Wednesday, July 12, 2017

Cuti raya tahun ini cuti raya yang paling panjang.

Kami bercuti selama 2 minggu, dari 24hb Jun sehingga 9 Julai.

Alhamdulillah tempat dimana aku bekerja, tiada masalah untuk cuti panjang selagi mana ada orang yang dapat menjaga klinik. Wifey pula beruntung sebab doktor yang biasa menggantikan dia bukanlah seorang yang menyambut hari raya.

Boleh aku katakan bahawa cuti raya kali ini, padat, penat tapi sangat seronok.

Secara ringkasnya, ingin aku catatkan disini apa aktiviti kami sepanjang 2 minggu tersebut.

24 Jun

- flight dari labuan ke KLIA2 menaiki Air Asia, tiba di KLIA2 jam 12.30pm. Mak and ayah jemput kami di sana
- petang itu kami ke Midvalley untuk kasut Fatma, macam-macam kedai masuk akhirnya beli kasut di cotton on
- buka puasa yang terakhir, mak sediakan juadah lontong, kegemaran aku. Macam dah hari raya je hahah
- malam tu kami ke masjid ar rahman untuk solat isyak. Yusuf buat drama, ambil mic, switch on dan bertakbir bersama imam.

25hb Jun
- Sarapan pagi dengan ketupat lontong lagi
- Kami bersolat aidilfitri di masjid jamek jalan templer. Masjid memang penuh sampai kebelakang.
- Selepas solat kami bergambar dirumah dan selepas itu kami menziarahi rumah saudara emak di cheras.
Selepas zuhur kami ke rumah bangi pula.
- Di rumah bangi ada keluarga Che dah dan keluar Ateh datang beraya

26hb Jun
- pagi itu kami bergambar di rumah bangi.
- selepas zuhur kami bertolak ke muar, jalan jem dan aku juga mengantuk.
- Kami singgah makan mee bandung muar di tanjung agas.
- Kami check in di Muo Boutique hotel. Hotelnya cantik, modern + antique blend. Katanya baru 3 bulan beroperasi. Bilik pun masih kemas, seperti baru tetapi agak sempit sedikit untuk kami berlima.
- malam itu kami pergi beraya di simpang baba, ada beberapa rumah yang kami lawati.
- selepas pulang beraya, kami jumpa anum n kaklong sekeluarga yang baru saja sampai muar.

27hb. Jun
- Kami 3 kelaurga bersarapan di restoran berdekatan hotel. Nampak popular sebab ramai yang makan disitu dan ada digantung gambar-gambar org terkenal yang datang kesitu termasukkan sultan johor. Kami makan roti canai, tapi roti canainya macam separuh masak. Tidak garing. Mungkin dimasak terlalu cepat sebab ramai pelanggan.
- Selepas checkout kami terus ke kampung simpang baba untuk acara gathering keluarga adik beradik ayah disana. Ramai yang hadir. Ada tahlil arwah untuk ahli keluarga yang sudah meninggal dunia. Ada sesi bergambar beramai-ramai juga.
- selepas selesai program di kampung simpang baba, kami bergerak ke KL semula.
- malam tu kami singgah ke PJ makan durian musang king. sangat lemak, manis2 pahit n creamy!
- Kami bermalam di bangi

28hb Jun
hari ini kami ke janda baik glasshouse. Lokasinya tidak jauh dari hentian genting sempah, dan mungkin tak begitu tinggi sangat berbanding dengan danau daun yang pernah kami menginap pada raya tahun lepas. Tapi glasshouse ni memang unik bagi kami. 3 tingkat, ada 4 bilik tidur. hampir keseluruhan dinding luaran adalah glass. Banyak kemudahan disediakan termasuk projektor dan screen untuk movie, wifi, bbq stove dan segala peralatan dapur yang lengkap.

Malam kami berbbq. ada ayam, kambing, beef, salmon, spegeti bolognes, corney dog.

29hb Jun.
breakfast disediakan - nasi goreng dan telur. tapi sebab banyak leftover makanan semalam jadi kami habiskan dulu. checkout 12 tengahari terus balik ke bangi.

Malam kami beraya dirumah makteh di setiawangsa. Seronok beraya dirumah makteh sebab ramai kelarga yang ada. Anak-anak pun suka main dengan toys yang ada. makanan pun sangat sedap.

Kami singgah beli bunga api dan mercun di keramat. malam tu anak-anak main bunga api dirumah atuk.

30hb Jun - Jumaat
- relaks dirumah atuk. anak-anak seronok bermain dengan sepupu. semua anak2 kaklong n anum ada. sampai ke petang budak-budak ni tak berhenti main, tapi kami paksa juga fatma n yusuf tidur.
-malam tu kami ke ikea damansara. Abg taufik belanja makan sebab baru naik pangkat. Kami makan meatballs, chicken wings and salmon. Selepas tu kami layan aiskirm pulak.

