Thursday, January 18, 2018

brown rice

siapa makan brown rice?

kami!!

hahah dah sebulan lebih, papa terpaksa masak brown rice yang ada sebab taknak membazir. dulu mommy beli brown rice sebab nak guna utk buat bubur lily tapi sekarang lily dah tak makan bubur so tak guna la brown rice.

masa beli awal2 dulu takde plak nak beli sikit, beli yang 5kg punya sebab tak jumpe yang less dari tu. nak habiskan memang jenuh.

brown rice ni berasnya bersih. bila bubuh dalam periuk, letak air, tak banyak habuk2 keluar macam beras putih biasa. papa perasan yang kutu beras pun tak hidup dalam brown rice ni.

satu problem bila nak masak brown rice ni, kena masak lama, lepastu air pulak kena letak banyak. rumah kita  sekarang ni rice cooker takleh pakai so kena masak nasi atas stove. huhu lama tu nak masak brown rice ni.. dekat 45 minit baru masak.

brown rce ni tak melekit. bila dah masak n sejuk, nasi tu tak melekat, bole dileraikan satu2.

dari segi rasa, memang kurang lemak la.. tawar jer.. tu sebab kalau nak makan brown rice ni kena dengan lauk yang berkuah.. lagi pekat lagi best.. macam kari.. kurma.. gituu..

fatma selalu tanya kenapa asik makan nasik brown fatma tak sukee hahahah kesian fatma

yusuf takde complain sangat.. telan je.. tu pun kena paksa makan.. besuap.. kalau tak memang lambat la nak habis... concentration short span..

lily pun sama gak.. takleh complain sebab tak pandai cakap, agaknye kalau dah pandai cakap mesti jadi mcm fatma jugak haha.. tapi lily pun telan je

brown rice ni sebenarnye dari segi kandungan kalori, mmg lagi tinggi dari nasi putih. tapi sebab apa orang diabetic digalakkan makan brown rice, sebab brown rice ni low GI index. means, brown rice tak menyebabkan blood glucose naik mendadak selepas makan. dia slow2 naik dalam badan. effectnye, rasa lapar tu lambat sikit nak datang.

tapi ntah la.. papa perasan makan brown rice ni, sama je pukul 9 dah rasa mcm nak makan sesuatu. maybe kita makan dinner awal sangat - 6 lebih dah makan..

nway, hari ni bila papa nak masak tadi, tengok2 rupanya brown rice tinggal half cup je. tak cukup la.. so papa pegi la supermarket nak beli beras... beras putih yang biasa kita makan sebelom ni.. beras dragon AA. pusing2 kat kedai tak jumpe pulak yang biasa kita beli 5kg. terpaksa la beli yang 10kg.. rm50 ringgit.. ntah bila nak habis kalau beras 10kg ni.. 10 keturunan kutu beras beranak pinak dalam bekas tu nanti..

so harap anak-anak papa enjoy la makan beras putih balik... kalau korang nakal papa masak brown rice balik hahaha

syukur ok ada makanan..


No comments: