Thursday, July 26, 2018

harini papa jaga lily dirumah sebab mommy ada meeting penting kena pergi walaupun tengah cuti jaga anak. Oh ye lily kene HFMD so since monday haritu mommy dah onleave.

masa hantar fatma n yusuf ke skolah lily tidur je dalam kereta. dah sampai rumah baru bangun.

papa suap lily makan roti dengan nutella lilu makan sampai habis.. sambil2 minum susu..

selepas papa dah mandikan lily papa biarkan lily main toys habis sepah bilik huhu..

time lunch tadi suap lily bubur yang mommy prepare semalam, sambil tengok chicken dance di youtube haha laju jugak la lily makan kalau tak mmg payah nak suap lily sekarang

lily suka makan sayur kubis tapi mommy cakap kubis kurangkan iodine absorption bole menyebabkan berat lambat naik dan tinggi pun tak naik.. dalam bubur tadi ada carrot

semalam papa pegi sipitang tengok clinic papa. orang dari JKN sabah datang nak check klinik.

mostly semua ok cumanya ada beberapa benda nak kena ubah. sinki stiap bilik kena tukar sabab katanya nak sinki yang jenis dalam mcm tub...

ada beberapa bukaan pintu nak kena dibesarkan...

tapi problem sebenarnya ialah mesin xray masih tak sampai lagi...

proses nak siapkan xray room tu akan kacau semua benda.. banyak nak di buat.. pecahkan dinding.. masukkan barang.. tutup balik dinding.. jadi susah jugak nak start dulu klinik selagi bilik xray tak siap... harap2 bulan 9 nnt dapat settle semuanya

selepas tu papa cari petai di tamu... barang panas cepat habis.. jadi balik labuan tangan kosong huhu

No comments: