last entry lebih kurang 10 hari yang lalu. Jadi apa yang dah berlaku dalam masa 10 hari ni? Rasanya macam biasa saja, mungkin kehidupan lebih mencabar sikit dengan kehadiran anak ke 3. Tambah pulak yusuf yang dah suka tanttrum sejak kebelakngan ini.
Yusuf macam lebih fragile. Apa yang dia nak kalau tak dapat mesti nak melalak. Bukan sekadar melalak tapi siap guling-guling kat lantai lagi. Kalau buat macam tu kat rumah saja takpe jugak, ni kat tempat orang ramai pun nak juga hahah. Apa-apa la ko ni ysuf.
Mama abah datang for 1 week. Sempat bawa pegi makan luar few times. Mama pun rajin pegi pasar untuk masak-masak kat rumah. Relax sikit sebenarnye bila ada orang lain tolong dirumah. terutamanya hal makanan. Tapi mama abah baru je balik KL semalam. Siap bawak sekotak seafood lagi. Haritu pegi jeti selepas 2 tahun tak pegi. Banyak juga la seafood. Aku beli satak 20ringgit sekilo. dan ada tiger prawn juga.
Semalam berlaku peristiwa yang peik dan sangat stress. Balik dari masjid besama budak-budak, nak masukkan kereta bawah porch tengok2 ada trolley kat tengah2. so terpaksa la berhenti dulu, keluar alihkan trolley than masukkan sampai habis. Pelik juga trolley tu sebelum ni kat tepi macam mana boleh ada kat tengah. Dah alihkan, masuk la semula kereta balik. Sekali tengok gear pulak tak boleh tukar. Batang gear boleh gerakkan tapi gear masih tak bertukar. AIhhhhh stress aku dah la kat tengah2 gate. Takleh alihkan kereta latio ni maksudnya kereta civic pun takleh nak kluar . Telefon Nissan center dia kate maybe ada masalah elektronik so kena towing.
SO harini nak uruskan kereta nissan ni. Harap-harap sekadar elektronik. Jangan kena tukar gearbox terus dah la. stress aku. Bila stiap kalai jadi macam ni just mengingatkan aku betapa stressful nya menguruskan hal-hal kereta ni. Mengingatkan aku juga yang kereta ni always satu liabiliti. Maintenance tahunan je dah beribu2. Servis, tukar tayar, bayar insurance etc2. belum repair2 kalau ada problem lagi.
Monday, November 14, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment