assalamualaikum anak2..
raya..
raya aidilfitri tahun ni kita mula beraya di labuan, sebab kita dapat balik ke KL lambat sikit, selepas seminggu. Masa pagi raya tu kelam kabut sikit sebab mommy ajak kawan2 datang beraya pagi tu so dari malam sebelum tu lagi sibuk prepare food dan pagi raya tu pergi masjid pun dah lewat. Tak sempat bertakbir, sampai2 masjid dah start solat.
Raya pertama kita theme kuning. Selepas solat raya kita pergi shooting gambar dekat area tanjung aru tepi laut.
Raya kedua pula kita tukar theme, kali ni colour biru pulak. Dan pada raya ke dua kita pergi shooting gambar di botanical garden...
kita start balik kampung selepas seminggu beraya dilabuan. Cuti kali ni memang panjang sikit, almost 2 weeks. masa mula2 sampai KL kita pergi 1 day stay di bukit tinggi dengan tokwan n tokma n your uncle and aunties. TIdur di colmar tropicale 1 malam. apartment tu ada 4 bilik... bukit tinggi tak la sejuk sangat tapi boleh la sekadar nak feeling2 oversea haha.
few days after that kita pergi taiping dengan atuk yuha and atuk jalal naik train. actually atuk yuha yang nak sangat cuba naik keretapi ETS ni.
Perjalanan dari KL sentral ke Taiping ambil masa lebih kurang 3 jam setengah. Kita bertolak 7 pagi dan sampai sana lebih kurang 10.30. Kita sewa kereta produa alza. sampai2 tu sebelum check in kita pergi makan mee udang di kuala sepetang. selepas dah check in petang tu kita pergi makan cendol bismillah dan kue teow dolly. Sempat juga petang tu jalan2 lake garden dia.. kita naik beca.. papa yang kayuh hahaha... malam tu kita masuk taiping night safari. binatang dia banyak tapi servis tak berapa best..
esoknya breakfast kita makan nasik lemak n roti bakar arang.. selepas tu kita jalan2 area hotel.. sgt cantik sebab mcm dalam dusun and ada sungai dan banyak kolam ikan. tengahri tu selepas checkout plan nya nak naik bukit larut, tp sebab hujan tak henti jadi truck tanak naik.. so kita pergi jalan2 spritzer eco park. disana kita main mini golf.. masa lunch kit amakan di cashiers market.. ada macam2 stall... sedap n murah...
petang tu kita balik KL naik train juga..
time lain semasa cuti.. kita banyak spend time dirumah.. kalau keluar pun kita pergi mall IOI jalan2. papa pun ada attend kursus xray satu hari masa cuti tu.
seingat papa masa cuti kali ni yusuf byk kali merengek.. sampai atuk2 pun risau tengok yusuf, suruh pegi darul syifa utk berubat. huhuhu....
Thursday, July 12, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment