Thursday, November 03, 2016

Hari pertama selepas mak ayah balik KL

Mak dan ayah dah balik KL petang semalam. Banyak betul jasa mak ayah sepanjang mereka berada di Labuan. Belikan makanan, masak lauk pagi tengah hari sampai malam, belanja makan luar, mandikan cucu, bawa cucu jalan-jalan dan macam-macam lain. Kalau nak senaraikan satu-satu memang tak sempat.

Menyedari yang hakikat sebenarnya kita tidak boleh bergantung kepada orang lain selama-lamanya, aku tukar cara berfikir. Aku tetapkan dalam fikiran yang aku perlu buat banyak kerja untuk keluarga. Dan kali ini, aku kena buang istilah 'penat' dalam kepala fikiran aku.

Untuk urus rumah dan keluarga, kena pandai bahagi ikut priority. Mana satu yang lebih Urgent dan Important.

Bagi aku yang paling penting bila di rumah ialah setiap orang mesti kenyang. Nak kenyang kena ada makanan. Dan makanan itu perlu dimasak. maksudnya di sini, keutamaan aku ialah, kena beli bahan mentah, masak dan suap budak-budak sampai kenyang.

Semalam mak dah tinggalkan lauk tengah hari dan nasi, jadi aku tak perlu masak. Budak-budak ni kalau dah lapar memang diorang akan cepat-cepat minta. Jadi itu waktu terbaik untuk suap terus makanan, jangan berlengah. Sambil tengok Utube di TV, aku suap sorang-sorang sampai kenyang. Lepas tu giliran aku pula makan. Isteri pun kenyang.

Lepas dah selesaikan urusan makan, baru buat kerja-kerja mengemas. Tempat yang paling penting perlu kemas pada aku ialah dapur. Pinggang mangkuk kena cuci dan susun. Makanan lebihan simpan dalam peti ais. Tong sampah kena kasi bersih.

Selepas kemas dapur cuci baju. Sambil tunggu washing machine kita cuba kemas yang lain pula.

Dah dekat pukul 10 malam badan dah letih, gosok gigi budak-budak, main tickle2 kejap lepas tu tutup lampu. Sebelum tutup lampu sempat juga ajar fatma matematik. Fatma cakap Automatik hahahahah.

Pagi ni punya cabaran ialah nak mandikan Yusuf, macam biasa. Punyala susah nak kejut bangun. Meronta-ronta lagi dalam tandas. Dah sabun syampu semua tak nak pakai towel pula. Lepas tu suruh mommy pula mandikan lagi.

Tengah bertarung nak pakaikan diapers terkoyak pulak diapers tu. Aihhh apa lagi setepek kena kat bontot. Selepas tu rasa bersalah. hahahah

Sebelum keluar rumah sempat la budak-budak ni sarapan. Fatma minta bawa bekal roti with peanutbutter so aku buatkan. Yusuf makan roti with jam aku buatkan.

Keluar rumah dalam jam 7.30am, hantar fatma dulu ke tadika lepas tu hantar yusuf ke taska. Sepanjang dalam kereta baik-baik je budak ni. Sebab rasa bersalah sebelum masuk taksa aku cium yusuf banyak2. Yusuf happy je masuk taska. Cikgu pun ketawa tengok rambut yusuf dah botak. HAHAHA


No comments: