Sunday, November 09, 2008

kun fa yakuun



sebuah filem islami indonesia berkisahkan kecekalan seorg bapa mencari rezeki pagi hingga ke malam untuk menampung isteri dan anak2 dengan hanya menjual cermin berbingkai hasil kerja tangannya sendiri. dia mempunyai angan2 untuk mempunyai tokonyer sendiri pada suatu hari nnt. isterinya seorg yang penyabar dan sentiase memberi sokongan kepada di suami dan dialah yang menguruskan hal2 rumah ketika si suami keluar mencarik rezeki.

antara nilai yang sungguh ditekankan dalam filem ini ialah betapa pentingnya kita sebagai hamba Allah tidak henti2 beribadat kepadaNya, kerana Dialah yang memberi rezeki dan Dia jugalah yang menarik rezeki. si suami di dalam filem ini sentiase akan bermunajat kepada Allah di waktu malam moga2 satu dari cermin hasil buatan akan dibeli org, cukup sekadar untuk menampung makan isteri dan anak2 untuk malam ke petang keesokkan harinya. si suami juga akan mengajak isteri dan anak2 sama mendoakan semoga dilapangkan rezeki untuk mereka. si suami menasihatkan anak2 bahawa hanya kepada Allah lah mereka mengharapkan pertolongan.

renungan..

  1. kita yang hidup sentiase dilimpahi rezeki, sejauh manakah kita nyatakan kesyukuran kita kepada Allah?
  2. kita yang sudah biase bersenang lena, adakah kita bersedia untuk menerima ujian Allah berbentuk kesusahan?
  3. setiap rezeki yg kita dapat, adakah kita gunakan pada jalan yg diredhai?
  4. adakah kita hanya akan mengingati Allah bila dalam kesusahan, dan lalai bila dalam keadaan senang?

macam2 lagi yg boleh diambil pengajaran dari filem ini. sunggoh bermanfaat buat penonton.

"Sesungguhnya keadaan kekuasaanNya apabila Dia menghendaki adanya sesuatu, hanyalah Dia berfirman kepada (hakikat) benda itu: Jadilah engkau!. Maka ia terus menjadi." (36:82)

1 comment:

amiramir said...

bagus sekali. insaf rasanya