1hb Julai - Sabtu.
- pagi tu semua keluarga bersiap-siap nak pulang ke rumah masing-masing.
- selepas tengahari kami keluar dari PJ untuk beraya di rumah mertua Peqli dibangi. sebelum tu kami singgah makan di paparich.
- dirumah peqli nasrul pun datang sekali, dia baru je balik dari perak. makan sate dan laksa penang
- slepas itu kami beraya dirumah nurul/saiful di salak tinggi. makan nasi tomato dan mee hoon sup.
- malam tu kami beraya dirumah mak ude di semenyih. tempat nya jauh. dan sunyi tapi tetap kena melawat sebab saudara.

2hb Julai - Ahad
- masa tengahari maklang datang beraya dirumah bangi. Abah masak nasi arab n wifey sediakan manggo with sticky rice cewahh
-petang tu kami beraya dirumah kawan wifey di salak tinggi. makan nasi arab. fatma n yusuf suka sebab ada uncle buatkan balloon
- malam tu kami ke PJ

3hb Julai - Isnin
Kami ke melaka
- makan di restoran nyonya di hotel equitorial.
- beli kuih keria antarabangsa
- beraya dirumah atuk uteh aisyah/pakwe di masjid tanah
- kami ke melaka naiki satu kereta, anak-anak takmo duduk diam sebab tak pakai carseat masing-masing. atuk-atuk pun takleh nak rehat heheh

dari melaka kami singgah ke seremban beraya dirumah atuk busu aziz. makan pizza n meegoreng

dari seremban terus ke putrajaya beraya di rumah kaklong. sekali lagi makan pizza n sate. aku sangat kepenatan.

4hb Julai - selasa
- tengarhari ke GM klang. Tengok-tengok barang menarik dan carik inspirasi untuk berniaga. Untuk kami sendiri tak beli apa-apa. Anak-anak dapat toys masing2.

5hb Julai - Rabu
- ke IOI mall, pergi dah waktu tengahri, lapar sangat. Mula-mula pergi maxis, wifey ambil fon vivo y55, aku pegi beli buku di boarders. selepastu pegi makan, anak-anak kami belikan nasi ayam selepastu kami ke sushi king. Puaskan nafsu nak makan sushi. Selepas tu kami makan aiskrim di baskin robins pulak. Selepas makan aiskrim, pergi belikan wifey jam sebagai hadiah hari jadi heheh.
-selepas tu aku ke celcom alamanda nak beli fon baru gak tapi takde stok vivo v5s. katanya yang ada di celcom cyberjaya
-petang kami beraya di rumah chekdah. Yusuf tak cukup tidur sampai2 terus mengamuk. di rumah cikdah makan meekari.
-dari rumah cikdah kami ke rumah maklang pulak. mandi dan solat disitu. makan nasi arab, murtabak raja. anak-anak sempat main bunga api diluar.

6hb Julai - Khamis
- jalan2 di taman saujana hijau putrajaya, tolak stoller sambil belari-lari anak. terasa seronoknya kalau dapat duduk area macam ni. Insyaallah satu hari nanti nak pindah ke tempat yang selesa macam ni.
- breakfast roti canai dimamak presint 11
- pegi swimming di pusat komuniti presint 11. sampai dah 10.30.. sesi pagi hanya sampai 11 pagi. dapat la mandi setengah jam. bayar seringgit untuk kanak-kanak, 2 rngguit untuk dewasa. harga berpatutan, pool pun cantik.
- pergi ke celcom cyberjaya sebab disitu je yang ada stok vivo v5s. amik fon baru.
- malam ke pj

7hb Julai - Jumaat
- pagi jumaat tu mak ayah ke muar awal. kami berkemas-kemas utk kali terakhir di pj, ambil apa2 barang yang perlu.
-tengahri ke bangi, solat jumaat, makan tengah hari.
-petang bertolak ke muar untuk family day esok hari. perjalanan lancar. jalan tak jem. seronok. sampai muar check in di hotel traders muar. tingkat 11 tinggi boleh nampak seluruh muar.. pemandangan cantik.
- malam kami makan seafood beramai-ramai di sabak aur

8hb Julai - sabtu
-breakfast dihotel, slepeas brekfast bergambar raya diloby hotel untuk keluarga hj jalal n yuha
-pegi ke family day, buat di tanjung private vila. family day ini adalah keluar adik beradik aarwah atuk rahim. ramai yang kami tak kenal. ada muka yang familiar. banyak aktiviti, budak2 suka. fatma menang musical chair, yusuf dapat cabutan bertuah. makanan sedap, ada meebandung, ketupan dan sate.
- petang kami bergerak pulang ke bangi. sampai bangi jam 5 lebih. aku kepenantan terus tidur.
- malam kemas2 baju bersiap nak balik labuan esok hari

9julai - ahad
tengahri mak ayah datang beraya di bangi. mama masak nasi daging, wifey sekali lagi buat pulut mangga. sedap sangat hahah
petang abah terus hantar ke airport. nasib baik dapat rearrange seating. flight delayed 1 jam.
Dalam flight anak-anak okla.. lasak macam biasa asik nak ke tandas.. dorang tak makan sangat sebab dapat pizza yang tak berapa disukai.
sampai rumah labuan jam 11.30pm
dalam 12 lebih baru kami tidur....




No comments: