Tuesday, July 31, 2018

hari jumaat lepas kita makan di Mr Crab, restoran chinese seafood. katanya owner restoran ni chinese muslim. review orang sebut2 memang bagus, masakan dia sedap2. tu yang rasa nak try walaupun katanya harga agak mahal sikit.

layout restoran memang kemas dan cantik. macam restorant2 lain, entrance dia ada ikan2 dalam aquariam, ada ketam n lobster. ketam nipah pun ada. suka korang semua tengok binatang2 ni.. lily pun excited main ketam tu.

nasib baik mommy dah siap booking awal2 sebab masa kita sampai jam 8 tu restoran memang penuh, parking pun jauh sampai ke luar simpang.

mommy order ikan siakap, udang bakar cheese, sup ketam labu, sayur goreng n tauhu gorenng telur masin. rasa memang superb! sup memang layan la,, lily suke, fatma suka, yusuf pun suka. korang makan sup dengan nasi siap bertambah2 lagi

papa n mommy pun amik nasi tamban setengah mangkuk hahaha.. ikan yang dapat agak besar la utk kita sefamily. puas makan sampai kenyang kembung perut. total spend rm180. paling mahal tiger prawn la.. 2 ekor 45 ringgit.. ikan 65 ringgit tapi kira besar ok la..

selepas makan restoran kita pegi mengopi di stabak plak hahaha...

esoknya hari sabtu mommy kursus sepanjang hari. time tengahari papa bawk korang pegi ujana sebab fatma ada kelas piano. slepeas tu kita lunch di mcd... petang selepas balik rumah papa tidur kejap tp u all main apa tah semua tak tidur... selepas tu kita gi swimming pool, jumpa mommy disana.. kali ni papa mmg amaze sebab yusuf dah makin berani swimming.. 2-3 meter haha. tapi u all belom mahir lagi breathing masa swimming tu yang nak kene train betul2.

selepas maghrib kita gi makan kat gukawe... selepas tu korang mmg dah penat sangat nampak.. dalam kereta dah tetido.. malam tu korang semua tidur awal jam 9 lebih.. ni mmg raree

esoknya hari ahad, fatma ada persembahan nasyid semasa alam ria pasti labuan. fatma nyanyi solo dalam nasyd ramai orang puji suara fatma bagus dan persembahan pun nampak tersusun. fatma dapat numbur 2.. papa bangga tgk fatma berani diri atas pentas depan orang ramai...

petang tu korang nak sangat naik motor, so papa bawa korang naik moto pegi pantai tanjung aru sana.. air surut so korang jalan jauh ke tengah..

mahal tu kita pegi mery brown celebrate birthday zulfa... korang cam biasa la main sampai penat kat playground sambil papa suap sikit2...

semalam isnin, skool pasti cuti peristiwa utk bagi cikgu2 rehat. so terpaksa hantar ke rumah pengasuh lily. maklum la skool lily di utc tutup sebab kes HFMD so budak2 yang sihat owner taska tu buka satu rumah utk letak budak2 ni. korang start dari petang. papa balik keje petang yusuf comlplain macam kata ruma tu panas laa.. sempit laa.. takde aircon laa.. tv kecik laa... hahaha kesian korang.. rasa skit hidup susahh hahahaha

No comments: