Thursday, June 09, 2016

dalam hidup kita perlu buat banyak keputusan. samaada keputusan untuk diri sendiri atau orang lain. samaada susah atau senang, at the end of the day keputusan tetap perlu dibuat.

harini aku pergi berjumpa dengan cikgu music school fatma untuk menyatakan keputusan aku bahawa selepas ni aku takkan hantar lagi fatma ke music school. sebabnya, aku nampak fatma tak menunjukkan minat atau interest kepada alat music setakat ini. dia pada aku sangat artistik, suke melukis, colouring, peka pada shape, suka bernyanyi dan macam2 lain. cumanya aku tak rasa dia minat untuk bermain alat music. aku nak sangat anak aku boleh main piano, sbb pada aku main alat music nih boleh membuat seorang itu lebih kreatif dan bijak. tapi aku tak boleh paksa dia pegi kelas setiap minggu kalau dia tak minat.

selama lebih setahun hampir setiap hari ahad aku akan bersama dia pergi music school. dari music wonderland tahun lepas, sehingga la masuk junior music mac tahun ni. kalau ikutkan boleh aja aku buat locum banyak2 hari ahad tapi sebab nak hantar anak ke music school aku terpaksa refuse semua locum2 tu.

pada awalnya semasa music wonderland fatma sangat excited dan sentiasa look forward untuk stiap kali nak ke kelas hari ahad. mungkin kelas music wonderland lebih kepada singing simple songs, main triangle, clarinet, tamborin, dan dancing2. tapi sejak masuk junior music school, lebih banyak tertumpu kepada finger skill main piano. fatma macam tak berapa minat dan mungkin tak mudah untuk dia relate apa yang dia dengar, apa yang dia nampak dan apa yang perlu dia tekan pada piano. dalam kelas pun dia nampak muram sikit dan susah nak concentrate dengan arahan cikgu. dia lebih suka tengok budak2 lain main daripada dia sendiri yang main piano. aku kadang2 rasa marah kat dia ada jugak sampai tercubit. tapi itu tak sepatutnya berlaku sebab learning should be fun and exciting.


cikgu cakap skill ni perlu practise. sudah kami beli keybod dirumah tapi dirumah pun dia tak minat nak main tekan2 piano tu. mungkin salah kami jugak sbab tak terlayan dia training dirumah.

so tadi dengar rasa sedih aku bagitahu teacher pasal ni. teacher cakap fatma actually berpotensi cumanya perlu banyakkan latihan. aku cakap takpe la later kalau tetiba nampak dia macam ada minat dengan main music kami akan hantar balik ke music skool. piano dah beli kami simpan dulu.

takpon aku jela blajar main. nnt dah pandai boleh buat lagu sendiri.

so fatma, semoga menjadi anak yang baik, papa tak paksa2 fatma, biar fatma pilih apa yang sesuai untuk fatma. takda apa yang papa harapkan selain kebahagian fatma.

salam ramadan hari ke 4!

No comments: