last weekend papa balik KL sebab nak attend first meeting utk GCFM yang papa enroll. meeting tu buat di hotel grand season for 2 days.. basically lectures kali ni lebih kepada introduction tentang course yang papa join n what to expect for the next 2 years. haha maklong korang pun join sekali. ni semua sebab atuk yuha yang paksa2 kami sambung belajar hahaha. thanks mak sebab sponsor kami berdua hahaha.
so from now untill end of next year, akan ada banyak module with assignments utk papa buat. each year ada 2 semester. each semester pulak ada 3 modules. setiap module ata topic2 nya. setiap module ada 2 assignment and mcq test. satu module kena complete within 1 and a half month.
sebelum papa bertolak ke kl haritu fatma asik scakap "papa jangan la pergi nnt fatma miss sangat papa tuu.." hahaha terharu papa
masa papa di KL haritu sibuk jugak la.. pagi sebelum pegi lecture lari kat taman jaya 10km dulu. lepas breafast terus pegi hotel grandseason. balik petang masa hari sabtu tu kluar pegi digitalmall, tambah ram utk laptop papa. lepas tu pegi midvally pulak tengok barang2 trail running. papa nak beli trekking pole n hydration vest tp takde yang berkenan la pulak (takde duit seenarnye hahaha)
mlm tu dinner atuk yuha masak nasi arab lauk ayam and kambing sedap sangat. lepas tu papa pergi bangi jumpe tokwan n tokma. ALhamdulillah semua orang sihat. tok mek pun ada kat KL. tokmek tanak jadi orang kelate dah.. nak jadi orang kayelll.. papa bawa balik banyak parcel dari bangi. semua barang2 dangangan mommy. papa cuba cari we all punya goggles tp tak jumpe. balik semula pj dah pukul 11.30 malam.
Sunday pun sama, papa start dengan lari 10km pagi, lepas breakfast papa n maklong pegi kursus. petang balik rumah atuk, minum2 petang makan durian, atuk beli banyak durian dah siap kopek. sedap2.. durian kampug pun sedap sangat. petang tu papa pergi decathlon belikan weall punya googles n dapat la beli barnag2 utk trail running sikit pacam pole, rain coat, blanket.. 400++ jugak la damage..
malam tu atuk yuha masak nasi goreng n beli sate... sedap sangat combination dedua tu. selpas tu sambung makan durian lagi.. satu rumah bau durian..
oh ye papa ada bawak balik ke KL buah tarap 2 biji. korang semua mmg suka sangat buah tarap kan. suprising jugak la. atuk yang nak rasa sebab papa tunjuk gambar korang melahap tarap kat dapur dulu. atuk jalan suka rasa buah tu. maklong pun. tap lelain macam tak suka sangat maybe sebab bau dia yang kuat menusuk hidung..
malam sebelum balik tu papa dah siap pack semua barang.. bajet mmg akan overweight la so dah siap2kan barang yang incase nak kena bawak keluar. atuk yuha bekalkan daging yang dah direbus dengan durian musang king sebekas..
pagi nak bertolak tu atuk2 antar papa ke KL sentral. parcel mommy papa bagi plastik wrap jer kat situ sebab tak jumpe kotak nak masukkan. Nak dijadikan cerita. time beratuk nak check in kat kl sentral pagi tu ramai orang. bile tiba giliran papa kat kaunter jam dah pkul 6.50am which is dah limpas 2 jam before flight time. so dorang tanak accept tuk papa check in situ. so dorang suruh papa cepat2 naik train pegi klia jam 7 utk check in kat airport.. papa pun apa lagi angkut la semua barang bawak naik train. siut jer.. papa dah sampai awal.. tp sebab slow sangat kaunter tu jadi lambat plak..
dalam train rasa nervous je sempat ke tak sempat ni.. worse case would be papa terpaksa tinggal semua barang kat airport n suruh atuk2 ambil bawak balik..
sampai klia dah pukul 7.30am. papa belari2 la sikit.. bila sampai kat tempat beratur kaunter tu ada staf yang tunggu, papa tanya la sempat ke ni sebab flight papa lagi sejam je lagi.. dia pun sruh papa pegi kaunter khas utk orang2 yang lambat.. lega rasanya sebab ada kaunter special tu
dekat kaunter tu, rupanya ada oran yag lagi lewat.. jam dah pkul 7.35 tapi ada org tu nak naik flight jam 7.30.. giler lewat..
bile turn papa, seperti sangkaan mmg luggage overweight so kena kluarkan sikit utk bawah handluggage. sibbaik papa dah ready barang yg nak siap2 dikeluarkan.
bila papa bukak je bag.. semerbak bau durian keluar. bukan sebarangan punya durian.. musang king ok!.. terus orang kaunter tanye.. "encik bawak durian ek??" papa pun mengaku jer laa... "encik durian tak boleh bawak masuk la encik. sebab saya dah terbau ni so encik kene keluarkan laaa.. hand luggage pun takboleh... sebab nya bau dia akan ganggu orang lain so sorry la encik"
papa dalam hati dah rase nak nanges dah.. musang king ni.. mahal ni.. takkan papa nak buang... takkan papa nak bagi je orang kaunter makan hahaha.. tetiba papa terpikir.. tadi papa dah wrap parcel mommy.. why not papa pegi kat tempat wrapper tu.. suruh diorg wrap bekas durian ni bagus2.. lepas tu bawak je dalam hand luggage.
papa pun pegi kat tempat wrapping.. sampai je orang kat situ tu tanya.. " durian ek? jgn risau boleh ni.. nnt kami wrap bagus2.. mmg takkan kluar bau.. rm14 ringgit ok?" aku pun ok kan je.. tanak tanya lebih.. yang penting aku nak mende ni lepas masuk dlm flight n anak bini semua dapat rasa.
diorang pun wrap gune special wrapper.. kaler biru.. berlapis2 aku tengok dia wrap.. kiri kanan atas bawah dia pusing.. sekejap2 dia cium make sure takde bau semerbak tu kluar. sambil dia wrap tu kami sembang la.. papa cakap kat labuan ni takde lagi masuk durian yang best2.. tu yang beria2 nk bawak durian balik labuan. rupanya tukang wrapper tu orang semporna.. dia sembang satu je buah best yang takde kat KL.. that is buah tarap!! hahahaha then lepas tu kami sembang pasal buah tarap 2-3 minit..
selepas dah siap wrap.. papa cuba hidu2 lagi la kot2 ada bocor.. macam ada bau sikit tapi tak kuat sangat.. papa terus dalam beg..
lepas tu satu lagi papa risau bila scan dekat security check nnt harap2 la lepas.. kot2 la kan diorang kenal bentuk durian guna scanner tu lepas tu tak bagi papa bawak masuk..
masa beg papa masuk dalam scanner tu rasa nervous jugak la.. tp alhamdulillah beg papa tu lalu scanner dengan cemerlang.. takde tersekat2.. takde reverse masak keluar masuk hahaha..
sebab masa tu tinggal dalam 30 minits je lagi nak take off papa pun cepat2 pegi kat gate B5.. sambil duduk tunggu dipanggil masuk tu masa sniff sniff jugak la harap takde bau.. orang lain pun takde la buat muka ker..
alhamdulillah selepas tu semuanya lancar...
dalam flight tak ramai orang.. banyak seat kosong.. pelik jugakla sebab masa nak check in online tu nampak mcm penuh sangat takleh pilih seat lain.. papa duk seorang je baris tu...
dalam flight papa mkan nasik lemak panas.. sedap la.. sambil n kuah kari dia..
papa tengok movie where is monday.. cerita pasal kembar 7.. tp mcm ganas sangat so tak tengok lama..
sejam gak papa sleep..
sampai labuan barang semua selamat.. papa beli mcd untuk lunch... amik grab terus balik rumah..
alhamdulillah semua selamat..
baring2 kejap.. mommy pun balik.. lepas tu papa pun pergi work..
jumpe u all masa maghrib.. happy sangat semua papa peluk ciumm hahahahah
Tuesday, January 09, 2018
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment