Tuesday, December 13, 2016

dah 2 weeks plus aku dudk seorang di labuan, and i hate it so much. Bila seorangan ni rutin harian lari. Bila ada family kita dah biasa buat apa yang kita patut buat pada masa tertentu. contohnya kalau pagi hari bekerja, kita tau by 7.30 kena keluar rumah untuk hantar fatma kesekolah. Jadi antara 5.30am selepas subuh sampai la 7.30am tu dah ada rutinnya. biasanya lepas subuh ambil masa sikit baca quran. boleh juga ambil masa 30 minit untuk cycle guna trainer. selepas tu brekfast selepas brekfast kita siapkan anak2 pulak. ini termasuklah mandikan fatma, bagi brekfast, pakaikan baju. siapkan yusuf, letak barang dalam kereta and keluar ke sekolah.

tapi bila berseorangan ni rasa lain. bangun pagi 5.30 selepas subuh rasa ngantuk sambung tidur balik sampai 6.30am dan lepas tu baru brekfast. rutin yang biasa buat tak jalan sebab kita tau keadaan tak rushing. takda apa yang nak dikejar. masa rasa begitu perlahan. semua perkara rasa nak ditangguh2kan. 

banyak sebenarnye idea yang nk dibuat macam baca buku, cat pintu, cuci kereta, gosok baju, lipat baju tapi sebab takda rasa 'sense of urgency', jadi semua perkara ditinggalkan. semua tak jalan.

rancang dulu nak update blog atleast 3-4 kali seminggu, itu pun tak jalan. 

Sepatutnya bila ada banyak masa lah semua perkara boleh buat

itu sebab hidup ni kena disibukkan dengan sesuatu. sesuatu yang bermanfaat la. bila kita sibuk, urusan masa lebih teratur. otak berfikir dengan lebih laju. keputusan dibuat dengan lebih cepat.

No comments: