last week weekend kita pergi limbang. feri dari labuan jam 9 sampai limbang dalam jam 11 lebih. mula2 laut agak merombak jadi dalam feri rasa pening2 tapi tak muntah. sampai limbang pergi visit kampung kak wati. shes a nurse di UTC, kerja dgn wifey sama2 dulu. di kg kak wati ada buat kenduri tapi masa kami sampai kenduri selesai. makanan sedap2.. masakan kampung. yang unik ialah tahai. sejenis ikan, katanya ikan tamban yang di keringkan dengan rempah2 dan dimasak. boleh buat macam2 jenis sambal.
selepas tu kak wati bawa kami pusing pekan limbang kemudian hantar kami ke hotel. pekan limbang tak besar sangat tapi tenang saja. pekan tepi sungai. ada pasar buah, pasar kering dan pasar basah. kami check in hotel purnama, dgn harga rm114 semalam, dapat bilik 2 katil queen. bilik pun luas, menghadap pekan dan sungai.
petang tu pergi pasar buah, beli sedikit pulasan, langsat dan rambutan. lily suka makan semua buah2 tu. harga mungkin sedikit tinggi sekarang ni. selepas beli buah kami pusing2 di mall bersebelahan hotel. budak2 biasa la mintak toys kat mr diy kami belikan yang murah2 je. layan kan kehendak anak sekali sekala... (ye ke sekali sekala?)
sebelah malam selepas maghrib kami keluar makan street food. ada satu medan makan, kawasannya luas, ada jual macam2 makanan. kami makan nasi lemak dan roti canai. tempat tu nampak selesa sebab kedai2 tak begitu rapat dan asap tak rasa berkumpul walaupun banyak kedai yang menjual bakar2 mcm sate dan sayap.
esoknya, pagi tu breakfast di hotel. makanan ok2 saja ada bubur, laksa srawak, nasik lemak, kuih2 dan buah macam biasa. selepas breakfast dan siap2, kita kluar ke pekan sekali lagi jalan2. kali ni ke pasar, beli petai seikat 6 ringgit. selepas tu kita jalan2 area sungai, sungai tu sepatutnya cantik tapi mungkin ditepi2 nya macam comot sikit dengan sampai2 kayu jadi nampak kurang kemas. budak2 dapat la main kat playground kejap.
selepas tu kita ke pasar buah yang kita pegi semalam. kali ni memang nak aim apa yang nak dibeli. kita beli buah tarap 2 biji, cempedak sebiji. harga tarap agak tinggi sikit. ada sebijik 25, ada sebiji 15. cempedah 13 sebiji.
selepas tu kita pergi makan laksa sarawak udang galah. harganya bergantung kepada size udang galah. bermula dengan 6,8,10 sampai lah 25 semangkuk! kami ambil yang 10ringgit semangkuk saja dulu. portion laksa sebenarnya agak kecil. yang menjadikan harganya tinggi ialah udang galah tu. rasanya memuaskan, tapi kalau ikut pengalaman, ada tempat lain yang laksa sarawaknya lebih tasty.
dah settle beli2 barang dan makan kita balik ke hotel. kali ni check out lambat jam 1 dan request awal2 dengan reception. dah siap pack barang semua, jam 1 baru turun ke lobi utk check out.
memandangkan feri bertolak jam 2, so kita relax2 ja di lobi sebelum ke terminal feri.
bila dah sampai terminal feri, boleh masuk terus, tapi wifey and yusuf pulak tetiba nak kecing. cari2 toilet di terminal takde plak. so masuk feri terus pergi toilet.
perjalanan pulang ni ok sikit, awal2 tu papa tidur je. yusuf pun tidur, laut tak sangat berombak. sampai labuan, masuk kereta terus balik. sebelum tu singgah makan cendol di kerupang.
next few days selepas balik dari limbang rumah kita memang kuat aroma buah tarap dan cempedak. buah tarap yang dibeli di limbang nampak macam biasa2 saja. isi banyk tapi kecil2. tapi puas la budak2 makan tetiap hari sampai papa pun tak sempat makan korang dah abiskan dulu. wifey pulak bawa balik 3 biji tarap dari klinik, som bagi kononya dari kampung husband dia. yang ni tarap memang elok2.. manis, cantik, tak oever ripe dan isi besar2.
papa kopek cempedak yang dibeli di limbang. memang paduuuuuuu.. isi banyak.. manissss.. tp sebab ni first time papa kopek cempedak, abis melekat2 getah kat tangan. panik sekejap, sental dengan sponge baru tanggal. wifey lepas tu bagi tau cara betul nak kopek cempedak ialah sapu minyak dulu kat tangan sebelum buat apa2.. baru getah tak melekat hahahah
cempedak tu papa suka makan camtu je.. wifey plak rajin goreng cempedak pagi2.. memang paduuuuuuuu
Tuesday, September 25, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment