Thursday, November 16, 2017

Pagi

Alhamdulillah dapat bangun awal sikit dan pergi solat subuh di masjid kampung

Balik rumah baca quran 2 muka. Ayat sentap kali ini ialah dari surah Al-Isra' ayat ke-29 yang bermaksud: " Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu di leher mu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan."

Ayat ni menyentapkan sebab selama ini aku ada satu dilemma. Of course kita ada hutang. Hutang rumah, hutang kereta, hutan pelajaran, hutan credit card, and personal loan. Ni orang cakap, makin besar periuk makin besar la keraknya. Bila hutang jadi makin banyak kadang-kadang hati rasa tak tenang bila fikirkan pasal ni. Kita memang banyar installment ikut yang ditetapkan. Tiada masalah nak bayar bulan-bulan. Tapi selalu rasa macam lamanya lagi nak abis bayar hutang semua ni. Tapi dalam masa yang sama ada banyak juga duit yang kita keluarkan untuk derma/sedekah/amal jariah.

Aku berbincang dengan kawan pasal ayat sentap tu tadi. Katanya menurut tafsir Ibn Kathir, jangan keluarkan lebih dari apa yang masuk. Jangan sedekah lebih dari kemampuan, sampai diri sendiri rasa menyesal, sampai diri sendiri rasa tak mampu...

Bayar hutang adalah wajib... Sedekah hukumnya sunat

Selama ini pernah aku rasakan yang seperti aku dah over giving. Bukan nak riak atau membesarkan diri tapi sebelum ni aku percaya bahawa bila sedekah rezeki akan makin luas dan bertambah-tambah. Aku pun ada dengar yang kena bersedekah walaupun dalam keadaan susah. Tapi sebenarnya perkara ini terpakai selagi mana kita tak memberi lebih dari keperluan. Selagi mana kita telah mengutamakan yang lebih utama dahulu.

Kadang-kadang pernah aku terasa macam tak kena, bilamana aku refuse untuk beli sesuatu yang anak aku suka, ataupun cuba berjimat masa belanja makan, sedangkan banyak jugak aku keluarkan untuk beri pada orang lain.

Mungkin inilah petunjuk yang allah nak bagi sebagai jawapan kepada keresahan aku selama ini.

So apa yang aku nak buat sekarang?

Aku nak stop few auto debit transaction starting new month. Aku akan bagi lebih pada keutamaan dulu termasuklah selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang mara dan hutang credit card. Hujung bulan brapa yang ada tu la aku akan allocate utk derma.

i will try and see... harap usaha diberkati...