Sunday, December 27, 2009

di klia..

jam menunjukkan pukul 9.30, aku cecepat abiskan nescafe ais aku selepas lbih kurang 30 minit lepak2 kat cafe ape tah dgn mak ayah n anum.

sblom turun ke kaunter immigresen aku besalaman dengan semua. macam biase mak macam nak nangis, ayah pun. ayah pesan "blajo betul2 dik..", mak pule "jaga diri leklok ye, study betul2, jaga pergaulan...", anum pun nasihat lebih kurang sama. aku maintain je tkade la rase nak nangis ke ape ke. atau kurang expressive?

sblom sempat aku turun escalator nak ke immigresen, "adik, kaklong datang!". oh rupenye kaklong n taufik pun datang jugak. huhu tak bagi tau awl2, nasib baik sempat. kaklong n taufik nak gi jln2 lepas tu so singgah kejap ke klia.

so cam biase salam2 skit.. byebye2... aku pun turun ke bawah... byebye2 lagi... lepas dah go through immigresen, tak nampak dah dorang dari bawah. aku pun terus naik tren ke terminal. cam biase.. takde rase pape pun.

kat terminal, jln2.terase nk beli sesuatu tp takpe la. rasenye sume dah ade.

tetiba aku ternampak sesuatu, lalu buat aku rase begitu sedih, macam nak mengalir air mata je. baru aku teringat yg aku ada barang penting tertinggal kat rumah. aku tinggalkan dlm almari baju. baru je beli mase aku sampai mesia 2 minggu lepas. aku tertanye, macamane ni.. perlu ke beli baru...sedih.. nak terkeluar air mata. tp tak keluar...aku semacam jadi gelabah, gelabah macam tertinggal paspot, tp kali ni bukan paspot.

aku tak tau dari mana ia dtg, tetapi seakan2 ada suara2 luar yg berkata "sabar faizul, ini semua untuk kebaikan masa depau kau. be positive, mungkun sudah tiba masanya kau membuat ape yg kau katekan pada mak bapak kau". kata2 tu berulang2...

ye aku kene be positive. ini mmg terbaik utk aku. aku teringat balik kata2 mak ayah masa tgh lepak2 minum nescafe ice. "mak harap le adik boleh kurangkan, mak bukan suruh berhenti tp kurangkan je [cool giler mak aku, tak soh benti tu!!!], kalo seblom ni 2 kotak so lepas ni sekotak je", kate mak. "cube benti sblom start keje, nnt kang dah keje lagi susah nak benti, asik stress je camne nak benti", kate ayah. "haah betul tu, MO ortho byk camtu", kate anum.

itu le doa mak pak, cepat terkabul...

ye.. be positive...
ye... utk kebaikkan..

bersedia utk menjadi cranky!


~~~~~~~~~~~~~~~


housemate sume dah tido...umah sejuk cam haram! blower aku ilang!!! takle tido dah.. puas tido dlm bas.........

Thursday, December 24, 2009

hari jumaat, petang masa tgh lyn sedare mare yg dah mula dtg, mak dpt call dari Pakcu Redha yg dorang sekeluarge tak dpt datang pj. katanya Makcu Pah (adik bongsu mak) masuk hospital sbb dia muntah2, sakit kepala lepas tu koma. mak nampak risau..katenye harap2 takde ape2 sgt..

masa tgh tunggu pengantin laki sampai, Paklong Rahman dpt call dari pakcu, katanya makcu kritikal, baru lepas scan, akan kene operate kat kepala. adik bradik mak yg lain sume dah diberitahu, kecuali mak sendiri, takut2 mak bertambah stress.

makcu sebelum ni tak penah kata dia ada apa2 penyakit. ataupun dia tak penah pegi check up. pakcu kata 2-3 hari sbelum makcu koma dia ada pegi klinik, dan blood pressure dia tinggi. doktor ada bagi ubat, tak tau ubat apa.

pagi sebelum reception kaklong, mak kata "dik esok adik ikut mak ye balik jb, tgk makcu pah, kesian kat dia". mungkin mak dah tau ape sebenar yg terjadi. mak nampak tenang. mlm tu ayah cakap dia tak dpt ikut balik jb, sbb ada hal kat port dikson. anum pulak oncall hari ahad tu. kak long pulak... orang baru kawin toksah kacau.

ahad pagi pukul 9 lebih, aku ngan mak terus btolak ke jb. mak kata mungkin tido sane semalam, so aku bawak satu tshirt n towel saje. on d way, singgah RnR pagoh, layan mee sup semangkok."mak ok?", aku tanye. "kesian kat razak (anak makcu). skolah baru form 4, dah la anak sorang, kalo papehal nnt sape la nak tgk2kan dia. doa je la makcu ok", kate mak.

sepanjang perjalanan, takda perbualan sgt...silent

dlm pkul 12 setgh, kami sampai di hosp sultanah aminah. kat ruang menunggu tingkat 2, sedare mara dah ada. kat pintu masuk icu, ada pakcu n razak. selepas besalam, mak terus menangis, "razak doakan mak ye..mintak2 la mak razak ok". pakcu kat satu sudut tgh duduk, sambil bercerita ape yg dah terjadi. katenye hari jumaat aritu doktor terpakse operate kepala sbb katanya ada pendarahan dlm kepala. lepas tu hari sabtu operate lagi nak kluarkan darah2 beku.

aku tanye makteh, "makcu penah jatuh ke, eksiden ke ape2 ke sblom ni?". makteh kate tak penah, sakit ape2 pun dia tak penah ckp. baru je aritu jumpe masa raya haji. sehat aje.

pakcu bawak aku dan mak masuk dlm icu.

sekali tgk mmg aku tak kenal muka makcu, sbb muka dia swollen. intubated. ada sorang sedara kata kaki dan tangan makcu sejuk. aku nmpk ada satu chart besar depan katil, secara spontan aku tunduk nak tgk lebih dekat n bace in detail. tp belom sempat buat apa2, ade nurse jerit " haaaaa pelawat takboleh bace ye. ni yang saya malas tinggalkan mende2 ni kat sini ni." nurse tu amik chart pastu bawak pegi tempat lain. tp yg sempat aku nmpk: high convexity...subacute on chronic sdh... bp 90...noradrenaline... craniotomy...lepas tu makcik security plak in action "pelawat tak boleh duduk sini lama2 yer...". aku dan mak pun keluar. makteh kata doktor beritahu dia makcu kritikal.

masa tu masing2 macam dah bersedia utk kemungkinan yg akan berlaku lepas ni. masing2 macam dah rela utk apa yg akan berlaku slepas tu. cuma maklong masih ada sedikit positif "mintak2 la dia ok lepas ni..."

tepat pukul 1, waktu melawat tamat.

semua orang balik ke rumah maklong di kmpg melayu majidee. aku teringin makan kfc, so dorang beli satu bucket ayam n zinger burger. so tgh hari tu makan ayam 2 ketul zinger, murtabak. kenyang

petang tu dlm pukul 5 kitorang pegi hospital semula. tapi aku dan affan tak masuk melwt. kiteorang jln2 dlm hospital. menarik juga hospital kat msia. keadaan dia mmg lain tp aku rase.. menarik. kalau aku keje sini mesti seronok...kot. lepas tu biler dah abissume balik ke rumah maklong smule. mlm tu aku tido awal. jetlag+tak cukup tido+penat driving+perut kenyang.

pagi ahad aku terjaga awal, leps solat aku ke dapur terbau org menumis. mak tgh buat mee hoon goreng. masa tgh sarapan, maklong pun cerita yg dia risau pasal razak, anak tunggal makcu. sume org concern pasal dia. aku pun rase sayu biler pk pasal razak. macam mane agaknye ye...

dalam pukul 9 lebih, mak dpt call dan terus teresak2..."makcu pah tgh nazak, dah cepat siap2 sume kite pegi spital". aku terkejut walaupun dah menjangka.

30 minit kemudian, dpt call lagi... "makcu dah meninggal...".

aku telefon ayah, anum n kaklong beritahu berita ni. ayah n anum akan balik sama petang tu. kaklong balik dgn taufik. kaklong mmg cuti tak ape la. anum post call. ayah pulak sepatutnye pegi ke port dickson so cancel la.


on d way ke hspital hantar mak, "dah mmg ajal ek dik, sape sangka yg bongsu pegi dulu. sedih mak tgk razak tu." aku lepas antar mak terus pegi ke giant terdekat. carik sluar panjang. balik jb ni mmg aku tak bawak bj. dpt la sluar rm25. lepas tu aku lepak makan roti canai 2 keping jap. lapar kang nk bekeje2 takde tenaga plak.

dlm pukul 12 kat rumah pakcu, semua dah sedia. kerusi2 sume dah bawak kluar satu tilam dan bantal dah diletak atas lantai, orang pun mula dtg. dlm pukul 1 lebih van jenazah hospital tiba. makcu dah siap dimandi dan dikapan kat hospital. bagus camtu. leceh jugak kalau nak uruskan sendiri kat rumah. pakteh plak dah uruskan pasal tapak kubur. orang makin ramai, surah yasin dibacakan. ada yang mengalirkan air mata. kain yg cover muka dibuka. putih muka makcu. nampak tenang.

dlm pukul 2 stgh, van jenazah kampung melayu datang. jenazah disolatkan dirumah kemudian dibawa masuk ke dlm van. jenazah akan dikebumikan di tanah perkuburan bukit teh, berhampiran dgn kubur atuk ayim, atuk yam dan sedare2 lain. dari rumah aku tumpang kereta pakteh ke kubur.

bile sampai di tanah perkuburan, jenazah dah dibawa ke tepi kubur. betul2 dekat dngn kubur atuk.

buat pertama kalinye aku berpeluang turun dlm liang lahad. penggali kubur yg suruh sape2 waris untuk turun bawah sambut jenazah. aku boleh rase sempitnye dlm kubur. lagi2 tempat jenazah dibaringkan mengadap kiblat. lebarnye muat2 aje untuk baring mengiring ke kanan. alhamdulillah semua dipermudahkan. lancar tanpa ada masalah. lepas jenazah dilapik dgn kayu. aku naik ke atas. kami bergilir2 timbuskan kubur dgn cangkul. cramp tangan, maklum la lame tak angkat cangkul.

sluar baru beli 3 jam dah kotor dgn tanah. alahai...

talkin dibacakan. meremang bulu roma. langit mendung, angin sayup2. bunga ditaburkan denagn siraman air.

dah settle semua, aku ngn sedare2 lain singgah gerai makan tepi kubur layan mee rebus semangkuk. lapar sbb tgh hari tak makan lagi.

lepas maghrib, buat tahlil ramai2. sekali lagi, murtabak singapore dihidangkan.

pagi selase, layan baki2 murtabak singapore lagi. dlm pukul 8 lebih siap2 pastu cabut balik kl. skali lagi, sayu dgn tangisan.


aku kagum dengan razak, dia nampak tenang stiap mase, usia dia nampak seperti sudah dewasa. ada la skali 2 dia kluar air mata, tp kebykkan nye dia tak tunjukkan yg dia sedih. aku tau dia sedih di dalam. siape tak sedih bile stiap kali bgn pagi cari mak, balik rumah cari mak, bila lapa cari mak, tp kini sudah tiada.

alfatihah untuk Allahyarhamha Arfah bt Abd Rahim, semoga rohnya dicucuri rahmah. semoga allah beri kekuatan utk keluarganya menghadapi ujian ini.

~~~~

Sunday, December 20, 2009

sahaja aku terima nikahnya...

1. kaklong dah selamat memulakan hidup baru sebagai isteri.

2. alhamdulillah majlis nikah di rumah semunya lancar. walaupun agak crowded dgn sedara mara dan rumah pulak sempit, tp semua ok. ada la dlm 100 orang kat rumah tu. semuanya sedara mara.

3. lafaz nikah sah dengan skali lafaz saje [bukan hal besar pun tp orang je yg kesah sgt sekali lafas ke 2 kali ke].

4. mak nampak happy tapi penat, mungkin mak lagi risau pasal majlis reception, harap2 semuanya ok.

5. sblom ni aku tak penah jumpe abg ipar aku ni. dia baik je actually. suke la aku dia jadi abg ipar aku. dia lecturer engineering kat uni perthanan nasional. dia pun anak bongsu gak. family dia pun panggil dia adik. so orite la jugak, laki bongsu kawin ngn perempuan sulong, org ckp sweet gitu.


wanita yang kau pilih..

1. majlis buat di hotel singgahsana pj. hotel cikai je tp dewan bole tahan lawa la. orang mula datang pukul 12, majlis start pukul 1. kiteorang satu family and sedara mara ramai yg sedondon ikut warne theme, pink! haha.

2. mak risau takut2 tempat tak cukup tp cukup je. ade la dlm 560 orang kot.

3. aku jadi pengapit masa majlis. aku tak paham kenapa aku yg kene jadi pengapit, sbb biasenya belah lelaki yg kene jadi pengapit, mungkin mak yg nak macam tu, tak apelah.

4. kalau penah tgk iklan "potong..potong..potong" tu, budak2 kecik yg main kompang tu la yg iringi pasangan pengantin ke pelamin. dorang main 3 lagu, lagu yg last skali tu main lagu "potong3" haha

5. MC kate persandingan kali ni 'special' skit sbb takde sesi merenjis tapi digantikan dengan salam beradab. mungkin sblom ni org mmg akan wat merenjis tp pada aku biase je tak buat merenjis.

6. lagu rossa "wanita yang kau pilih" dimainkan masa pengantin jalan dari pelamin ke meja makan. feeling giler lagu, aku pun terase skali huhu.

7. masa makan, ada live ghazal, mak jemput kumpulan ghazal guru2.

8. hadiah orang bagi sampai tak cukup meja. tp hadiah yg aku bagi jugak paling cool sbb tak bersampul. terang2 org nampak "blender cap philip". aku beli kat argos 46 euro.

9. baru aku tau wedding photography ni susah huhu.

10. bile aku jln2 je mesti orang panggil, tanye kenal tak pakcik ni, makcik tu. ni la bile dah lame tak beraya kat malaysia ramai sedara mara dah tak igt. muka familiar tp tak ingat nama.

11. yang mmg tak boleh elak, rmai orang tanye, "awak biler pulak?", "mane girlfriend?", "mane? mane?? mane???". jawapan skema senang jer, "insyaAllah, ade la tu nnt..."


alhamdulillah la semuanya lancar, takda apa2 masalah. mak happy ayah happy sume orang pun puas hati.

aku doakan kaklong dan taufik bahagia sampai ke akhir hayat.

suke jugak, skang ni aku dah ade orng utk di panggil "abang" =)






Wednesday, December 16, 2009

"kurang expressive"

aku mmg kurang expressive selama ni. kalau aku marah, aku tak tunjukkan yg aku marah. kalau aku sedih, aku tak tunjukkan yg aku sedih. kalau aku tak suke kat sesuatu, aku biarkan tanpa kata apa2. kalau aku suke sesuatu, mungkin reaksi aku menampakkan yg aku tak cukup expressive nak kate aku suke. org kata susah nak tgk aku masam atau pun nampak 'unhappy". sume mende pun aku senyum je. atau mungkin sbb aku lebih byk berdiam. atau mungkin aku nampak blur. aku mmg mahir buat2 blur..as if i dont have any clue.

tapi salahke aku jadi "kurang expressive"? salah ke aku byk berdiam? kadang2 bukan apa, aku takut kata2 aku ni boleh menyakitkan. lidah boleh jadi lebih tajam dari pisau. lidah juga boleh jadi lebih lembut dari...(ape ek?). aku tau aku kene buat sumthing. tapi aku tak tau la betul ke tak. kalo buat takut terlajak, kalau tak buat takut melepas. dan aku tak nak terlepas.

nway, thanks to E for reminding me about this matter, and to F for ur support.


Tuesday, December 15, 2009


alhamdulillah, selamat sampai rumah pagi ni. transit kat amsterdam 3 jam lebih. beli chocs skit, pastu lepak starbuck, minum kopi segelas ngn blueberi cheesekek sepotong. flight dari amsterdam ke klia ade la 11 jam kot. lame sgt.. tak larat. somehow aku rase mas makin tak best. seat aku rase kurang selesa, entertainment pun tak menarik sgt. citer melayu yg ade sume aku dah tgk (setem n papadom). headfon nye soket kat kerusi tu cam rosak skit so aku dgr sblah telinga je. tp makanan still ok la. breakfast dpt nasik lemak, sedap. konon2nye tgh hari tadi nak gi midvally carik makanan yg sedap2 tp last2 end up aku terjaga pkul 6 ptg. jetlag. mak pun dah siap masak makan mlm. lauk daging goreng, ikan patin asam pedas dan sayur. buah betik sejuk pun ada!

cuti ni kene plan tol2. maximise kan mase yg ade. 2 minggu je. kehendak nafsu makan kene diutamakan!

Sunday, December 13, 2009

lalalalalaaaaaa

mcq medicine macam biase, susah giler bapak! kalau study pun payah, ape tah lagi kalau tak study sgt. tak regret sgt pun, usaha skit, so tak expect tinggi. so aku officially dah tempah tempat untuk tutorial "medicine for dummies" nnt. bagus la tuh, lagipun sekarang ni aku dpt tutorial "history presentation for dummies" from dr Murtagh. surgery n aanest punye mcq not bad la. tak sesusah medcine

~~~~~~~~~~~

smlm ada talk "asam garam doktor di malaysia" by this dato' dr head of med department hospital kedah. basically pasal kerjaya. aku macam biase masih blur2. semuanya masih kabur. aku masih tak boleh decide. aku tak boleh lagi nak rancang jauh2. orang lain mungkin dah ade rancangan masing2. tapi aku, macam biase.. blur2 agi... soal pertama, nak keje kat sini ke tak, ke dua, lepas tu nak buat ape? kalo ikut skang ni definitely aku tak nak buat medicine. medicine susah, utk orang2 bijak je. org cam aku ni maybe tak sesuai. aku rase aku suke OnG, surgery, anaest, n ortho. radiology pun ok tp dok dlm bilik gelap2 sakit mata. tgk la macam mane nnt. pasal nak keje ke tak kat sini aku rase kene diskus ngn mak pak. bukan ape, byk mende kene consider kalo decide nak keje sini.
~~~~~~~~~~~~

lepas jumpe cik kamis pagi tadi aku kuar gi town, beli hadiah untuk akak aku nk kawin nnt. aku beli blender philips kat argos 45 euro. macam mahal tp takpe la skali skala. cantik blender ni aku rase cam nak gune sendiri je haha.

~~~~~~~~~~~~~~~

tinggal bape jam je lagi aku nk blah dri galway. ade orang jeles sbb dpt blk mesia. aku plak jeles tgk dak2 lain nak gi jln2 nnt. dak umah aku gi tenerife, yg len2 ade gi german.. france.. bile lagi aku nak gi tempat2 tu? masa satu hal, pastu duit lagi. hmmm maybe tu sbb aku kene dok sini gak lagi sethn so tht ade duit n bleh jln tmpt2 tu biler free? haha or maybe bkn sekadar jln2 tp 'honeymoon'? haha brangan sungguh.


takpe... cuti baru start, relax2 dulu... brangan2...nnt2 kalo rajin bukak buku huhu




sang pemimpi, sequel cerita laskar pelangi. kononnye kuar wayang december ni. kalau kluar kat msia bagus jugak bole pegi tgk...

Thursday, December 10, 2009

1. tinggal bape hari je lagi aku nak balik. mcq tak abis lagi tapi otak dah melayang2. sume jenis makanan terbayang2. nak makan itu nak makan ini. perkara yang sama berlaku stiap kali nak balik malaysia. makan umpama segala2nya. pagi2 bangun carik makanan. perut berbunyi dalam kelas sbb tak makan. biler tension carik makanan. biler happy pun cari makanan. sambil tgk tv bole makan. sambil bace buku pun makan. orang celebrate ape2 pun dengan makan2. lepas terawih ada makan2. lepas bace yasin pun ada makan2. takpayah nak cerita la kalo time raya byk mane makan. nak badan tough kene pandai jaga makan. nak pinggang ramping pun kene jaga makan. orang dpt penyakit pun sbb makan. negara boleh jadik huru hara bila makanan tak cukup. pendek kata, semuanya tentang makan. makan untuk hidup dan hidup untuk makan.

2. semua bende yg ada dijadikan berpasangan. electron dan proton, negetif dan positif, kiri dan kanan, malam dan siang, sejuk dan panas, laki dan perempuan, fizikal dan mental, jasad dan roh.

3. tadi aku terlintas satu artikel bertajuk "makanan hati". aku tak klik link tu. bukan tak berminat nak baca, tapi ada mende lain yang aku perlu baca. walaupun aku tak baca artikel tu, tapi aku boleh jangka apa yg dia nak sampaikan.

4. sebagaimana jasad yg berupa fizikal ini memerlukan makanan, kita lupa roh kite juga perlukan makanan, dan makanan yang kita biase makanan itu tak mampu untuk supply "nutrisi" yang cukup untuk roh kita. ikut logik akal pun, bagaimana sesuatu yg bukan bersifat fizikal mahu diubati dengan barang fizikal.

5. hati memerlukan makanan bersifat spiritual. kita tak nampak dia dan tak boleh disentuh dengan tangan tapi dia ada. dia boleh diberi pada diri dan juga pada orang lain. memberi hati makanan dengan sesuatu yg kita tak nampak tapi dengan penuh keyakinan. sebagaimana jasad apabila diberi makanan yang baik akan menjadi sehat tetapi kalau diberi makanan yang kurang khasiat ataupun beracun boleh membawa mudarat, begitulah juga hati apa bila salah diberi makanan juga akan membawa mudarat. jasad apabila diberi terlalu byk makanan yang elok juga boleh membawa mudarat tetapi hati kalau diberi makanan yang elok sebanyak mana pun takkan membawa sebarang masalah, malah ia bertambah baik.

6. mungkin sekali sekala kita kene fikir2 juga, bagaimana kalau, merujuk balik pada statement nombor 1, stiap situasi yang kita fikir makanan untuk badan kita, kita ingatkan juga makanan untuk hati kita. inilah yang paling susah orang nak buat. sebabnya mudah saje, kita tahu tapi kita tak yakin.

Wednesday, December 02, 2009

skarang sudah december
final exam start mid april
tinggal lebih kurang 4 bulan saje lagi
cuak2.. tapi malas2 pun ada
hahahaha
ape yg dah cover stakat ni? tahla..
aihh sungguh tak bersedia..
terase nak balik semula ke 1st year
walaupun dulu tak sabar2 nak sampai final year
aihh...

Sunday, November 01, 2009

dive log: divegalway


1. so harini aku buat pertama kalinye dive kat ireland. atau buat pertama kalinye aku menyelam kat lautan atlantik. kalau ikutkan plan asal sepatutnya dive minggu lepas tp weather horrible giler so dive minggu ni.

2. aku memula tak tau nak expect camne dive kat sini, yela dgn cuaca tak menentunye, air sejuk... pastu org slalu tanye ade mende menarik ke kat laut ireland ni?? sememangnye kat sini takde coral macam kat malaysia..

3. mujur ada james, since dia pun diver gak n ade byk experience, so dia yg contact dive centre untuk arrange dive ni.. 90 euro for 2 dives.. pakcik instructor, charlie pick up kiteorg kat topaz pagi ni

4. memula aku ingat ni kalo terjun masuk air terus beku ni. tp tak rupenye. wet suit dua lapis yg aku pakai tu bleh tahan warm gak laa. satu lapis 7mm tebal. so 2 lapis 14mm. air mmg la masuk dlm gak, mmg ko akan basah, tp somehow that thin layer of water yg masuk between ur skin n the suit act as an insulator. kekadang aku bole rase macam ade warm water mengalir kat badan aku. cuma rase sejuk skit kat area muka.. yela mende ape nak cover muka??

5. kalo wet suit dah tebal, mesti la kasik extra weight kan nak kasik tenggelam kalo tak sure terapung je. kalo kat malaysia weight belt aku 3 kg jer. tp kat sini weightbelt je 12 kg, pastu 2 kg lagi letak kat BCD. memandangkan biler buoyancy check kaki aku asik terapung je (maklum la byk lemak kat peha) so charlie letak 1kg kat ankle kiri n kanan nak kasik tenggelam. so in total weight je dah 16kg, ni belom tambah berat tank lagi. cube bayangkan betapa seksa nye nak jalan berat2 ni


6. dive spot pertama dekat... tah la tak reti nak sebut namenye. tak dlm sgt cume 4 meter je ni. ni kirenye macam orientation dive la ni sbb kiteorg kan 1st time dive kat air sejuk ni. nak kasik badan tu biase2 kan skit. kali ni shore dive, maknenye kene jln ke tempat diving dr tebing. memula hujan lebat. lepas tu ujan stop matahari pun kluar. ape ada kat bawah tu? tak ada pape pun sgt. ikan takbyk, yg byk nye ketam, siput2... ape lagi ek?? ketamm... siputt... hmmm... tube fish??


7. ok dive seterusnye.. lagi menarik.. charlie bawak kiteorg ke tempat lain, macam jeti bot nelayan. kali ni kite buat drift diving, maknenye takyah kayuh2 sgt, ikut arus tolak je. yg menariknye dive ni, timing nk turun kene betul ikut waktu air pasang. tepat puku 3.30 kene ade kat spot nk dive. kalo lambat tak dpt la drifting.penat kayuh nnt. yg ni macam2 ada kat bawah, lagi menarik. kalo compare dgn sebelomnye it was nothing. kali ni ketam lagi byk, lobster celah2 batu bersepah2, star fish pun ada. kalo tau gini byk punye ketam baik aku bawak net awal2.

8. kesimpulannye, menarik la dive kat ireland ni. 1 - dive kat air sejuk ni lain, suit kene tebal, biler dah tebal kene la kasik berat, biler dah berat susah la nak gerak. 2 - mmg la kat sini takde coral2 macam kat mesia, tp stiap tempat ade keunikannnya. kat sini mmg aku tak penah tgk ketam sebyk tu kat tempat2 lain. lobster pun besar2, cantik pun yer. 3 - byk je divespot2 yg lagi menarik kat west of ireland ni, kalo ade rezeki bole le pegi lagi. mungkin next time bole try kat aran island plak. kononnye area2 cliff tu cantik, lepastuh bleh buat cave diving jugak. menarik..

9. skang aku penat. kepala plak rase pusing2. kaki pun sakit2 skit. aih lemah betul. kalo ade org urut2 kan syok nihhh

Friday, October 16, 2009




ok. abis dah attchmnt kat letterkenny. aku saja decide nak balik awal sehari. kasik masa skit nak rehat2 sblom start attchmnt kat galway plak mggu depan.hurm sedih la jugakkan tinggalkan team nephro kat sana. dorg baek2la. dr stack(cons) suke tanye soklan, paddy(reg) pun same, farah n mohamed (SHOs) frendly n rajin tolong aku stiap kali kene present pagi2 time round. oh ye, keje aku pagi2 time round - chek flow chart patient (fbs, u&e..) ngn bace vital signs kat bedside.



dah 4 minggu aku kat sana berat aku maintain je tak turun2. mane taknye, stiap kali lunch mesti breaded cod/chicken kari/lamb korma/lamb burger skali ngn baked potato ngn vegs. pastuh taruk 3 sudu tartar sos campur ngn tomato sos skit.. uihhh sedap beno ni.. tgh ari kat sane mmg lapo je memanjang.

tutorial med slalu ngn dr moloney. surgery dgn Mr khalid n Mr sugrue. semua best2 belaka. last tutorial Mr sugrue mlm smlm pukul 8.30 sampai 10 mlm...pvd n breast exam.


nway, yg peting aku balik galway ni aku heppi. tak larat dah dok sane lame2. huuhu skang kene focus nk start anaest mggu depan!... oh yer.. january nnt datang balik letterkeny dok sane seblan lagi...hurmm

*lepas balik hspital bosan2 takde keje.. lightpainting gune pentorch






lagu ni stuck kat kpale aku dr mlm smlm...arini abis sejam lebih dwld lagu2 wali band. bleh tahan best. catchy. yg menarinye lagu2 berunsur islamic pun ada. bagus. layannnnnnnn

Sunday, October 11, 2009

konon2nye la weekend ni takmo balik galway. 1... sbb malas nak naik bas 4 jam pegi 4 jam balik. 2... kononnye2 laa nak study, nak buat notes n nak clerk a few patient yg dr stack suruh folo. aman n dak2 lain sume balik rumah, so tinggal aku sorang je la. tapi semalam lepas balik dr hospital aku jalan2 town, memandangkan walopun dah 3 mggu aku kat sini, sume skali je aku penah gi town mase 1st day dulu. bole tahan gak la letterkenny ni. petang aku makan briyani kat satu restoran indian ni. halal. sedap bole tahan la. 16.50 euro special bryani ada kambing ayam n udang.bole makan 2 org. tak abis so aku tapau skit bawak balik. balik rumah aku try bace buku tapi tak masuk2. dlm pukul 10 lebih aku decide kuar tgk wayang. sblom kuar aku tgk list movie yg ada, dan bile tgk rating movie2 yg listed 500 days of summer paling tinggi, kedua zombieland. 500 days of summer genre dia romantic comedi, zombieland... comedi, n zombie2. memandangkan aku tak suke zombie2. so aku pilih tgk 500days tu. mungkin juga sbb mood aku. ?nak lyn romantik comedi. show mula pukul 22.45, habis 12.15. wayang kecik, ade la 2 kali size living room rumah aku. ade la 10 org yg tgk skali time tu. personal rating aku bagi 8/10 la. klakar, romantik, sweet, sedih sume ada. rase macam penah experience mende yg sama, but not as the guy la.the other way hmm

pagi ni, walopun terbangn lambat skit aku sempat la "quicky" wardround dlm kol 10. clerk mamat yg admit sbb haemoptysis (b/g SLE), examine pakcik suspected pneumonia (b/g kidny transplant), dan foloup pakcik angina yang ade dupuytren contracture.

dlm pukul 12.40 harini aku naik bas pegi derry. not bad la derry. good place to shop! pelik jugak, derry ni sepulau ngn ireland, tp atmosphere dia mmg lain la dr town2 dlm ireland. so kat derry beli2 barang skit, jln2 tgk town. pukul 6.30 nek bas balik letterkenny. pukul 7.15 dah sampai rumah. bukak tv layan jonny english. pukul 8 tgk x factor selang seli ngn game ireland-italy. ireland bangang ada chance nak menang tapi last2 minit seri plak. skang kol 11 aku tgh layan 50 first date. another romatic komedi.

esok aku kene siapkan presentation, update patient2 yg aku kene folo. harap2nye menjadi...

Someday I'll wish upon a star,
Wake up where the clouds are far behind me
Where trouble melts like lemon drops
High above the chimney top that's where you'll find me...

lets sing along~!

Tuesday, September 22, 2009

raya kali ni..lain macam skit..

1. ni mungkin raya yg terakhir dengan budak2 galway... esp classmate

2. 'masak2' di malam raya besama housemate..mungkin tu juga kali yang terakhir

3. ataupun mungkin ni kali tekahir aku masak2 untuk raya..

4. phonecall sehari sblom raya ke malaysia buat aku rase regret ape yg aku dah buat sblom ni..

5. bgn pagi raya tak rasa seronok mane nak pegi beraya.. mungkin sbb tertanye2 ape reason untuk berseronok sgt?

6. aku org last kuar rumah.. tp sempat la sampai king fisher by 8.40

7. spot aku duduk tuh kiri kanan depan belakang org2 aku tak kenal

8. tgh bdk2 len ssronok beraya rumah org..aku plak kene rushing balik rumah pack barang

9. huhu makanan kat umah sendiri pun satu pun aku tak sempat nak rasa haha temasuk la apa yg aku masak sendiri...

10. nak muntah rase naik bas 5 jam ke letterkenny...

kesimpulannye raya kali ni ok jer la.. tak sehappy mane... hmm

Wednesday, September 02, 2009

dive



rase minat naik diving ni bukan mende yang baru datang pada aku. rasenye sejak skolah rendah lagi aku dah berangan nak diving, lagi2 biler byk tgk documentary pasal sealife. lepas spm mak aku ada cakap yg cikgu kat skolah dia ade bawak org2 gi diving tp mase tuh maybe aku tak semngat sgt nak buat. stiap kali cuti summer aku ade masukkan plan nak gi diving course tp macam tak kesempatan, atau nak gune duit untuk mende lain, sampai la summer kali ni.

lebih kurang 2 mggu lepas aku ngan peqli gi diving kat tioman, amik open water course. dan sekarang aku masih rase tak puas diving. nak dive lagi. hari tuh kat tioman cume dpt 4 kali dive. dua kali sehari. 4 dive site yg berbeza. macam2 nama divesite ade. soyak... renggis... tomok.. dll... oleh sbb nih open water course, so limit aku leh gi not more than 18 meter. tp hari tuh dive tak lebih 15 meter pun. sblom dive kat tioman kiteorng training kat pool. untuk 4 pool session, ade la beberape skill basic yg kiteorg kene master. oh insturtor kiteorg namenye elisa.nampak macam melayu.tp mungkin sabahan ke sarawak ke tah la.

klas teori pun ada gak. tapi since kiteorg nih super duper gempak rajin giler study kat rumah awal2 (buku manual dah di bagi mase register), so mase klas cume jawab soklan quiz je. dan lepas tuh ade final mcq test. kami dpt 92% (50 soklan, 4 salah jawab). kalau la mcq medicine aku dpt markah macam tuh mesti bangga satu fakulti. since main issue dlm diving ni ialah decompression sickness dan nitrogen narcosis, so dlm teori kene tau la basic physiology dan juga physics. ade calculation gak yg kene tau.

dekat pulau pun still kene buat skil2 yg blajar mase kat pool. memandangkan mase kat pool kiteorg dah prektis betul2, so kat pulau takde masalah la. so, untuk 1st dive, memula macam cuak gak. yela 1st time dive kat open water. takut2 la kat bawah tuh tetiba takleh equalise telinga ke, pastu panic ke. tp ok je sebenarnye. 1st time aku turun ikut tali boat, ade la dlm 14 meter. yg best nye turun2 je ade penyu sekor dah tunggu aku. yg lain2 tu macam biase la. tgk coral2, ikan2. aku carik moray eel tp tak jumpe plak. ikan pari senang nak gak nak jumpe, tp dorg kecik2 la. oh aku suke tgk geng baracuda ni. nmpk macho la mereka berenang ramai2 1 pack. carik ikan jerung pun takde.

satu isu besar biler kat bawah air ni ialah pasal buoyancy. ini yg membezakan newbie dgn pro diver. biler dlm air kalo boleh kite nak berenang sedekat mungkin dgn coral ke batu ke supaya dpt tgk dgn lebih jelas, tp dlm masa yg sama tak tersentuh langsung coral2 tu. mase 1st dive glabah gak pasal buoyancy ni. kejap ternaik kejap turun sampai pijak coral. yg aku kagum nye tgk pro diver ni buoyancy dorg mmg mantap. relax je swim atas coral ade la sejengkal dari badan. biler static pun tak sentuh lantai gak. satu lagi mase safety stop at 5 meter. dorg bleh static kat 5 meter. aku nih dok asik la terturun naik turun naik. last2 aku grab je dorg baru tak gerak2 haha.

jadi, ape yg best sgt scuba diving ni??

sebelom dive:
  1. ko blajar gune basic dive equipment. nampak cool la kan, takde la techy sgt tp... cool la.. tak tak nak descibe cool tu macam mane. huhu
  2. ko rase macam... cool la biler pakai wetsuit tu. mungkin sbb ketat jadi ko rase macam... cool la... hahaha
  3. ko akan buat buddy check dengan dive buddy ko sblom turun. nampak la dive ni bukan mende suke2 je. safety is priority. somehow ajar responsibility jugak.
  4. sblom turun akan ade briefing. bunyik macam ade mission besar je tp takde ape sgt la. bole la kate mcm develop leadership skill.
  5. ko akan jadi antara benda yg dikagumi oleh snorkler kat surface selain ikan2 dan coral. boleh kate macam, bajet bagus la biler bandingkan dgn org yg stakat snorkel2 pakai life jacket tu.
masa dive:

  1. ko rase macam terbang. equipmet tu mmg agak berat la kalo kat darat tp dlm air tak rase pun. ko bebas turun naik pusing2 dlm...
  2. ko boleh pegi dekat ngan ikan2 dan coral. kalo snorkler kat atas tuh tgk dari jauh je la.
  3. dlm air ko cume communicate gune hand signals. satu lagi skill yg menarik la untuk blajar
  4. melodi dlm air yg ko dgr kat telinga, macam menenangkan. takde org jerit2 kat ko. yg ko akan dengar pun bunyi bubble kluar mouth piece.
  5. series wei, cantik hidupan dlm laut ni. macam2 mahluk ade. subhanallah...allahuakbar
  6. ikut dive site, ade tempat yg ade wreck. so menarik la bleh tgk objek2 ni..

aku tak rase membazir pun spend duit mencecah rm2000 inggit untuk semua ni. pada aku semua ni adalah pengalaman yg berharga. bole jadik modal nak ceritakat orang. so sekarang aku dah jumpe satu mende yg betul2 aku minat dan enjoy dan aku rase aku bole pegi further la dlm bidang diving ni. aku ade target, hopefully dlm mase... let say 5-6 thn aku dah jadi master scuba diver ('Master Scuba Diver' is PADI’s highest non professional recreational diving certification, 'dive master' baru professional).


ade orang takut nak diving sebab kononye bahaya. bahaya tu mmg la bahaya tp selagi safety chek ko buat betul, equipment tak faulty, ikut betul2 rule bawah air insyaAllah takde masalah. lagipun kalo setakat lesen open water diver ni, ko tak bleh dive sorang2, kene ade divermaster or instructor skali. kalo tak reti berenang pun takpe pada aku. sbbnye sblom aku training kat pool pun aku dah cuak2 pasal kene berenang ni, takut tak reti float. tp lame2 confident tu akan dtg, naturally ko akan float atas air. lepas tu kalo snorkeling pun tak payah dah pakai lifejacket. kelebihannya, ko boleh skin diving, tapi breathing teknik kene pandai la.

aku jugak tak rase diving ni ada halangan untuk org perempuan, memandangkan skang nih dah ade burqini. boleh je pakai wetsuit kat dlm dan burqini kat luar. kalo kat malaysia ni air tak sejuk, so takyah pakai wetsuit pun takpe. so diving bukan utk org lelaki saje dan pendapat aku aurat bukan la satu isu. diving bole jadik aktiviti riadah satu family. kan seronok bawak satu keluarge diving. cool giler la kalo nak bezakan stakat bwk anak branak mandi2 tepi laut atau pun snorkeling. so diving ni mmg aku recommend kat sume org la untuk pegi buat.

skang nih aku macam.. ketagih? nak diving. rase tak puas. tak tahan betul tgk iklan sipadan kat tv. lawa gilerrrr. ade la usha2 divesite kat ireland. mmg ada pun. yg paling dekat kat connemara. kalo ade masa + duit cukup mungkin bole buat advaanced course kat sana. tp mungkin tempat dive tuh takde la secantik kat malaysia ni. tak sabar nak dive lagi. belom exam final med lagi dah terpk nak balik thn depan huhu...

aaaaa karna sekali cinta, aku tetap cinta =)

Monday, August 31, 2009

pokok

~anak pisang~


~abang betik~


~anak betik~

~periuk kera~

~kelapa muda~

~anak anggur~

~anak sape tah~


Wednesday, August 26, 2009

kartika sari dewi...

sekarang ni kecoh pasal isu hukuman yg dijatuhkan oleh mahkamah syariah pahang ke atas kartika kerana meminum arak. tetiba macam2 orang nak bagi komen pasal ni. mahathir tulis artikel pasal ni, menyoal kredibilti hakim yang jatuhkan hukuman,dan juga menyoal tentang keadilan dlm islam. sorang pimpinan sister in islam pun tulis artikel pasal ni, juga soal tentang keadilan dlm islam.

majlis peguam pulak kate kononye hukuman yg dijatuhkan lari dari undang2 negara.satu artikel mengatakan mereka iini konfius. nak banding2kan mahkamah sivil dengan syariah mane boleh. peruntukan lain2. dan mahkamah sivil takboleh masuk campur hal mahkamah syariah!

najib razak pun join skali tunjuk belas kasihan ehsan sesame islam kononye, suruh si pesalah merayu.konon macam hero la, yang peliknye si pesalah sendiri takmo merayu, ni org nombor 1 negara plak yg masuk campur.

hukuman ditangguhkan, ada yg kata sbb nak hormati bulan ramadan, ada jugak yang kate sbb takde org yg mahir nak sebat ikut cara islam, dan ade jugak yg suruh mahkamah review balik tentang hukuman.

tak pandai nak komen panjang2, iktibarnye mudah saje. dah islam kata jauhi lah arak, maka kite jauhi lah ia. toksah pertikaikan kenapa itu ini pasal hukuman. sape kite nak ni persoalkan kredibiliti pencipta kita. kite ni patut tunduk dan patuh jer. kate pun hamba. kite yg blajo medic ni, toksah susah2 nak carik statistic nak support keburukan arak. tgk je kat spital tuh bape byk org masuk sbb arak2. kat psych ward tuh, bape ramai yg under alcohol influence.

politik

sekali lagi PAS menang pilihan raya kecil permatang pasir. sblom pilihan raya UMNO gebang itu ini. konon umno akan kembali bertakhta kat situ. sekali lagi umno kate kalo menang nak jadikan pp sbgai dun angkat kerajaan pusat. aihhh macam2 janji. tp kali aku prasan kurang skit janji2 projek mee segera. mungkin sbb ni bulan pose jadi tak baek menipu. kalo bulan lain, lain kira.

ade kabar mengatakan pakatan rakyat negeri perak tgh bersiap sedia nak hadapi pilihan raya negeri dalam masa terdekat. mungkin paling cepat lepas raya ni. tak pasti sejauh mana kebenarannye sbb tak byk sumber citer pasal ni. papehal pun kite tunggu dan lihat.

panas baran..

tetiba2 darah baran aku kembali lagi. mungkin sbb macam2 mende aku buat tak kene. memula kunci kete merc tua aku ilang, carik2 tak jumpe. tambah pulak bapak aku pressure soh carik gak. carik2 tak jumpe. iphone bapak aku plak wat hal, lepas aku update os smlm bapak aku takleh chek emel. aku dah ckp ni masalah server ke 3g ke maxis ke ape ke bukan masalah os baru. pagi tadi aku nak print rslt nak pos, try2 log in exam rslt tak boleh plak. rupe2nye kene activate cass pejadah tu. then mase tu la plak internet lembap tahap siput. computer plak macam sekat2. skit2 failure to connect. mase tu la plak bapak aku soh pegi pos opis ngan bank bayar itu ini.

aku tak tau samaada mende2 ni buat aku irritable atau pun sbb tetiba aku panas baran so buat pape pun tak jadi. dlm kete on the way ke sg wang pun aku tension. sume kete lain aku nak maki. tgk bangla jual harddsik pun rase panas. mesin tiket parking kuarkan tiket lambat pun aku nak marah

skang macam dah ok skit. kunci dah jumpe. surat dah pos. barang nak bawak balik dah beli. ni le ujian bln ramadan...

Sunday, August 23, 2009

cuti.. cutii (2)

ramadan..

alhamdulillah, aku masih bernyawa lagi untuk aku nikmati bulan ramadan. ramadan yg lepas penah juga terpikir, agak2nye idup lagi tak ramadan yg akan dtg. syukurlah sekarang ini nyawa masih ada. tapi ramadan yg akan datang thn depan belom tentu. jadi sepatutnye la kalo dah tau begini, kene lah amik peluang sebaik mungkin untuk mengimarahkan bulan ini. harap2nye dikurniakan kekuatan untuk menjalani setiap hari.

balik kampung, macam2 ada...

semalam balik muar dgn mak ayah, untuk berbuka puase ramai2. alhamdulillah ramai saudara pulang ke muar. seronok dpt jumpe mereka. makanan masa berbuka pun macam2 ada. mee bandung muar, spageti bolognes, roti jala, kuih muih dan macam2 lagi. makan tak ingat dunia! hmm semua ni nikmat dari allah dan sebab itulah kite kene sentiase bersyukur. nikmat yg berlimpah2 ni allah jadikan ujian samaada kite ni bersyukur ke tidak.

pergi tak kembali...

sewaktu dlm kereta aku terdengar satu lagu nasyid, aku tak penah dgr lagu tu tp aku kenal suara yg menyanyi tu. mungkin kalau org lain dengar pun dia tau sapa yg nyanyi. suara itu mmg unik. sape lagi kalau bukan ust asri rabbani. tp aku macam tak percaya yg dia dah meninggal dunia. seakan2 terasa kehilangannya, lebih terasa dari kehilangan michael jackson. aku dah kenal suara ust asri sejak dia dalam kumpulan nada murni. lirik yg mendalam dan menusuk dinyanyikan dengan suara dan alunan yg merdu dan hanya diringi paluan kompang dan gendang. aku teringat lagi, di mrsm jasin dulu, budak2 akan 'breakdancing' biler lagu 'pergi tak kembali' dimainkan di speaker surau waktu2 petang.

beberapa hari sebelom ust asri meninggal, yasmin ahmad, yg terkenal dgn filem2 arahanya seperti sepet dan gubra juga pergi tak kembali. kehilangannya ditangisi oleh pencinta filem tanah air. astro pula membuat chanel 110 YADK (yasmin ahmad dlm kenangan) sebagai mengingati pemergianya. chanel 110 langsung selama seminggu, memainkan filem2 seperti sepet dan gubra dan juga the making of filem2 tersebut2. tapi astro takada pulak buat satu chanel khas untuk memutarkan lagu2 yg dinyanyikan oleh ust asri, mungkin kerana tak ramai yg sedar peranan yg dimainkan selama dia berdakwah melalui nasyid. atau mungkin kerana mmg jelas filem2 lebih mendapat sambutan klau dibandingkan dengan lagu2 nasyid. kalo kite tgk balik, lirik2 lg rabbani atau nadamurni mmg mendalam dan boleh menyentuh hati. isi2 nye mengingatkan kite kepada allah. filem seperti gubra, hmmm tak berminat nak komen. tgk la sendiri dan pk2 la..


Friday, August 21, 2009

cuti oh cuti...

tulis je le ape2 pun...

tikus...

"dik, td ayah jumpe bangkai tikus bawah sofa dpn tv tu", kate ayah mase aku tgh drive ke PPUM antar ayah ke klinik.

"smlm ayah dah bau, pagi td angkat sofa tu... haaa besarrr", kata ayah sambil membuat bulatan besar gune kedua2 tangan. "ooooo.... hmmmmm", aku takleh pk pape... lalok lagi pagi2 bgn dah kene bawak kerete.

racun tikus mengandungi warfarin. jadi tikus yg termakan racun ni akan mati sbb internal bleeding. racun tikus mmg berkesan utk bunuh tikus. tp masalahnye, tikus boleh mati kat mane2 je. masalah timbul apabila bau bangkai menusuk satu rumah tapi lokasi bangkai tak dpt dikesan. boleh jadi blakang almari, atas silling, ataupun dalam sofa! satu lagi masalah ialah tikus tu bukan saje mati, tapi berdarah2. bau boleh kekal selagi darah tak dibersihkan walopun bangkai telah dibuang. aihhh tak selera aku nk tgk tv...

mata...

bapak kene trabeculectomy dlm bln julai arituh sbb glaucoma 2ndry to trauma. ade la beberape kali aku ulang alik antar bapak ke klinik selepas operation untuk folo up. IOP tak turun2 katenye. yang buat operation tu seorg prof. kejap2 naik kejap2 turun. so smlm bapak aku kene op lagi untuk refreshening. harapnye lepas ni ok la. hmm kisahnye, agaknye dlm bulan 4-5 arituh bapak aku gi menebas kat kebun. punye la syok nye menebas sekali tetiba dawai melayang kat mata. mak aku citer darah byk giler. memula nak bawak gi hosp putrajaya tp bapak aku kate leklekluuuuuu. dorg balik rumah mandi2, solek2 skit, makan2 skit baru gi PPUM. lame gak on medication. dah IOP tak turun tu yg kene op tuh. time mende ni berlaku dorg tak citer pun kat aku. klako la jugak kan tgk mata sebelah ade patch. kesian pun ade.

ubi kayu dan pisang..

ubi kayu yg aku tanam thn lepas, thn ni aku dah cabut. aihh bukan senang nak cabut. separuh mati. tu la pengajarannye, kalo nak tanam ubi pastikan bukan tanam kat tanah liat. tanam kat tanah lebut2 skit. baru senang cabut. baru aku tau ape rasenye petani2 yg harapkan hasil tanaman nak sara idup keluarge. pokok pisang pun ada. tp nasib le ade yg idup ade yg abis kene makan monyet. tak sempat besar dah kene cabut. mmg bercucuk tanam ni menguji kesabaran. tapi sape yg rase nak toughkan badan bole le try bekebun. kalo hari2 hanyun cangkul, tebas semak, cabut ubi confem badan beketak. 2 in 1 la kirenye. badan tough, hasil pun dapat. tp memandangkan aku cume buat 3 mggu sekali je, takde harapan la bdn nak beketak. mungkin ada tp disebalik lapisan lemak 1 inchi.


gemuk itu comel sebenarnye...

tiap kali cuti mmg tak sah kalo badan tak naik. konon nak diet, takmo mkn byk2 tp tuh sume kata2 kosong. biler makan skit mak pulak soh tambah lagi. pagi nasik lemak tgh hari nasik mlm pun nasik. nasik nasik nasikk. execise malas. seminggu sekali pun dah kire terbaik la tu. asal bole nak carik alasan untuk tak gi jogging. ari nak ujan la, jerebu la, sluar tak basuh la, tasik busuk la, macam2 lagi. cuti kali ni dah naik 3 kilo. bagus. perut terboyot2 macam mengandung 3 bln.pakai t shirt nampak bagel. sluar mmg sah2 ketat kat peha ngn punggung. uihh nih baru cuti 3 bln. agaknye thn dpn biler aku dah keje camne la... nih la masalah dok kat mesia...

Sunday, June 28, 2009

setelah 1 bulan lebih aku tak tulis apa2 dlm blog ini... aku membuat keputusan untuk menulis semula..

menulis bukan perkara yang senang untuk aku....sebelom ini segala ape yg ditulis hanyalah untuk tatapan sendiri suatu masa nanti... ada orang menulis untuk menyampaikan ilmu... ada orang menulis untuk meluahkan sesuatu... ade juga kerana untuk mengkritik... boleh ditulis secara series ataupun sekadar suka2...

menulis memerlukan idea... idea boleh datang dari pengalaman dan mengamatan diri sendiri... atau pun boleh datang dari orang lain...

pengalaman itu tidak boleh dijual beli...

ahhhh kekeringan idea...

oh yerr.... sekarang aku officially in the final med... haha... sungguh tak sangka...

pejam celik pejam celik...5 tahun sudah berlalu...

hmmm.....

Wednesday, May 06, 2009

muka dan tangan...


tangan..
apa ya akan terjadi jikalau..
engkau terhiris terluka dek pisau
mungkin jari2 mu terputus dikisar blender
atau mungkin kau rangup disiram minyak panas
tak pun melecur terkena stove

aku yakin..
kau sudah tidak mampu lagi
menghiris bawang memotong ayam
menumis cili dan menggaul gulai
untuk mengisi perut2 cerewet penghuni rumah

aku juga yakin...
engkau tidak lagi mampu..
membelek buku menconteng nota
membuka pintu mencuci muka
menutup lampu sebelom terlena..

dan aku pasti..
engkau tidak lagi mampu
menekan2 butang2 keybod ini
untuk aku meluahkan kata2..

mukaa...
kau ada mulut mata hidung dan telinga..
kau dibilas menyegar rasa...
disapu dibelai dan dimanja..
dikorek lubang2 yang ada..

wahai muka yang ku tatap setiap pagi
lihatlah keindahan ciptaan yang maha esa
dengarkanlah kata2 yang suci dan mulia
fikirkanlah buah2 manis untuk berbicara
luahkan mutiara2 yang dapat menusuk jiwa
dan jangan kau berhenti melemparkan senyuman pada semua..

andai kata semuanya terjaga
aku pasti
dunia ini amat bermakna
untuk semua..
bersyukurlah dengan apa yang ada...

"sungguh, kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya" 95:4



kredit: muka dan tangan di'fotostat' oleh printer aiyad...

Monday, May 04, 2009

duduk sejenak.. dan berfikir..


  1. " setiap yang bernyawa akan merasakan mati.." 3:185
  2. bila bukan persoalannya.. tapi adakah sudah bersedia...
  3. mati itu hanya sekadar terpisahnya roh dengan jasad
  4. Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w. bersabda: "Apabila seorang manusia mati, putuslah (tulisan pahala) amalan (setakat itu) Kecuali tiga perkara (yang akan berlanjutan tulisan pahalanya) iaitu sedekah jariah atau ilmu memberi kepada yang faedah orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya."
  5. orang yang cerdik ialahp orang yang mengingati mati...


takziah buah sahabat2 aku 3 beradik yang baru kehilangan bapanya... semoga rohnya dicucuri rahmat... jadiklah anak2 yang soleh dan solehan..

Friday, April 24, 2009

telefon bimbit

inilah dia serba sedikit kisah mengenai telefon bimbit yang aku penah gune... =)




nokia 5110

- telefon bimbit pertama aku penah pakai
- bapak punye spare fon
- line celcome prepaid
- gune time cuti akhir tahun form4

kenangan:

- gune sekadar suka2.. msg2 ngn kengkawan... maklum la jakun tak penah pakai hanfon..nak topup pun tak reti camne...



siemen C35

- gune time SPM sampai awal2 aku masuk matrix (nov 02 - april 03)
- handfon anum bagi sblom dia fly
- line maxis prepaid

kenangan:

- ngorat awek (ex-) time spm..ehem2
- penah jatuh dlm lubang jamban kat plaza angsana JB, cover bateri tak dpt diselamatkan.. sib baik body selamat




nokia 2100

- gune time matrix dari bulan april sampai november
- beli di plaza hang tuah melaka, RM300++...ayah belikan laa..
- line maxis, subline bapak aku
- kene curik time aku kuar petang2 main, pencurik tidak dikenal pasti, mungkin dah kene pukul

kenangan:

- bil bulanan lebih dari RM100.00
- digunakan secara maksima untuk tujuan "sosial"...biasalah kat matrix kan ramai org ahaha
- borak sampai telinga panas
- byk beli ringtone dari iklan2 dlm surat kabar dan majalah



nokia 3315

- beli lepas hanfon kene curik..di pertama komplek, bersama member bernama awie
- harga RM180...duit sendiri
- line maxis prepaid, dah tak pakai bil dah... sure bapak aku lega... ade hikmah hanfon kene curik
- gune dari dec 2003 sampai julai 2005 (cuti summer) setahun setengah la lebih kurang

kenangan:

- memandangkan gune prepaid, jadi gune untuk miskol,borak "3 saat", dan menanti panggilan dari luar
- lampu screen sgt terang, teramat membantu semasa "ops terbang" dan "ops tokan" di matrix
- pernah dibawa merantau ke australia



nokia 6610

- guna dari julai 2005 sehingga april 2009 (hampir 4 thn laa lebih kurang)
- handfon ayah.. dia gune dari ujung 2003

kenangan:

- nih dia hanfon paling lama aku penah pakai
- paling banyak kenangan... tak terciter
- tahan lasak, jatuh katil double decker, jatuh tangga, kene pijak... masih tak rosak..bateri pun tahan lama
- pernah tukar skali je cover, sbb screen plastic pecah poket terlanggar bucu meja
- dibawa merantau ke merata2 tempat..
- bukan sahaja digunakan untuk bersosial, malah untuk tujuan2 kebaikan
- alarm clock amat berjasa... walopun 10 kali aku snooze..
- skrin dlm selalu cepat berabuk dan kekadang rambut pun bleh masuk, jadi akan dibersihkan seminggu sekali
- skali jatuh bleh terus tertanggal cover depan, keypad, cover blakang dan bateri.. biase ah.. hanfon canggih mmg tuh cara nye nak absorb energy biler jatuh untuk protect body...
- speaker macam rosak.. tak clear sgt biler nak dgr org cakap
- hanfon nih slalu menjadi kutukan org2 yg pakai hanfon canggih..kononnye cikai sgt.. tp aku tak kisah.. janji dpt call n text
- " pesal tak clear screen ko nih?", " camne nak gune phone ko nih?", "OMG tak biase la pakai phone gune keypad", "ko biler nak tukar phone baru?", buang je la phone nih"..kata2 yang biase aku dengar...
- walopun fon cikai... tp credit tak penah tak cukup... org len harap je fon canggih.. tp credit takde... hampeh
- aku pnah cakap "sampai aku dah keje pun aku takmo tukar phone" ahahaa



iphone 3G 16gb

- beli kat ebay from UK 450 euro
- nasrul yg unlock kan.. aku sendiri malas nak pk camne
- tujuan beli? tak tau ah... tetiba rase nak spend duit (tp aku tak manic).. or mmg sepatutnye aku kene maju beberape tapak ke hadapan? mengikut arus semasa???
- "aku bet ko takkan tukar phone dah sampai biler2", kata rafiq
- tp betul la... selagi tak rosak... takyah tukar..kan???
- aku pun tak tau la mende nih tahan bape lame... mintak2 tahan ler sampai biler2 ahaha...



aku rasa masa alexander graham bell cipta telefon mula2... orang zaman tuh tak caya pun ko bleh ckp ngn org gune wayar ape tah lagi tanpa wayar mcm skang nih.. skang nih.. aku rase semua org ade fon dlm poket masing2... jarang ah skang nak jumpe org takde fon...

hanfon mmg satu ciptaan manusia yg terbaik aku rase. bygkan, kotak kecik nih ko bleh gune untuk contact org yg beribu kilometer jauh dari ko.skang ko hantar text, 2 saat lagi org tuh dah bleh dpt... tak ke kagum tuh...

dgn fon ko bleh tanye kabar orang2 yg jauh, yang lame tak jumpe. "mengeratkan silaturahim" la lebih kurang. dgn fon jugak ko bleh gune untuk ajak orang buat kebaikan..tp yerla, walopun mende nih mmg bagus, tp boleh jer org gune utk mende2 tak elok. lagi2 biler dah ade camera skali..

so.. kite gune fon nih untuk ape?

agak2nye la.. kat padang masyar nnt kalo misalnye Allah panggil fon nih untuk bagi info... agak2 fon nih bleh backup ko tak? (aku pun tak tau.. sbb nye aku tak pasti la mende2 nih bercakap ke tak nnt.. yg aku tau anggota badan jer ehehe)

sekian...

Friday, April 17, 2009

penantian pertama berakhir... hahahahahahaha
5 hari menunggu...

okeh2...jgn memain... concentrate skang..

Thursday, April 16, 2009









23/4 - paeds written

---5 hari---

29/4 - psych written

---5 hari---

5/5 - GP mcq

---1/2 hari---

7-8/5 - paeds oral**

---4 hari---

13-14/5 - psych oral

---5 hari---

19/5 - GP oral**

---7 hari---

26-28/5 - ENT, Opthal




29/5 - kemas barang dan berambus!


---------------------------------------------
aihhh struggling giler..
hmm..nampak gaye..
kene korbankan...
-main PS
-layan bola
-tgk cerekarama
-layan britnts got talent
-jln2 town

http://www.youtube.com/watch?v=9lp0IWv8QZY
--------------------------------------------

final med mula exam hari nih...goodluck

cepat nyer 5 thn berlalu...



---------------------------------------------

byk betul yg dinanti2...
penantian satu penyiksaan...

Saturday, April 11, 2009

exam lagi seminggu

keje part time jali, kebar dan aiyad... alih sore





Monday, April 06, 2009

buat baik berpada2...

aku tak tau la nak kate camne... misalnye biler org mintak tolong... kalo kate takleh kesian plak... tp biler dah tolong.. dia buat pa*at plak.. aiihh susah betul... kite bukan ape.. mane yg boleh tolong tuh kite tolong... selagi tak menyusahkan diri why not... tp sakit hati betul biler dah tolong rupe2nye.... arghh....

s*al la ko... aku rase ko mesti org polish kan?? ko dah la bau busuk... cam haram... buat muka kesian konon... sib baik aku cepat2 amik simcard baru tadi... dah le byk betul credit aku ko gune... silap besar la ko... sume nombor ko tepon aku trace kat internet... ko mesti buat tepon makwe ko kan? hahah dah byk kali aku call makwe ko gune voip... mesti tension dia... nnt2 aku call lagi ok...

aih sabar jer la..

Monday, March 30, 2009

sligo... again..

random stuff...

1. dulu time aku kat sligo buat psych... aku dok kat area catron... jauhnye ke hopsital dlm 25 minit.. dulu tobat dah takmo dok situ lagi... nak carik yg dekat2 lepas nih... skang nih aku buat paeds... rupenye umah yg aku kene duduk nih kat area tuh gak... adehhh... ponat nak jalan

2. musim exam aku start on the 17th april... mula dgn osce paeds.... tinggal 18 hari je lagi....

3. sepatutnye dlm keadaan macam nih aku perlu cuak... tp aku cuak sbb aku tak rase cuak sgt pasal exam... ape masalahnye?

4. 5th med nih macam first part of final year... tp nape aku tak rase macam final year? apa masalahnye?

5. tuan rumah nih ramah sgt.... jenuh gak nak melayan.... tak ramah susah... ramah sgt pun susah...masalah aku ke?

6. mungkin ada sumthing wrong dg aku nih yang buat aku tak rase pape nak buat exam... aiiihhh mane momentum nih... 18 days!!!!

7. kat malaysia sekarang sedang sibuk dgn kempen pilihan raya... esp bukit selembau and bukit gantang

8. ade 13 calon bebas di bukit selembau.... wt*?????? masing2 dengan lambang2 nye... ade kelapa sawit, ade kunci, harimau, kerusi, payung.... nih bangang ke ape??? org yg undi calon bebas nnt lagi la bangang... kesian org melayu pecah belah..

9. ada member aku jadi petugas bahagian IT PAS di bukit gantang... cool!!! katenye FRU + polis macam lebih banyak dari og local... nih nak beperang ke ape? lek2 la wei.... malaysia nih aman je... jgn kacau org dah le...

10. aku lapar... dan biler lapar macam2 makanan terbayang... hmmmm tekak aku berkata mahu makan karipap! teringat aku dulu mak penah cakap kalo tak reti buat soh le dak2 pompuan buat... hahah aku yakin takde yg pandai pintal2 kuih karipap tuh!

11. suke aku tgk gambar2 sekitar pilihan raya skang nih...aku mintak sgt2 time aku balik summer nnt ade pilihan raya kecil mane2 dlm semenanjung. n for sure aku nak pegi... nak merasa suasana.... amik2 gambar..lagi syok kalo ade FRU balik tear gas... pastuh main kejar2.... fuyoohh... cool!!!

12. yes... exam tak pk... yg asik dok pk ialah balik mesia jer... aihhh camno nih.... aku kene concentrate... kate nak dpt honours sume paper... aiiihhhhh

Monday, March 16, 2009

khutbah kita..

bukan la aku nak kutuk tajuk2 khutbah solat jumaat kat mesia... tp kadang2 aku rase macam tak perlu pun dijadikan khutbah solat jumaat. contohnye macam kat masjid bulat seksyen 14 yg aku biase gi, ade skali tuh tajuk khutbah lebihkurang pasal kepentingan menanam pokok... dah takde topiklain lagi ker? topik yang boleh membuat org lebih berfikir pasal islam, yang boleh meningkatkan semangat untuk berjuang,... kalo setakat kepentingan menanam pokok, takyah dibuat time solat jumaat, bagi pamplet dah cukup... takpun citer dalam radio ker... nih makin buat org mengantuk ade la.... aku rase aku pun boleh tulis khutbah kalo gitu...

aku tak nampak macam mane dgn memberi khutbah tentang kepentingan tanam pokok dpt mengembalikan zaman kegemilangan islam macam satu mase dulu... hmmmmmmmm


the star:

KUALA LUMPUR: Preachers in some Malaysian mosques will urge worshippers to help stop the poaching of tigers, elephants and other endangered animals after similar sermons on turtle conservation were well received, an environmentalist said Monday.

Dozens of preachers in northern Kelantan state bordering Thailand have agreed to read sermons against the illegal wildlife trade, said Sara Sukor, an official with the World Wildlife Fund.

The sermons "talk about how Islam teaches you to conserve animals and plants. We try to connect the Quran verses with the issues themselves," she said.

"It has gotten very critical of late. In unofficial reports we hear about all this conflict and poaching going on."

Last year, Islamic preachers in neighboring Terengganu state stressed the importance of turtle protection in a specially written sermon.

World Wildlife Fund officials say the sermon received a good response. Figures indicating the impact of the sermons on illegal trade in turtles were not immediately available.

Sukor said the sermons to protect elephants and tigers were expected to start in April or May.

Among other messages, preachers will explain how chopping down forests takes away elephants' and tigers' natural habitats, forcing them to raid plantations and villages for food.

Wildlife fund officials say only 500 Malayan tigers still live in the wild in Malaysia - down from 3,000 in the 1950s - while about 1,300 Asian elephants remain on peninsular Malaysia, according to government figures.

The World Wildlife Fund said it also hopes to work with local Islamic authorities in other states to distribute conservation sermons nationwide, dealing with each area's specific issues and animals.- Bernama

Monday, March 09, 2009

Andai Aku Jatuh Cinta

“Ya Allah,
jika aku jatuh cinta,
cintakanlah aku pada seseorang
yang melabuhkan cintanya pada-Mu,
agar bertambah kekuatan ku untuk mencintai-Mu.

Ya Muhaimin,
jika aku jatuh cinta,
jagalah cintaku padanya,
agar tidak melebihi cintaku pada-Mu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati,
izinkanlah aku menyentuh hati seseorang
yang hatinya tertaut pada-Mu,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semua.

Ya Rabbana,
jika aku jatuh hati,
jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling pada hati-Mu.

Ya Rabbul Izzati,
jika aku rindu,
rindukanlah aku pada seseorang
yang merindui syahid di jalan-Mu.

Ya Allah,
jika aku rindu,
jagalah rinduku padanya
agar tidak lalai aku merindukan syurga-Mu.

Ya Allah,
jika aku menikmati cinta kekasih-Mu,
janganlah kenikmatan itu melebihi
kenikmatan indahnya bermunajat
di sepertiga malam terakhirmu.

Ya Allah,
jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh
dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepada-Mu.

Ya Allah,
jika Kau halalkan aku merindui kekasih-Mu,
jangan biarkan aku melampaui batas
sehingga melupakan aku pada cinta hakiki
dan rindu abadi hanya kepada-Mu.

Ya Allah,
Engkau mengetahui bahawa hati-hati ini
telah berhimpun dalam cinta pada-Mu,
telah berjumpa pada taat pada-Mu,
telah bersatu dalam dakwah pada-Mu,
telah berpadu dalam membela syariat-Mu.
Kukuhkanlah ya Allah ikatannya.
Kekalkanlah cintanya.
Tunjukilah jalan-jalannya.
Penuhilah hati-hati ini
dengan nur-Mu yang tiada pernah pudar.
Lapangkanlah dada-dada kami
dengan limpahan keimanan kepada-Mu
dan keindahan bertawakal di jalan-Mu….
Ameen Ya Robb…

Saturday, February 28, 2009

apekah

main game? tak jugak...
dgr lagu? tak jugak...
tengak movie? aahhhh bosan ah...
main bola? ape citer main malam2... takmo
buat past year psych?...arghhh i need some pressure
buat case report gp?... nak tulis ape yer..
tgk youtube?...ahhh takde mende menarik..
facebook?.... lately makin bosan...
main gitar?... takde feeling ah...
kemas meja?... biar la sepah skit..
kuar town?... dah pegi dah... same jugak..
makan charcoal?... kenyang... tapi camtuh la jugak...
hill climbing?...aghhhh siooot tiket abis
chatting?...ngan sape...
tgk gambar?...gambar same jer...
kaco org?...nak kaco sape...
nak gelak?.... takde mende lucu ah...
baring2?.... wat mende kalo takleh tido
bace buku?..... hmmmm jauhnye la nak capai shelf nih
cuci toilet?.... hello.. aku sorang ke dok umah nih


aku rase ade kekurangan sesuatu...mencari dan tercari2

inilah agaknye biler hati kosong... jauh dari tuhan

Tuesday, February 10, 2009

Thursday, February 05, 2009

hidup dalam kehidupan

hari hari di galway nampaknye makin sejuk, tapi kalau ditempat lain salji turun mencurah2, kat galway takde.. ade pun skit jer..

yang tak syoknyer biler sejuk nih, nak kluar umah pagi rasa malas giler, tambah pulak kol 7.45 gelap2 lagi. pastuh angin plak kuar.. ++ ujan2...

aku tak paham knape koridor kat hopital sejuk sgt. tak reti tutup pintu ker?

.................................................

alhamdulillah tiket balik malaysia dah beli, murah saje kalo bandingkan dengan yg lepas2. total 620 euro... naik emirates... touch down KLIA 30th may hari sabtu.. petang..

tak sabar nak balik..


................................................

exam start 23rd april... paeds written... last exam opthal 28th may....

this friday opthal mcq.....


...............................................

politik di malaysia terutamanya di perak agak kabut... lompat sana lompat sini.... bubar terus la dun lagi bagus... buat pilihanraya baru...


................................................



tak ingat bila last skali aku makan cheesecake, tp harini liyana bawak blueberry cheesecake (tp warna merah) masa group discussion. totally from scratch katanya.. nice nthanks! dari dulu aku suruh rafiq buat.. tp tak buat2 jugak..takleh harap tol!!! ahahahah... macam dah jadik kebiasaan bawak makanan time discussion... bagus la tuh.. sambil dgr presentation sambil mengunyah...


................................................

semalam sempat telefon rumah sblom gi clinic... borak2 ngn mak n ayah

dorang tgh pk2 nak carik tempat untuk buat wedding kaklong...

aku faham... one of the main factor untuk tarikh kawin kaklong is aku sendiri... mak cakap kalo boleh nak buat time aku ada kat malaysia.. tp time yang aku ada kat malaysia maknanye cuma bulan jun - ogos 2009...mungkin tak terlalu awal untuk keluarga aku... tp taktau la keluarga belah laki plak camna...ayah kata takmau la paksa cepat2 kalau tak readi (esp pasal duit..).. yerla.. kawin nih perlu dipermudahkan... kene la win-win utk dedua pihak...katanya hantaran mak aku suggest cume 8 ribu saje.. agak rendah kalo nak bandingkan dengan pasaran semasa... nih semua sbb nak permudahkan perkahwinan... Alhamdulillah dorang faham... harapnya ramailah mak2 diluar sana yang berfikiran camnih... permudahkan sesuatu yang baik..

so aku cakap... buat la bila2 pun... tak perlu tunggu aku balik pun takpe... kalau tak bleh time aku kat malaysia.. buat la time lepas raya ker... biler2 pun takpa.. janji tak menyusahkan sesape.... lagipun... majlis kawin tuh sekadar permulaan... yang penting kebahagian selepas2 tuh... so bile aku dah clarify... aku harap aku bukan factor untuk dorg buat decision biler wedding tuh... apa yang aku nak ialah kebahagiaan dorang... dgr pasal kakak aku nak kawin pun aku dah cukup happy


kakak aku yang kawin.. aku plak terkene tempias... 2-3 kali kene cucuk2 ngn mak kalu tepon rumah... "adik bila plak?"... "kalo dah ada sape2 bitau la mak yer".. aku ketawa jer...dalam hati ada 1001 persoalaan..

oh sempat cakap dengan anum sblom letak telefon.. dia baru balik keje... "im sooo tired u knowww" tuh la ayat2 yg kuar dari mulut dia... katanya dah beli kete honda city... tengah tunggu order... bulan 3 baru dpt... nak parking mane tuh lain citer...hmmm bagus la tuh... balik mesia nnt aku jugak jadi driver....

.................................................................................

dah lame aku tak pegang gitar aku... aku rasa nak buat lagu la.. tp takde idea tulis lirik.. melodi tuh kekadang datang tetiba..byk kali tp tak lekat dlm otak..biasa datang biler tgh bosan + takleh tido...main je ape2 chord pun bleh... lirik plak takde... susah rupanya buat lagu nih... alaa.. buat sekadar nak suka2 jer... bukan nak soh siti or faizal tahir nyanyi pun... hahaha





inilah hidup dalam kehidupan..

Monday, February 02, 2009

post agm ppimg

aku rase ringan.. macam nak melayang pun ada..bagaikan satu batu besar diatas bahu aku telah diangkat...

banyak mende aku nak buat pasnih
-kemas bilik
-kutip utang
-bayar utang
-buat notes
-buat pastyear
-main motor storm sampai abis
-bace buku2 yg tak abis

rasenye tak penah aku catatkan pengalaman aku semenjak berkhidmat dalam PPIMG kat dalam blog nih. byk sebenarnye... tapi tak terkluar... insyaAllah akan dicatatkan balik satu persatu.. sekadar menjadi kenangan untuk masa depan..

walaupun tak berjawatan, tak bermakna tanggungjawab itu sudah tiada..

perjuangan belum selesai...

Tuesday, January 27, 2009

menuju puncak...

"manusia diciptakan (bersifat) tergesa-gesa. kelak akan aku perlihatkan kepadamu tanda-tanda (kekuasaan) ku. maka janganlah kamu meminta aku menyegerakannya."

Al-anbiya', ayat 37.


Monday, January 12, 2009

Sunday, January 04, 2009

kasih sayang tidak boleh dibeli dengan duit



sebelum ini, setiap kali aku telefon keluarga di malaysia, mak akan tanya, "adik nak apa2 tak? kalau nak apa2 cakap ek. nnt mak boleh hantarkan. nak krepek2 ker...duit cukup tak?". stiap kali mak tanya begitu, aku hanya menjawab, "hmmm takde pape kot, susah2 jer la... kalau ade pape nnt adik bagitau". bukan apa, aku takmau menyusahkan dorang. yerla, sekarang masing2 sibuk. ayah dengan kliniknya, mak dengan skolah nya, akak2 dengan ward2 nya. kalau ikutkan nak aje cakap "mak adik nak duit 200 euro, nak shopping2 kat topman dan footlocker". tapi tak tergamak nak mintak sebegitu. yerla, aku bukan jenis suka meminta2, selagi mara tak potong alaun aku, maknanye cukup la duit yg aku ada nak survive kat bumi galway nih. kalau nak kirim barang2 pun, takmau la nyusahkan dorang. yerla, nak cari barang satu hal, nak bungkus dalam kotak lagi, nak wrap ngan kertas cokelat lagi, nak ikat ngan ngan tali lagi. pastuh nak kene angkat pegi post office. bratur panjang2. dah la harga postage 4 atau 5 kali ganda harga barang dalam kotak tuh.

hari jumaat lepas, lepas balik dari solat jumaat di westside, pakcik kedai bawah rumah panggil. dia cakap ada parcel sampai pagi tadi. "christmas gift from malaysia" katanye. oh, kiriman dari emak rupenye. aku ambil dan bawak masuk rumah. aku timbang2 guna tangan, mungkin berat kasar kotak tuh dalam 3 kilo lebih, mungkin 4 . harga postage 216 ringgit. aku bukak, rupa2nya mak kirim krepek2 dan biskut bepang. mak mmg tau apa yg aku suka. aku tak minta, tp mak yang hantar. dalam kotak tu juga ada sepucuk surat. luahan kata2 ditulis diatas 3 keping kertas kecil. aku baca, aku terharu, aku rindu...inilah kasih seorang ibu kepada seorg anak. dalam kesibukan ada kesempatan. kata org, seorg ibu boleh jaga 10 org anak, tapi seorg anak belum tentu boleh jaga seorg ibu...


Ya Allah, berilah kasihmu, rahmat mu, dan kebahagian kepada keluarga ku... dunia dan akhirat..


aku sayang mak aku, ayah aku, dan kakak2 aku..