... the induction will take place at kings hotel melaka.. it shud be fun... hopefully~!

Thursday, August 26, 2010

assalamualaikum...

hampir 3 bulan tanpa kata2
akhirnya ku kembali jua
oh mata tenunglah dunia
disitu ada gelita
disitu ada cahaya
setiap detik adalah permata
harus disimpan tak dibuang merata2.....



Tuesday, June 08, 2010

tiba2 ada org tegur kat fb:


E**za

cutenyr pic baby awk........

umo baby bape ek?????

11:54Me

gambar yg mane awak tgk ekk

tu baby kawan sy hehe

11:54E**za

dlm pic awk la

11:55Me

baru 2-3 minggu kot

11:56E**za

hbis 2 name girl 2 sape????

so x kahwin lg la ni ye

sory la ye

dh silap

11:58Me

huhuhu blom laaa

camne la bole ingt sy dah kawin

hahahahaha

11:59E**za

sbb ada name girl kt your profile

sbb 2 inga dh kahwin

11:59Me

hahha name sape

12:00E**za

Fadzlana & Fariha

tul x anak awk

12:00Me

laaaaaaaaa

tuh SIBLIGNGS laaa.. akak2 saya

12:01Eizza

sory........

12:01Me

awak ingat fadzliana dan fariha tu sape?

12:02E**za

ank awk la

12:02Me

hahahahahah


-------------

mcm jahat aku gelakkan dia.. tp nk salahkan sapa????

Monday, June 07, 2010

1. mak ayah anum datang 12hb nnt... so aku akn jumpe derang kat london... ahh tak sabar nyee~!!!

2. aku duduk sorng2 rumah ni slame 5 hari sbb mlm ni nasrul blah pegi london jumpe parents dia esok pagi. ahhh bosannye. ape aku nak buat???

3. cuace tak seberape menari beberape hari lepas ni. ingat nak pegi tgk powerboat tp tak syok la cuace camni...aihh

4. kotak nak kene pos 10hb ni.. tp satu hape pun aku tak letak lagi dlm kotakk... giler malas~! takpe harini jugak aku settlekan hahah semngat2~!

5. bagus... lately aku jadi rajin byk membace... semoga bermanfaat

6. tak sabar nak balik msia =)



Monday, May 10, 2010



lagu takde kene mengena dlm hidup...
sekadar syarat sah entry dlm blog..
dah lame tak letak apa2....


hidup kene merancang.... =)

Saturday, April 10, 2010

paper medicine sudah abis.. ok ker? hmmmm bole laa... cukup makan sajaaaa

hmmmmm rasa mau hidup dalam gua...dikelilingi dengan tikus, ular, cicak dan labah2.. mungkin itu lebih menarik?

papehal pun kasik abis exam dulu... ada title baru bergaya... bergaya dlm gua!

Monday, March 22, 2010

expressive dysphasia

kalau memilih utk berdiam dari berkata-kata.. mungkin itu lebih baik?








Tuesday, March 16, 2010

3 minggu tak telefon rumah, jadi aku pun telefon...

"helooo maaaaaaaak"
"helooooooo diiiiiiiiikk!!!!! mak tunggu2 jugak biler adik ni nak telefon", kate mak.
"tu la adik telefon niii hehehehhe"

hubungan mak ayah dengan anak ni macam ada satu mende yang tak boleh nak explain. kate orang kalo anak sakit, mak ayah pun akan terase same.


"oh hari tu kiteorg balik muar. adik tau tak atuk yah sakit", tanye mak.

"oh aritu fikri ade bagi tau jugak. tp tak tau sakit ape. sbb ape mak??"

"atuk yah masuk hospital. ada peparu berair. tapi atuk nampak ceria je. kite doa la ye atuk cepat pulih. insyaALlah ok la tu", kate mak.

atuk mmg dah lame ade masalah jantung. tp bile mak sebut atuk ada peparu berair, pulmonary edema ke? dah develop heart failure ke?

"yela harap2 atuk ok la tu",

aku terdiam seketika memikirkan prognosis....


"duit sume cukup dik? kot2 la masuk lmbat ke ape ke", tanye mak lagi

"cukup je mak...",

bagus betul. kalo aku ckp tak cukup paling kurang pun mesti bole dpt dlm 100 euro. tp mmg duit aku ckup je... alhamdulillah

insyaAllah mak ayah akan datang 12-20 jun nnt. rancanganye nak jalan london n other places, pegi galway utk graduation aku (insyaAllah), lepas tu memane la yg bole pegi. mak pesan takyah susah2 utk booking ape2 accom ke. concentrate exam dulu.

ayah tanye lepas ni nak buat ape. mrcp ke mrcog ke. aku ckp nak buat surgery tp tak pk ape2 pun. aku ckp aku nak pegi US! hahahah


exam tak sampai sebulan,
just be confident, aku tau aku boleh buat. praktis dan praktis......


ade mende yg stunned aku... aku ni jahat ke? huhu


Saturday, March 06, 2010


walaupun exam tinggal 4-5 minggu je lagi, tp aku semapt lagi tgk2 barang kat ebay. tak tau la kenape, dulu2 lagi kalo time2 camni la aku tetiba suke bukak ebay. kalau thn lepas aku beli iphone. sampai kopak gak la akaun bank aku. kali ni nak beli ape plak?yg bagusnye mara plak baru masukkkan duit alaun buku yg sepatutnye dpt september dulu. tp skang baru dpt. aku rase ade 3 mende yg aku nak skang ni. kehendak je. bukan keperluan. aihhh cepat le mara masukkan duit claim2 aku sume.... lembab betul le mereka ni... aihhh





takpela... aku blajar dulu... nnt pas exam aku pk...

tak pun aku beli dulu... pas exam baru main?

cukup2...kene berjimat... duit ade tak semestinye kene beli.. byk mende len bleh buat... blanje org makan ke kan?

org lain countdown sapai exam... aku plak countdown nak balik


oh terlupe... mungkin aku kene beli stateskop baru... sbb stet aku ilang mane tah... sedih...

Sunday, February 21, 2010


tadi, AGM ppimg yg terakhir aku pergi. aku tak pernah miss agm ppimg setiap tahun. dah 6 thn aku kat sini, 6 kali agm aku pergi.

cepatnye masa berlalu....

aku tak ingat bila kali terakhir aku pergi ke ITbuilding main campus. tapi tadi masa AGM kat lecturehall IT125G, situ la aku pegi lecture physic masa 1st year.

cepatnya masa berlalu....

aku sedar tinggal beberapa bulan saje lagi aku kat ireland. kenangan2 lama kat ireland tiba2 datang semula. macam tak percaya penantian 6 thn dah nak berakhir. berat juge rasanya nak tinggalkan galway ni. tapi hidup kene teruskan. insyaAllah aku takkan tukar keputusan aku nak balik for good. dalam keadaan politik yg tak stabil, perpecahan kaum, liwat meliwat, rasuah, curi enjin, rempit, buang bayi, dan macam2 lagi kat negara aku, aku tetap rasa pilihan balik ke malaysia adalah yang terbaik. Alhamdulillah. aku harap aku tak jadi lalang lagi dlm hal ni. sebenarnye ada beberapa perkara lagi yg aku masih belum decide. masih mengharap petunjuk dan kekuatan. aku sedar masa semakin suntuk.

~~~~

aku byk belajar sesuatu dari apa yg ada disekeliling dengan mata dan hati. mungkin aku tak sepatutnya masuk campur tapi sejak 2-3 yg lepas, ada perkara yg remind aku, bahawa hidup ini bukan hanya menerima, tapi juga perlu memberi. "sayang" atau "cinta" tidak boleh duduk sendiri. ia memerlukan "tanggungjawab" ditepi. "tanggungjawab" sepatutnya diletakkan diatas "malas", bukan dibawah. tapi mase tunggu najib datang bawak spicy chicken wings tadi, aku tengok shrek 2 kat tv. sekali lagi aku dpt reminder, yang hidup ini perlukan "toleransi". saling menerima antara satu sama lain. setiap org ada kekurangan, ada kelemahan, tapi tu bukan alasan untuk kita merendahkan seseorang. kesimpulannya, triad yang penting untuk hidup bahagia = sayang + tanggungjawab + toleransi

~~~~

exam tinggal 6-7 minggu lagi. jadual dah dicepatkan. exam mula 9 april, habis 7 may. cuak. sekali lagi, mohon kekuatan.

Sunday, February 14, 2010

countdown exam buat rase cuak
countdown nak balik mesia buat rase tak sabar

susah plak nak concentrate kat buku
duduk depan komp klik sana klik sini
mula dah brangan nak jalan2
siap tgk currency thai baht konon2 rase nak jln phuket
orang lain tgh dok gayut berjam2
aku nak gayut ngn sape?

la ni aku tgk orang sume dah tak tulis entry blog panjang2 dah
yela masa makin suntuk
tulis skit2... pastu letak video utube... cukup huhu
tp sejak kebelakangan ni aku tak jumpe ape2 vid yg menarik
atau mungkin vid yg aku terjumpe tak sesuai nak diletak? haha

ok... exam 8 minggu lagi

oh rindu kat mak ayah
aku tau dorg mesti tgh sibuk doakan aku ni
doakan pass exam,
doakan cepat kawin hahah


Sunday, February 07, 2010

"tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan" 21:35

1. rezeki tu datang dari Allah, rezeki boleh datang dalam bentuk macam2. mungkin Allah tak bagi kita duit ribu2 selepuk depan mata, tapi Allah bagi kita udara utk bernafas. Allah bagi kita makanan yg cukup sehingga tak rasa lapar. Allah bagi kita badan yang sihat. Allah bagi kita kegembiraan. Allah bagi kita family, saudara mara, kawan-kawan yang penyayang. semuanya dari Allah. semuanya satu nikmat.

2. antara rezeki dan nikmat, ada orang duit beribu2 tapi takde masa untuk berbelanja dengan duit yang ada. ada yang mempunyai rumah yang besar dan cantik tp sayang, tak dapat nak menikmati kecantikan kerana mata buta. adayang mempunyai kebun buah yg subur, tp sayang, tak dpt nk menikmati hasil kebun kerana sakit.

3. lalu timbul persoalan. andai kata ada duit beratus ribu depan mata, berapa banyak saja yg betul2 boleh memberi nikmat kepada kita? kita boleh makan apa yang kita nak, tapi berapa banyak saja yg kita larat nak makan? kita boleh beli apa saja yang kita nak, tapi adakah benar benda2 yang kita nak tu akan buat kita gembira?

4. semuanya atas rasa syukur. syukur menjadikan yg sikit itu ckup, yg tawar itu manis, yg kecil itu besar, yg sempit jadi luas, yg buruk jadi cantik.syukur buat kita rasa puas. syukur juga buat kita gembira.

5. Allah byk uji aku selama ini dengan kesenangan. Allah bagi aku macam2. tapi atas sifat materialistik, mata melihat dan akal berfikir, umpama semuanya serba kekurangan. itu tak cukup ini tak cukup.

6. kita semua boleh merancang, tapi rancangan Allah lagi superior. yg kita suka baik tak semestinya baik untuk kita, dan yg kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita.

7. ada ustaz penah bagi reminder, selagi mana kita beriman kepada Allah, selagi tu rezeki dan nikmat dari Allah takkan putus, regardless dimana kita berada.

"barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakinya. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan untuk setiap sesuatu." 65:2-3

semoga aku sentiasa bersyukur... dan gembira




Sunday, January 31, 2010

andai kata...kalau misalnye aku stay keje kat sini, aku keje sebab duit. dengan duit macam2 aku bole buat. aku nk beli barang2 yg aku nak. jam2, lens camera, equipment diving. aku nak beli motor sebijik bole bawak blk mesia. takpon bawak balik kete. aku nak pegi mana2 tempat yg aku belom pegi. nak aku nak diving kat divesite yg popular kat europe. juge nak pegi blue hole kat dahab mesir. takpun, duit tu aku kumpul byk2, lepas tuh bole joli kat malaysia. buat modal downpayment kete, pegi jln2 kat area asia pulak. takpun melabur sume duit tu kat ASB. kalo nak kawin pun kene pakai duit, lagi2 org zaman skarang mintak hantaran tinggi.

.....semuanya material, yg aku assume bole bagi kebahagian kat aku. buat aku happy.

tapi aku jugak rase, kalau misalnye aku duduk kat sini lagi, aku takde life sgt, maybe sbb dah terasing dengan kawan2 aku. ataupun aku bosan balik2 tgk muka sama. aku takut aku hari2 rase depress. takde mood. keje rase terpakse. bangun pagi2 dengan harap masa difast forward kan. same old feeling. makan bende2 yang sama, sandwich, fries, toast. setiap hari akan complain pasal weather. mcm2 lagi....

kalau misalnye aku balik malaysia for good, kelebihannye aku ada keluarga. mak ayah akak2 sedare mara sume ada. kawan lagi ramai. makanan lagi sedap. mungkin kali ni aku akan complain pasal cuaca panas pulak instead of sejuk...hujan. cumenye, duit tak byk. sbb sekarang pun simpanan aku tak byk. aku takbole buat ape yg teringin nak buat. sebab semuanye perlukan DUIT. DUIT adalah segalanya.

tapi betul ke... DUIT adalah segala2nya?

dah lama aku pk pasal ni. walupun aku sedar yg sepatutnye aku kene concentrate untuk exam dulu, bukan bende2 ni2 sbb bende2 ni hanya akan berlaku kalau aku lulus exam final nnt.

berfikir dan berfikir...

istiharah.





Saturday, January 30, 2010

abis dah attchmnt letterkenny
sbln abis macam sekelip mata.
apa aku blajar kat sane pun aku tak ingat
rase cam sedih la jugak tinggalkan letterkenny
sana student tak ramai, macam bole buat
makanan kat canteen pun sedap2
n aku pun lain 1.5 kg
kat sana ramai orang suke mengajar
cumenye lega jugakla dah abiss attchmnt dgn Dr David
setiap pagi aku pegi wardround dgn debaran
soklan pelik ape pulak dia nk tanye pagi ni.

dia bukan contoh consultant yg bagus
suke marah2 patient
bukan saje patient
doktor2 lain dlm team sendiri pun dia bole buat main2
team sendiri pun nak lari dari dia

mungkin kat galway ni pun lagi stress
macam2 tutorial ada
exam pun makin dekat.
cuak
macam2 tak tau
lagi cuak biler orang lain tau aku tak tau

exam tinggal 2 bln saje lagi...

Wednesday, January 27, 2010

insyAllah kalau aku lulus final med bln may nnt.. ada bebrape website aku yg kene berterima kasih:

1. youtube
2. wikipedia
3. emedicine

website2 ni la yg byk membantu time2 malas nak bukak buku...