Assalamualaikum anak-anakku...
Kita sekarang di bulan ramadhan, dan hari ini dah termasuk dalam 10 malam terakhir ramadhan.
Alhamdulillah setakat ini semuanya lancar dan baik-baik saja. semua orang di rumah sihat sejahtera.
Ada hari yang papa tak kerja pagi, papa akan prepare makanan untuk berbuka. Dah macam-macam papa masak, antaranya nasi tomato, ikan pari asam pedas dan lauk-lauk biasa yang korang makan la macam kari ayam, kurma ayam ahahha. Biasanya papa akan masak lebih so that makanan extra tu papa n mommy boleh makan time sahur.
Hari tu kita balik KL for 1 week. Plan asal nak balik weekend je sebab papa ada course kena attend. Tapi disebabkan minggu selepas course papa tu ada 3 hari public holiday - Wesak dan Kaamatan, so kita sambung cuti sampai khamis.
We had a great time di KL. Pergi bazaar ramadhan yang dah lama tak pergi. Bazaar di Putrajya memang best, makanan semua nampak unik dan sedap-sedap. Tapi kebanyakan masa berbuka kita berbuka dirumah je, rumah atuk dan rumah tokwan. Ada satu hari last sebelum balik Labuan, kita berbuka di Sunway putra hotel. Papa dapat 2 voucher buffet, hotel yang bagi time papa course tu. 1 voucher worth 128 ringgit huhuu. Makanan biasala memang macam-macam. Tapi berapa banyakla boleh makan kan. Perut dah makin kecik hehe. Thats why papa tak berapa suke sangat buffet, sebab harga memang mahal dan lepas tu bukan boleh makan macam setimpal harga pun.
Time di KL juga kita pergi byk masjid untuk tarawih. Di PJ kita pergi masjid bulat dan masjid jalan templer. Yang menariknya, kedua-dua masjid ni ada sediakan tempat jagaan budak2. Ini memang bagus, yang mana bila orang2 dewasa tengah solat, yang budak2 boleh beraktiviti yang berfaedah. Fatma n Yusuf suka sangat2 pergi masjid yang ada kelas ni. Lily pun diorang boleh tolong jagakan.
So sekarang, tinggal 7 hari je lagi. Selepas tu raya. Raya tahun ni lain sikit sebab akan beraya di Labuan for 1 week lepas tu baru balik kampung. Kita lambat balik sebab mommy tak dapat cuti awal-awal tu. Ok juga sebenarnya, dapat rasakan macamana raya disini tanpa saudara mara dan keluarga haha. Ada few friends papa n mommy pun akan beraya disini so takde la boring sangat nnt. Lagipun kawan2 orang labuan pun ramai, boleh je beraya rumah diorg hahah.
Friday, June 08, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment