Tuesday, September 27, 2016

wifey ku 35 weeks ++ !!!

Isteri ku dah masuk 35 weeks. Maknanya tinggal 5 minggu saja lagi untuk due. Kalau ikutkan pengalaman bersalin dia sebelum ni, kedua-dua delivery 2-3 sebelum due date.

Masa bersalinkan Fatma 2 hari sebelum due. Sepatutnya 29 February tapi bersalin pada 27 February. Haha nasib baik, kalau tak kesian Fatma celebrate birthday every 4 years.

Masa bersalinkan Yusuf almost 5 days before due. tak silap sepatutnya due date 1 Mac tapi yusuf keluar 25 february.

Bagus la birthday budak-budak ni dekat-dekat, boleh celebrate sekali

Tapi sebenarnya untuk yang ke tiga ni aku rasa lebih mencabar, dan aku sendiri dah mula rasa bimbang.

Sejak kerja swasta ni, cuti tak semudah dulu. Kalau nak cuti kena pastikan ada pengganti.

Jadi waktu isteri nak bersalin nanti, berharap sangat perjalanan urusan kerja dipermudah. Kalau boleh waktu tanda-tanda bersalin tu muncul aku dah siap2 boleh apply cuti dan ada pengganti.

Dan dalam masa yang sama urusan sekolah anak-anak semua lancar.

Semua ni diluar kuasa kita. Sebab ALlah yang akan menentukan segalanya


Monday, September 26, 2016

membuka langkah pertama

aku ditugaskan untuk mencari dana pusat dakwah dan tarbiyyah. Orang cakap senang saja, cuma perlu pergi dari sorang ke sorang dan cakap je la nak minta derma.

tapi realitinya tak mudah. mungkin sebab tak biasa.

nak fikir wording yang sesuai. nak buat ayat yang baik. semuanya perlu perancangan.

untuk orang yang tak biasa buat kerja2 amal macam aku memang susah nak start. to move the first step is always the hardest.

tapi alhamdulillah harini dapat mulakan sesuatu. orang pertama yang aku message ialah ayah. alhamdulillah ayah tak banyak tanya, terus minta nombor akaun dan petang tu terus duit masuk. orang kedua ialah makcik ku maklang. sama juga, tak banyak tanya, petang tu terus masuk duit.

kadang-kadang kita lupa tentang pertolongan allah, umpana kita ni buat kerja sorang-sorang. kita lupa yang allah yang mengatur segalanya, kita ni hanya perlu bergerak usaha.

teringat satu petikan dalam buku yang pernah dibaca, antara faktor yang melambatkan seseorang itu berjaya ialah perasaan takut. Takut menyebabkan kita tak berganjak dari kedudukan asal. Malah kebanyakan kes, kita takut pada sesuatu yang tak pasti. padahal sebenaraya kalau kita gagal dalam sesuatu usaha, ia tak meletakkan kita di bawah kedududkan yang asal, malah ia meletakkan kita di kedudukan yang lebih depan dari yg asal.

sebab kita akan belajar sesuatu dari kegagalan. Kita dapat tengok sambutan sesuatu usaha, kita dapat feedback dari orang ramai.

apa yang aku harapkan selepas ini, aku dapat buat yang lebih baik untuk jemaah.

sebab mati pasti akan datang. tak tau bila.

tiada yang lebih ku harapkan selain husnul khotimah.

Thursday, July 14, 2016

Durian

Atuk suka beli durian.

Fatma suka makan durian.

Durian sejuk, baru keluar dari freezer.

Atuk puasa, fatma keep calm n eat durian

Beg plastik

Mak suruh angkat barang dalam kereta. Katanya tadi pergi shopping untuk jamuan raya Weekend ni.

Buka bonet... wow!!

Barang macam tak banyak. Plastik yang banyak.

Terbayang sampah2 plastik yang tak termusnah. Bersepah2 tepi jalan. Hanyut dekat sungai. Penyu makan tersekat dalam perut. Ikan paus mati terdampar.

Eh thats escalate very quick

Nway aku memang tak setuju cara sesetengah pasaraya packing barang masa nak bayar. Sayur plastik lain, buah lain, makanan tin lain, toileteris lain. End up terlalu banyak plastik.

Apa yang selalu aku buat, aku assist sekali staf yang tolong isi barang dalam plastik. Selagi tak penuh takyah ambil plastik yang baru. Aku tak kisah makanan campur dengan detergent. Aku yakin takde osmosis yang berlaku antara dua barang tu.

Lagipun berapa lama sangat la barang2 tu bercampur. Balik rumah memang akab asingkan cepat2.

Suatu masa dulu di ireland, kami memang dah biasa bawa plastik atau beg sendiri setiap kali ke supermarket. Di sana mentality memang dah set macam tu. Go green. Reduce polutant. Kalau nak plastik bag kena bayar.

Banyak pasaraya di malaysia dah mula promote guna reusable bag. Usaha yang bagus tapi macam tak dapat sambutan. Mungkin sebab kurang publisiti.

Satu lagi perubahan yang positif ada sesetengah kawasan macam putrajaya dah buat pengasingan sampah. Organic dengan recyclable kena asing2. Acceptance mungkin kurang tapi pelahan2 orang akan terima.

Go green!

Tuesday, July 05, 2016

ramadan 2016

Assalamualaikum anak2 papa!!

harini kita balik kampung.. YEAYY!!! hahah kampung la sangatkan... PJ and bangi tu kira kampung jugakla ahahah. So tahun ni papa and mummy puasa for 30 days. Alhamdulillah dapat lalui ramadan dengan baik.

So apa yang menarik dengan ramadan tahun ini?

1. Papa tak jejak kaki ke bazaar even sekali pun

Yela papa kerja until 6.00pm. kalau lepas balik kerja tak sempat la nak singgah2 ke bazar. papa lebih rela balik laju2 sebab nak spend time dengan anak2 daripada pergi bazar. lagipun base on experiience lepas2, bazar kat labuan ni tak menarik sangat so papa pun tak tau nak beli apa kalau pegi bazar. cuti papa pun cuma hari ahad jer, so kalau cuti baik tolong mommy masak2 kat rumah

2. Fatma and Yusuf ikut mommy pegi masjid hari2 tak miss satu hari pun heheh

kalau papa ada malam mmg we all akan pegi masjid, tp ada hari2 tertentu yang papa kerja malam, mommy akan bawa uoll pergi masjid sendiri. we all know yang anak2 semua suka lari2 kat masjid. papa tak tau la mana korang dapat energy. yusuf tu lagi la tak reti duduk diam. kalau tak lari mesti tgh nangis, kalau tak nangis mesti tengah lari. mpmmy cakap adik suke lari depan aunty tgh solat sampai langgar kepala masa rukuk.. adik adik... nasib la ko nampak comel kalau tak sure dah kene tepuk kepala tuu

3. Papa buat kuih mazola 2 kali hahahahah

for the first time ever, papa buat sendiri kuih mazola faveret papa. mula mommy buat. tp lepas dah abis papa buat pulak. macam papa buat lagi sedap jerr hahahaha... habis papa makan semua... lepas tu papa buat skali lagi kali ni papa letak cokelat powder pulak. rasa pahit skit tapi masih ok. nanti next time nak try buat cookie ala2 famous amos pulak


yang tak berapa bestnye apa pulak?? hahahah

1. ngaji tak quran tak abis.

ni namanya hangat2 tahi ayam. awal2 tu alhamdulillah ok sehari sejuzuk tapi lama2 makin kurang. cadang nak abis sampai 30 juzuk tapi rasanya setengah pun tak sampai. masa 10 hari terakhir pun tak terisi sangat dengan bacaan quran.


2. terlepas sahur sekali

hmmm... papa tak ingat, sekali or dua kali? tapi takpe laa... yang penting papa dah terlepas sahur.. cita2 tanak terlepas satu pun. sahur tu sunah yang baik. rugi kalau terlepas. lagipun papa selalu berselera je bila makan sahur. semua left over food mmg sedap hahaha... mula2 tu konon nak sahur oat jer tp lama2 tak larat laa nak kene nasi juga hahaha

3. marah anak2... heheh sorry

bulan ramadan ni sepatutnya kena banyak bersabar, kurangkan marah. lagi2 sebab setan jin semua dah kena ikat so sepatutnya kurang la hasutan setan untuk marah2. tapi ada skali tu mommy send gambar yang fatma and adik yusuf sepah2 kan sand art kit tu kat dapur. mula2 masa papa sampai rumah papa tengok boleh sabar lagi. tp bila tgk sampai satu rumah lantai rasa pasir2 tu yang papa naik geram tu.. terlepas jugak tangan kat kaki fatma n adik... heheh sorry ekkk skit je papa tepuk tak kuat pun hehehehe


so ok guys, papa harap you all jadi anak yang baik. tiap2 kali bulan ramadan cuba buat yang terbaik. solat baik2, puasa baik2, ngaji baik2, banyakkan sedekah. jadikan ramadan sebagai training ground dan refresher month. papa tau anak2 papa ni semua baik.. saje je nak remind... takkan nak tepuk kepala sorang2 plak heheheh

bye

Thursday, June 09, 2016

dalam hidup kita perlu buat banyak keputusan. samaada keputusan untuk diri sendiri atau orang lain. samaada susah atau senang, at the end of the day keputusan tetap perlu dibuat.

harini aku pergi berjumpa dengan cikgu music school fatma untuk menyatakan keputusan aku bahawa selepas ni aku takkan hantar lagi fatma ke music school. sebabnya, aku nampak fatma tak menunjukkan minat atau interest kepada alat music setakat ini. dia pada aku sangat artistik, suke melukis, colouring, peka pada shape, suka bernyanyi dan macam2 lain. cumanya aku tak rasa dia minat untuk bermain alat music. aku nak sangat anak aku boleh main piano, sbb pada aku main alat music nih boleh membuat seorang itu lebih kreatif dan bijak. tapi aku tak boleh paksa dia pegi kelas setiap minggu kalau dia tak minat.

selama lebih setahun hampir setiap hari ahad aku akan bersama dia pergi music school. dari music wonderland tahun lepas, sehingga la masuk junior music mac tahun ni. kalau ikutkan boleh aja aku buat locum banyak2 hari ahad tapi sebab nak hantar anak ke music school aku terpaksa refuse semua locum2 tu.

pada awalnya semasa music wonderland fatma sangat excited dan sentiasa look forward untuk stiap kali nak ke kelas hari ahad. mungkin kelas music wonderland lebih kepada singing simple songs, main triangle, clarinet, tamborin, dan dancing2. tapi sejak masuk junior music school, lebih banyak tertumpu kepada finger skill main piano. fatma macam tak berapa minat dan mungkin tak mudah untuk dia relate apa yang dia dengar, apa yang dia nampak dan apa yang perlu dia tekan pada piano. dalam kelas pun dia nampak muram sikit dan susah nak concentrate dengan arahan cikgu. dia lebih suka tengok budak2 lain main daripada dia sendiri yang main piano. aku kadang2 rasa marah kat dia ada jugak sampai tercubit. tapi itu tak sepatutnya berlaku sebab learning should be fun and exciting.


cikgu cakap skill ni perlu practise. sudah kami beli keybod dirumah tapi dirumah pun dia tak minat nak main tekan2 piano tu. mungkin salah kami jugak sbab tak terlayan dia training dirumah.

so tadi dengar rasa sedih aku bagitahu teacher pasal ni. teacher cakap fatma actually berpotensi cumanya perlu banyakkan latihan. aku cakap takpe la later kalau tetiba nampak dia macam ada minat dengan main music kami akan hantar balik ke music skool. piano dah beli kami simpan dulu.

takpon aku jela blajar main. nnt dah pandai boleh buat lagu sendiri.

so fatma, semoga menjadi anak yang baik, papa tak paksa2 fatma, biar fatma pilih apa yang sesuai untuk fatma. takda apa yang papa harapkan selain kebahagian fatma.

salam ramadan hari ke 4!

Monday, June 06, 2016

ramadan 2016

Alhamdulillah, diizinkan oleh Allah sekali lagi untuk melalui bulan ramadan yang penuh mulia. Bulan yang penuh barakah, bulan yang sia-sia kalau tidak dipenuhi dengan amalan.

Sudah menjadi kebiasaan, setiap kali ramadan datang, pasti berniat mahu jadikan ramadan kali ini lebih baik dari yang sebelum2 nya. Mungkin kerana terasa seperti masa lain tidak diisi dengan baik, disia-siakan dengan aktiviti tidak berfaedah.

Ramadan kali ini lebih mencabar kerana kerjaya baru. Masa untuk bertarawih tidak seperti dulu2. Kalau dulu setiap malam boleh pergi bertarawih di masjid kalau mahu, sebab kerja hanya 'normal office hour'.

Tapi kali ni waktu kerja ku lain. Lebih banyak bekerja petang dan malam berbading pagi dan petang.

Sedikit terasa sedih dan kecewa pun ada sebab tak banyak peluang untuk ke masjid bertarawih. Masa dulu2 ada peluang tapi tak digunakan sebaiknya tapi sekarang bila peluang tidak banyak masa ni lah menyesal.

Semalam alhamdulillah dapat bertarawih di masjid biru bersama wife dan anak2.

siang2 lagi dah excited nak pergi masjid. lepas balik dari supermarket waktu, terus siap2 masak supaya dapat dinner awal sebelum ke masjid. Sini kena awal sbb maghrib pkul 6.30pm dan isyak pula jam 7.45pm.

so lepas solat magrib, makan2 then mandi kan fatma and yusuf. fatma dah tunjuk tanda2 mengantuk. dia kalau mengantuk mula la buat perangai pelik2. suruh makan takmo makan. lepas tu sepah2 kan barang. tegur skit nanges. bile dah nanges tu aku bawak masuk bilik, tutup lampu baring degan dia. mase tu masih nanges teresak2 lagi. tak sampai 5 minit dia pun sleep.

memula berkira2 jugak nak pegi masjid ke tidak sbb fatma sleep ni. tapi kami bawak jugak laa.. dalam kereta masih tidur. sampai ke dalam masjid sambung tidur lagi. tapi lepas abis solat insyak aku tgk dia dah terkinja2 kat blakang main dengan yusuf dan budak2 lain.

lepas abis jer witir aku tanya dia.. " fatma lapa tak?", "fatma lapar nak meehoon", katanya

oh kat luar tu ada meehoon. so aku bawak balik satu bekas, dan kat rumah suap dia makan

tapi sebab meehoon to keras so fatma tak suke sangat. dia makan keropok rollercoster plak dengan adik. lepas tu siap ikan tengah hari tadi sampai abis...

so alhamdulillah dapat pegi masjid, kami happy anak2 pun happy. masing2 kenyang

azam sahur aku kali ni nak makan light2 jer.. so tadi sahur overnight oat. ada campur oat dengan kurma, limau and peach. yummy!

skarang dah jam 3, ada rasa dizzy and lapar sikit tapi masih ok.

nak berbuka nnt pun dah pesan kat wifey takyag beli byk2.. makan simple2 jer...


Saturday, March 26, 2016

cita-cita aku.. aku mau berjaya didunia dan akhirat
kejayaan didunia yang membawa aku berjaya diakhirat
bagaimana?
klinik
perniagaan
penternakan
hartanah
pelaburan saham.
5 elemen penting yang aku akan cuba sebaik mungkin
berangan nak financially independent dalam masa 10 tahun lagi
aku perlukan sokongan dan doa dari keluarga
mungkin terpaksa banyak berkorban masa bersama kluarga
sekrang ni pun aku berjauhan dengan mak ayah dan adikberadik
masa dengan isteri dan anak2 pun agak kurang
maklum la jadual kerja yang odd
tapi insyaallah aku mau rezeki yang berkat. yang cukup. yang lazat
aku cuba utk dapatkan masa yang berkualiti lebih dari kuantiti
selama ni aku sedar yang kuantiti masa tak menjamin kualiti.
mungkin aku take for granted