Thursday, December 14, 2017

beberapa hari lepas aku bawak yusuf pegi solat isyak di masjid. macam biasa sebelum solat aku pesan betul2 dekat yusuf - jangan lari2 dekat depan lagi2 depan orang solat, main kat belakang senyap2.

aku tengok sebelum ni dia ada improvement la mmg tak kacau orang depan, tapi masa aku tengah solat aku boleh dengar yusuf lari2 dekat saff belakang, mungkin tengah main dengan sorang lagi budak nakal ni.

Masalah yusuf ni bila dia lari mulut pun bebunyi skali so agak annoying la.Tetiba masa dia lari aku boleh terdengar macam dia jatuh, kemudian terus bunyi menangis. Punya la tak tenteram hati aku ni nak solat. Risau bunyi bising dia tu ganggu orang lain solat.  masa tu baru rakaat ke dua.

lepas je habis solat aku marah la kat yusuf knapa tak dengar cakap papa, kan papa dah pesan tapi yusug senyap je. biasa la budak..

malam berikutnya aku bawak yusuf lagi sekali. macam biasa, bagi nasihat jugak, jangan lari depan orang solat, jangan main kejar2 dengan abang yang nakal tu, duduk belakang elok elok.

dari awal sampai abis mmg ak utak dengar suara dia, dalam hati kata ya allah bagus pulak budak ni ntah apa yang dia buat tu. bising tak bagus, senyap terus pun tak bagus.

lepas salam aku ke belakang sikit, tak nampak yusuf dalam masjid maybe dia main kat luar la tu. au sambung solat sunat.

selepat solat sunat aku terus keluar. dari dalam aku nampak dia diri diluar pintu, bukak je pintu tengok dia tengah bediri atas puddle.. ahhh kencing la pulak

"papa ni kenapa lambat yusuf tak tahan dah wawak dah dlm pants".... ahhhhh wawawk la pulakkk eeeee

"ni jatuh dah wawak niii nnt kluar nnt".... sib baik seluar ada cerut kat bawah.. tak tekeluar la ketulan tuu

masa tu orang dah mula keluar dari masjid.. aku cepat2 bawak yusuf pegi masuk toilet.. terpaksa la dukung.. aku nampak orang semua pandang pelik puddle tu... nnt lepas wash yusuf nak kena bersihkan..

dalam toilet yusuf bebel " papa jgan la solat lama-lama tgk yusuf dah tak tahan dah wawak"..bla bla bla

masa tu aku tenang je takde la rasa nak marah-marah sebab kesian pun ada..

selepas wash seluar yusuf aku dukung dia keluar dengan tak pkai seluar tu terus hantar ke kereta. lepas tu aku ambik mop yg diampai ditepi nak bersih kan, bila aku sampai kat tempat yusuf kencing tadi tengok2 dah kering ada la tu orang yang tolong bersihkan. masyaallah terima kasih byk2 kat hamba allah tu, aku berasa sangat besalah..

dalam kereta aku cakap kat yusg "kita balik terus je la yusuf tak payah beli aiskrim malam ni, nak kena wash yusuf dulu dirty nii"... yusuf reply " alaa papa pegi la beli sorang yusuf tak payah keluar yusuf duduk dalam car jer"... pandai la pulak budak ni bagi taktik... ye laa.. dah janji lama dah nak beli aiskrim..

sampai je rumah aku tak marah2 pun cuma rasa stress skit la.. masukkan yusuf dalam toilet mandi kan cepat2 lepas tu pakai cream n baju..

malam berikutnya yusuf cakap tanak ikut papa pegi masjid nak duduk rumah.. uhuhuhu takut jadi drama lag rupanya..

nak dijadikan cerita..

pagi tadi aku lari.. dah 3 hari tak belari badan rasa tak sedap so kena la pegi lari sebab weekend ni nak masuk event.. mesilauthon 25km

so aku selepas 3 km lari aku lari patah balik.. on the way tu tetiba rasa sangat sakit perut nak berak.. bedenyut2 punya sakit kat bawah tu rasa dah tak tahan sangat.. nasib baik on d way tu ada surau.. punya la tak bole tahan rasa mcm nak terkeluar dah sib baik sempat sampai toilet belakang surau..

aku pk ni maybe allah nak suruh aku rasa ape la agaknye bile dah sakit sangat perut... kita yang dewasa ni pun tah boleh teberak kat mana2.. ape kan lagi budak2 kecik macam yusuf ni..

ok la tu saje.. sekian..


Thursday, November 16, 2017

Pagi

Alhamdulillah dapat bangun awal sikit dan pergi solat subuh di masjid kampung

Balik rumah baca quran 2 muka. Ayat sentap kali ini ialah dari surah Al-Isra' ayat ke-29 yang bermaksud: " Dan janganlah engkau menjadikan tanganmu terbelenggu di leher mu, dan janganlah pula engkau menghulurkannya dengan sehabis-habisnya, kerana akibatnya akan tinggallah engkau dengan keadaan yang tercela serta kering keputusan."

Ayat ni menyentapkan sebab selama ini aku ada satu dilemma. Of course kita ada hutang. Hutang rumah, hutang kereta, hutan pelajaran, hutan credit card, and personal loan. Ni orang cakap, makin besar periuk makin besar la keraknya. Bila hutang jadi makin banyak kadang-kadang hati rasa tak tenang bila fikirkan pasal ni. Kita memang banyar installment ikut yang ditetapkan. Tiada masalah nak bayar bulan-bulan. Tapi selalu rasa macam lamanya lagi nak abis bayar hutang semua ni. Tapi dalam masa yang sama ada banyak juga duit yang kita keluarkan untuk derma/sedekah/amal jariah.

Aku berbincang dengan kawan pasal ayat sentap tu tadi. Katanya menurut tafsir Ibn Kathir, jangan keluarkan lebih dari apa yang masuk. Jangan sedekah lebih dari kemampuan, sampai diri sendiri rasa menyesal, sampai diri sendiri rasa tak mampu...

Bayar hutang adalah wajib... Sedekah hukumnya sunat

Selama ini pernah aku rasakan yang seperti aku dah over giving. Bukan nak riak atau membesarkan diri tapi sebelum ni aku percaya bahawa bila sedekah rezeki akan makin luas dan bertambah-tambah. Aku pun ada dengar yang kena bersedekah walaupun dalam keadaan susah. Tapi sebenarnya perkara ini terpakai selagi mana kita tak memberi lebih dari keperluan. Selagi mana kita telah mengutamakan yang lebih utama dahulu.

Kadang-kadang pernah aku terasa macam tak kena, bilamana aku refuse untuk beli sesuatu yang anak aku suka, ataupun cuba berjimat masa belanja makan, sedangkan banyak jugak aku keluarkan untuk beri pada orang lain.

Mungkin inilah petunjuk yang allah nak bagi sebagai jawapan kepada keresahan aku selama ini.

So apa yang aku nak buat sekarang?

Aku nak stop few auto debit transaction starting new month. Aku akan bagi lebih pada keutamaan dulu termasuklah selesaikan hutang-hutang jahat seperti hutang mara dan hutang credit card. Hujung bulan brapa yang ada tu la aku akan allocate utk derma.

i will try and see... harap usaha diberkati...

Wednesday, July 12, 2017

Cuti raya tahun ini cuti raya yang paling panjang.

Kami bercuti selama 2 minggu, dari 24hb Jun sehingga 9 Julai.

Alhamdulillah tempat dimana aku bekerja, tiada masalah untuk cuti panjang selagi mana ada orang yang dapat menjaga klinik. Wifey pula beruntung sebab doktor yang biasa menggantikan dia bukanlah seorang yang menyambut hari raya.

Boleh aku katakan bahawa cuti raya kali ini, padat, penat tapi sangat seronok.

Secara ringkasnya, ingin aku catatkan disini apa aktiviti kami sepanjang 2 minggu tersebut.

24 Jun

- flight dari labuan ke KLIA2 menaiki Air Asia, tiba di KLIA2 jam 12.30pm. Mak and ayah jemput kami di sana
- petang itu kami ke Midvalley untuk kasut Fatma, macam-macam kedai masuk akhirnya beli kasut di cotton on
- buka puasa yang terakhir, mak sediakan juadah lontong, kegemaran aku. Macam dah hari raya je hahah
- malam tu kami ke masjid ar rahman untuk solat isyak. Yusuf buat drama, ambil mic, switch on dan bertakbir bersama imam.

25hb Jun
- Sarapan pagi dengan ketupat lontong lagi
- Kami bersolat aidilfitri di masjid jamek jalan templer. Masjid memang penuh sampai kebelakang.
- Selepas solat kami bergambar dirumah dan selepas itu kami menziarahi rumah saudara emak di cheras.
Selepas zuhur kami ke rumah bangi pula.
- Di rumah bangi ada keluarga Che dah dan keluar Ateh datang beraya

26hb Jun
- pagi itu kami bergambar di rumah bangi.
- selepas zuhur kami bertolak ke muar, jalan jem dan aku juga mengantuk.
- Kami singgah makan mee bandung muar di tanjung agas.
- Kami check in di Muo Boutique hotel. Hotelnya cantik, modern + antique blend. Katanya baru 3 bulan beroperasi. Bilik pun masih kemas, seperti baru tetapi agak sempit sedikit untuk kami berlima.
- malam itu kami pergi beraya di simpang baba, ada beberapa rumah yang kami lawati.
- selepas pulang beraya, kami jumpa anum n kaklong sekeluarga yang baru saja sampai muar.

27hb. Jun
- Kami 3 kelaurga bersarapan di restoran berdekatan hotel. Nampak popular sebab ramai yang makan disitu dan ada digantung gambar-gambar org terkenal yang datang kesitu termasukkan sultan johor. Kami makan roti canai, tapi roti canainya macam separuh masak. Tidak garing. Mungkin dimasak terlalu cepat sebab ramai pelanggan.
- Selepas checkout kami terus ke kampung simpang baba untuk acara gathering keluarga adik beradik ayah disana. Ramai yang hadir. Ada tahlil arwah untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Ada sesi bergambar beramai-ramai juga.
- selepas selesai program di kampung simpang baba, kami bergerak ke KL semula.
- malam tu kami singgah ke PJ makan durian musang king. sangat lemak, manis2 pahit n creamy!
- Kami bermalam di bangi

28hb Jun
hari ini kami ke janda baik glasshouse. Lokasinya tidak jauh dari hentian genting sempah, dan mungkin tak begitu tinggi sangat berbanding dengan danau daun yang pernah kami menginap pada raya tahun lepas. Tapi glasshouse ni memang unik bagi kami. 3 tingkat, ada 4 bilik tidur. hampir keseluruhan dinding luaran adalah glass. Banyak kemudahan disediakan termasuk projektor dan screen untuk movie, wifi, bbq stove dan segala peralatan dapur yang lengkap.

Malam kami berbbq. ada ayam, kambing, beef, salmon, spegeti bolognes, corney dog.

29hb Jun.
breakfast disediakan - nasi goreng dan telur. tapi sebab banyak leftover makanan semalam jadi kami habiskan dulu. checkout 12 tengahari terus balik ke bangi.

Malam kami beraya dirumah makteh di setiawangsa. Seronok beraya dirumah makteh sebab ramai kelarga yang ada. Anak-anak pun suka main dengan toys yang ada. makanan pun sangat sedap.

Kami singgah beli bunga api dan mercun di keramat. malam tu anak-anak main bunga api dirumah atuk.

30hb Jun - Jumaat
- relaks dirumah atuk. anak-anak seronok bermain dengan sepupu. semua anak2 kaklong n anum ada. sampai ke petang budak-budak ni tak berhenti main, tapi kami paksa juga fatma n yusuf tidur.
-malam tu kami ke ikea damansara. Abg taufik belanja makan sebab baru naik pangkat. Kami makan meatballs, chicken wings and salmon. Selepas tu kami layan aiskirm pulak.

1hb Julai - Sabtu.
- pagi tu semua keluarga bersiap-siap nak pulang ke rumah masing-masing.
- selepas tengahari kami keluar dari PJ untuk beraya di rumah mertua Peqli dibangi. sebelum tu kami singgah makan di paparich.
- dirumah peqli nasrul pun datang sekali, dia baru je balik dari perak. makan sate dan laksa penang
- slepas itu kami beraya dirumah nurul/saiful di salak tinggi. makan nasi tomato dan mee hoon sup.
- malam tu kami beraya dirumah mak ude di semenyih. tempat nya jauh. dan sunyi tapi tetap kena melawat sebab saudara.

2hb Julai - Ahad
- masa tengahari maklang datang beraya dirumah bangi. Abah masak nasi arab n wifey sediakan manggo with sticky rice cewahh
-petang tu kami beraya dirumah kawan wifey di salak tinggi. makan nasi arab. fatma n yusuf suka sebab ada uncle buatkan balloon
- malam tu kami ke PJ

3hb Julai - Isnin
Kami ke melaka
- makan di restoran nyonya di hotel equitorial.
- beli kuih keria antarabangsa
- beraya dirumah atuk uteh aisyah/pakwe di masjid tanah
- kami ke melaka naiki satu kereta, anak-anak takmo duduk diam sebab tak pakai carseat masing-masing. atuk-atuk pun takleh nak rehat heheh

dari melaka kami singgah ke seremban beraya dirumah atuk busu aziz. makan pizza n meegoreng

dari seremban terus ke putrajaya beraya di rumah kaklong. sekali lagi makan pizza n sate. aku sangat kepenatan.

4hb Julai - selasa
- tengarhari ke GM klang. Tengok-tengok barang menarik dan carik inspirasi untuk berniaga. Untuk kami sendiri tak beli apa-apa. Anak-anak dapat toys masing2.

5hb Julai - Rabu
- ke IOI mall, pergi dah waktu tengahri, lapar sangat. Mula-mula pergi maxis, wifey ambil fon vivo y55, aku pegi beli buku di boarders. selepastu pegi makan, anak-anak kami belikan nasi ayam selepastu kami ke sushi king. Puaskan nafsu nak makan sushi. Selepas tu kami makan aiskrim di baskin robins pulak. Selepas makan aiskrim, pergi belikan wifey jam sebagai hadiah hari jadi heheh.
-selepas tu aku ke celcom alamanda nak beli fon baru gak tapi takde stok vivo v5s. katanya yang ada di celcom cyberjaya
-petang kami beraya di rumah chekdah. Yusuf tak cukup tidur sampai2 terus mengamuk. di rumah cikdah makan meekari.
-dari rumah cikdah kami ke rumah maklang pulak. mandi dan solat disitu. makan nasi arab, murtabak raja. anak-anak sempat main bunga api diluar.

6hb Julai - Khamis
- jalan2 di taman saujana hijau putrajaya, tolak stoller sambil belari-lari anak. terasa seronoknya kalau dapat duduk area macam ni. Insyaallah satu hari nanti nak pindah ke tempat yang selesa macam ni.
- breakfast roti canai dimamak presint 11
- pegi swimming di pusat komuniti presint 11. sampai dah 10.30.. sesi pagi hanya sampai 11 pagi. dapat la mandi setengah jam. bayar seringgit untuk kanak-kanak, 2 rngguit untuk dewasa. harga berpatutan, pool pun cantik.
- pergi ke celcom cyberjaya sebab disitu je yang ada stok vivo v5s. amik fon baru.
- malam ke pj

7hb Julai - Jumaat
- pagi jumaat tu mak ayah ke muar awal. kami berkemas-kemas utk kali terakhir di pj, ambil apa2 barang yang perlu.
-tengahri ke bangi, solat jumaat, makan tengah hari.
-petang bertolak ke muar untuk family day esok hari. perjalanan lancar. jalan tak jem. seronok. sampai muar check in di hotel traders muar. tingkat 11 tinggi boleh nampak seluruh muar.. pemandangan cantik.
- malam kami makan seafood beramai-ramai di sabak aur

8hb Julai - sabtu
-breakfast dihotel, slepeas brekfast bergambar raya diloby hotel untuk keluarga hj jalal n yuha
-pegi ke family day, buat di tanjung private vila. family day ini adalah keluar adik beradik aarwah atuk rahim. ramai yang kami tak kenal. ada muka yang familiar. banyak aktiviti, budak2 suka. fatma menang musical chair, yusuf dapat cabutan bertuah. makanan sedap, ada meebandung, ketupan dan sate.
- petang kami bergerak pulang ke bangi. sampai bangi jam 5 lebih. aku kepenantan terus tidur.
- malam kemas2 baju bersiap nak balik labuan esok hari

9julai - ahad
tengahri mak ayah datang beraya di bangi. mama masak nasi daging, wifey sekali lagi buat pulut mangga. sedap sangat hahah
petang abah terus hantar ke airport. nasib baik dapat rearrange seating. flight delayed 1 jam.
Dalam flight anak-anak okla.. lasak macam biasa asik nak ke tandas.. dorang tak makan sangat sebab dapat pizza yang tak berapa disukai.
sampai rumah labuan jam 11.30pm
dalam 12 lebih baru kami tidur....




Monday, May 15, 2017

Hari Keluarga K1M UTC Labuan

Beberapa minggu sebelum ni lagi wifey dah sibuk2kan diri untuk buat family day k1m utc. Contact hotel, minta quotation, plan aktiviti dan macam-macam lagi.

Siap tempah baju lagi from KL.

Ini family day yang julung2 kali diadakan. Maklumla K1M UTC kan baru satu tahun. Tahun lepas semangat kekeluargaan tu takde lagi. Tapi tahun ni mereka dah rasa macam family, itu sebab nak buat family day.

Family day ini dibuat di Palm Beach Resort and Spa Labuan. Tempat ni memang kami sekeluarga suka sangat sebab scenery dia cantik, room dia pun ok. Harga pun masih boleh kata reasonable. Kami suka ke sini waktu petang boleh minum2 air, makan2 tepi pantai. Di situ ada swimming pool yang cantik menghadap laut macam infinity pool la.

Acara dimulakan dengan majlis makan malam. Ikutkan plan asal, kami tak berminat nak tidur di hotel sebab baru je spend duit minggu lepas di beberapa hotel di KK. Tapi entah macamana tiba-tiba boleh terdetik utk stay kat hotel masa makan tengahari semalam dengan wifey. Since wifey yang dealing dengan event manager, cepat2 dia call officer tu untuk book satu bilik.

Kami memang tahu yang hotel tu tak pernah penuh pun so memang senang la nak dapat bilik hahah.

Makan malam semuanya santai. Ada ucapan-ucapan ringkas dari semua orang. Ramai menyatakan yang mereka rasa sangat serasi dengan team K!M UTC. Memang nampak yang selepas setahun K!M itu dimulakan, mereka makin rapat seakan keluarga.

Yusuf kaalu tak merengek memang tak sah. Sebelum masuk restoran dia nampak peti aiskrim. Jadi, merengek2 la dia nak aiskrim. Selagi tak dapat selagi tu dia akan terus menjerit-jerit. Dah berapa kali dicakap yang makan la nasik dulu tapi tetap dia tak faham. Aku kalah, belikan juga dia aiskrim. Nasib baik la waktu makan selepas tu, dia makan juga nasi dengan lauk ikan.

Esoknya selepas breakfast acara pun bermula. Ada bebrapa aktiviti family day yang hotel sendiri sediakan, memula memancing botol, selepas tu teronpah gergasu, selepas tu ada acara musical chair untuk anak-anak dan slepeas tu ada water bom relay.

Geng2 K1m sendir pun ada buat mainan sendiri.. mereka buat acara tiup tepung untuk anak-anak. Selepas tu mereka main baling2 belon berisi air seuka2 untuk basahkan semua orang.

lepas dah main semua2 tu.. acara yang paling anak-anak suka... TERJUN POOL!!

Aku nak bagi credit sikit la kat pool palm beach resort ni. pool dia memang paling cantik kat labuan ni. cantik sebab dia facing laut. as if kalau tengok from 1 end.. nampak mcm infinity pool.. terus ke laut. pool dia pun besar.. air tak dalam sangat.. tapi aku prefer kalau ada part yang lebih dari 2 meter la.

Selepas dah puas berendam dalam pool sampai kecut2 jari, kami naik bilik, mandi, kemas2 barang and chekout. jam pun dah tunjuk pukul 12.30pm. Sepatutnya kena chekcout pukul 12 tghari...Kemudia kami pegi makan lunch yg didiakan... semua memang best.. ada lauk ayam, ikan daging sayur... masakan ala-ala chinese food memang kena dengan tekak aku.. anak-anak pun makan sjaa..

Selepas habis makan lunch kami pulang ke rumah...

begitu lah sedikit kisah family day K1M UTC labuan... seronok.. semua gembira.. nice people.. nice food... awsome place..!!


Tuesday, April 11, 2017

weekend lepas TITM datang labuan. PAS labuan buat majlis hi tea untuk raise fund PRU 14 dan buat ceramah umum. Kami ambil kesempatan untuk TITM tahnikkan Fatea. Alhamdulillah dapat.

Badan ni tak berapa sihat. Otak rasa maca susah nk berfikir. Nak menulis pun payah. Rasa maca idea tersekat-sekat.  mood kurang

Sejak dari hari jumaat lagi hidung selesama bersin-bersin. dan sejak semalam dah muka sakit tekak, sakit kepada dan batuk sikit.

Nak start antibiotik tapi rasa awal sangat.


Monday, February 20, 2017

harini aku dapat call dari jkn tentang tuntutan tunggakan kenaikan pangkat aku time kat govermen dulu. aku resign bulan 5, dan bulan 5 jugak kkm bersidang luluskan aku naik ke ud48. so sebelum ni aku assume aku boleh claim kenaikan dari november tahun 2015 sampai la bebrapai bulan sebelum aku amik unpaid leave.

tapi yg sedihnya mereka denied claimed aku. katanya sebab mereka bersidang 5 mei, tapi aku resign starting 1 mei.

aku look forward sangat nak dapat duit claim ni, boleh tampung apa2 yang patut.

tapi mungkin ni bukan rezeki aku

mungkin juga allah nak tarik balik nikmat ni sbb kot2 la dulu aku ada terlebih claim2 apa yg tak patut (bila pergi kursus)

so tahun ni aku takda pape nak look forward dah..

claim tak dapat.

bonus takde...

susah jugak jadi aku...

takpe rezeki dimana2... yakin!

Thursday, February 02, 2017

bibik gersima terpaksa cuti mengejut harini sebab katanya dia perlu ke Nunukan untuk selesaikan hal paspot dia. mula-mula wifey tak bagi sebab isu utamanya, siapa nak jaga baby bila bibik tiada. kenapa tak selesaikan awal2 semasa wifey masih cuti bersalin. tapi malam semalam gersima kata dia tetap kena pegi jugak harini. bertolak pukul 6 pagi dari labuan.

its gonna be hactic!

Pagi ni bawa baby ke nursery di UTC, sama dengan yusuf. berapa kena bayar tak tau. Harap2 mereka terima. Bawa baby ke nursery tak sama dgn hantar budak 5 tahun. baby perlu penjagaan lebih teliti. mungkin kena lebih byk 1-on-1.

Fatma pula holiday blues. dari malam semalam cakap taknak pegi skool. bila tanya kenapa, dia cakap skool panas. tak sejuk. dia nak balik tghari. tak mau stay sampai petang. keadaan lagi haru bila dia dapat tau yang baby akan ke taska UTC. Fatma suka sangat taska tu, pernah dia ikut yusuf skali ke situ sebab tadika tutup n takda orang nak jaga dirumah. Fatma balik2 ulang cakap nak main dengan baby kat nursery. tu semua alasan taknak pegi skoool

Yusuf macam biasa pagi2 mmg meroyan bila nak mandi. nothing new. just prolong the heaadache.

Aku expect anak2 aku ni ajak jadi anak yg tricky and difficult. Aku taknak expect lebih from fatma. janji dia pegi sekolah and enjoy apa2 yg dia suka. aku tau dia pandai. tapi biar pandai dia di channel yang betul.

semoga allah permudahkan urusan isteri aku. nak bawa baby and yusuf ke sekolah. nak angkat2 barang. nak pumping susu. dan semua2 yang lain. Semoga allah kurniakan ganjaran syurga pada isteri aku tanpa dihisab dipadang masyar. ameen

Thursday, January 26, 2017

hari ini hari terakhir wifey cuti bersalin. maksudnya esok akan mula bekerja. hari ini juga hari pertama cuti sekolah fatma. fatma cuti dair hari ini  sampai rabu depan. 1 minggu tu! untuk menjadikan harini bermanfaat, kami bawa anak-anak ke taman botanikal. tapi biasalah, anak-anak ni ada kalanya suka buat hal. fatma masa sampai taman botanikal terus tanya mana bread nak bagi fish makan. terus merengek2 bila tau takde bread. tapi selepas bila dah bawa ke playgroud moodnya ok sikit. Sebab promise nnt bawa pegi supermarket boleh beli apa2.

aku suka bila wifey ada kat rumah. aktiviti pagi kami selepas hantar anak2 ke skool, kami pergi pasar beli barang2 mentah, pergi jalan2 di taman botanikal, pergi supermarket. bila dah balik rumah wifey boleh masak untuk lunch. aku suka makan masakan sendiri di rumah. walaupun simple tapi aku rasa fresh.

alangkah baikkan kalau tiap2 hari macamni. tapi tak logik la sebab isteri pun kena bekerja.

AKu harap satu hari nanti, aku dapat sediakan sesuatu yg membolehkan isteri aku waktu bekerjanya lebih flexible dah relax berbanding sekarang. aku tak setuju la kalau berhenti terus. rugi kalau jadi doktor tapi tak kerja. kena kerja juga merawat orang tapi waktu yg lebih menyenangkan'

Friday, January 20, 2017

cerita anak2

#fatma

sejak beberapa harini fatma matanaritu bila dah masuk kereta tutup gate ttiba2 cakap nak kiss baby. sebab masa dah lambat aku tak layankan la. sampai ke sekolah menangis. bila sampai sekolah cakap tired la, nak bombom la.. macam2. 

mana yg betul aku tak tau, samaada mmg betul dia ngantuk, atau ada sesuatu yg dia tak suke kat skool. 

mmg our concern la takut fatma tak suka skoool baru berbanding dengan little caliph. yela, little caliph mmg advace dari teknik belajar dan alatan. tengok yuran la. pasti ni mmg tak dinafikan mmg byk kekurangan, guru2 pun baru. toys tak banyak. aktiviti yg fatma suka macam arts and craft pun tak banyak

ada sekali tu cikgu wassap wifey tanya pasal fatma. sebab katanya fatma macam pendiam di skool. tp walaupun pendiam cikgu kata fatma matang dari segi percakapan dan pemikiran. mmg betul la fatma ni sebenyarnye susah skit nak bergaul dengan budak lain. dia lambat nak berkawan. tapi baisanya lama2 tu ok la. lagi pun ni baru 2 mggu pegi skolah.

thaths why we  try out best utk contribute ke pasti macam sediakan barnag2 mainan dan arts so that anak sendiri and juga anak orang lain boleh enjoy.

#yusuf

yusuf macam biasa hari2 nak mommy yang mandikan. lepas mandi papa pulak pakaikan baju. sebelum pakai baju nak kena sapu lotion dulu. yusuf ni budak2 comel. manja pun ye. slalu cakap sayang mommy. suke kiss2 mommy papa and baby. cuma kekadang tu trhow tatnrum jugak la. lagi2 kalau tak dapat ape yg dia nak. gula ker, air ker, apa2 laa.. suka ati ko je nak tantrum kat mana. 

harini lepas hantar fatma kat skool, kami pegi breakfast lontong di restoran sbelah tu. yusuf minta laksam tapi kedai laksam tutup. haah, yusuf suke laksam. lepas tu nampak gambar nasi lemak kat banner, dia minta nasi lemak pulak. tp since kami dah order lontong 2, so takmo la order nasi lemak kang tak abis plak. bila lontong dah sampai, yusuf try mungkin pada dia sedap kot... so dia layan jer laa...

lepas tu hantar ke UTC, adik everytime sblom masuk taska dia nak kiss2 dulu.. lepas tu bye bye kat intu.. haha comel sangatt oh ye sebelum masuk taska kena membeli.. biasanya beli kuih.. yusuf suka kuih nona manis. tadi yusuf nak sweet.

#lily
lily dah makin besar, heheh comel sangat dah pandai ketawa bila di agah2. setakat ni takde masalah tidur malam. cuma kekadang waktu siang ni tidur kejap2.. so susah nak letak la. tapi alhamdulillah semua ok stakat ni. boleh minum susu guna botol dah.

tudung dah sampai

2 hari lepas 3 parcel dah sampai dari KL. berisi 150 helai tudung. sebab kesuntukan masa, kesemua tudung2 tu baru saja dimasuukkan dalam rekod stok. belum sempat snap gambar lagi. ada cuba2 utk buat page kat facebook, tapi masik belum finalise.

harini nak ke kl untuk kursus AMRO di hostel vistana esok dan selasa. hari isnin akan balik semula ke labuan.

Wifey petang ni akan bawa sample ke JKN and klinik untuk promo2 dekat staf dan kawan2. jadi maknanya aku hanya akan uplodkan gambar2 mana stok yg tinggal saja.

Harap balik hari isnin nanti dapat update facebook page.

Aim aku nak biasakan diri dengan menjual je setakat. untung cepat lambat tu lain kira. method aku ialah thry facebook promotion di group2 jualan esp di labuan.. Nak harapkan aku sendiri pegi dari satu tempat ke tempat lain tak dapat la, sebab aku ni keja kena duduk klinik mana sempat nak kluar2.


Wednesday, January 18, 2017

mula berniaga

insyaallah lepas ni nak cuba berjinak2 dengan berniaga barangan. nak mula dengan jual tudung. ntah kenapa tiba2 tergerak rasa nak menjual tudung.

150 helai tudung dah dishipping dari KL, tengah tunggu sampai je ni.

Nak buat page untuk promosi

Nak daftar perniagaan dengan SSM supaya lebih serius

Harap semuanya lancar..

rezeki dari allah..

kalau tak mula kita tak tau..


Monday, January 09, 2017

alhamdulillah harini fatma mula bersekolah di tadika baru. tadika PASTI. fatma macam excited dari semalam. fatma tanya pakai baju apa untuk sekolah pagi, petang pakai baju apa. tudung apa. sibuk pulak dia suruh mommy packing baju2 hehe. bila tunjuk baju2 hijau pasti pun dia seronok.

malam sebelum tidur, kami bagitau fatma yang sekolah start 7.30 pagi so kena la keluar awal. kami bagi tau yang  fatma dah 5 years, so selepas mandi takboleh baring2 lagi. kena pakai baju lepas tu sarapan lepas tu terus pegi skool. hahah first question dai tanya, "fatma dah 5 years ker???' hahaha kelakar plak excited sangat dah tau dia mcm dah besar.

pagi tadi semua jalan smoothly alhamdulillah. kejut bangun 6.30am, terus mandikan, mula2 tu ada la mengengek sikit and first thing yang dia tanya.. "fatma 5 years kerrr??" hahaha senyum dia lepas tu.

lepas mandi masa pakaikan baju pun dia excited. tengok colour, tengok logo.. selepas tu fatma breakfast oat and milk. makan habis. sambil2 tu sikat rambut fatma n pakaikan tudung. hahah dah pakai tudung terus nak tgk kat cermin. bila tengok kat cermin tersengih2.

on d way ke skool fatma tak tidur or sleep pun.

sampai sekolah baru, biasa la fatma nampak macam blur sikit. masih tak biasa tempat baru. tapi yang penting dia tak penah menangis bila sampai sekolah. tak penah fatma cakap takmo pegi skool.

well what can i say about fatma:
- suka fesyen. dia detail apa yang dia nak pakai.. baju seluar tudung. dia suka pilih sendiri
- dia minat draw and colouring
- lebih kepada artistik
- skarang stage suke tanya 'kenapa'
- sangat determind. apa yang dia nak buat. dia tetap buat walau dilarang