Sunday, February 07, 2010

"tiap-tiap diri akan merasai mati dan kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan dan kepada kamilah kamu semua akan dikembalikan" 21:35

1. rezeki tu datang dari Allah, rezeki boleh datang dalam bentuk macam2. mungkin Allah tak bagi kita duit ribu2 selepuk depan mata, tapi Allah bagi kita udara utk bernafas. Allah bagi kita makanan yg cukup sehingga tak rasa lapar. Allah bagi kita badan yang sihat. Allah bagi kita kegembiraan. Allah bagi kita family, saudara mara, kawan-kawan yang penyayang. semuanya dari Allah. semuanya satu nikmat.

2. antara rezeki dan nikmat, ada orang duit beribu2 tapi takde masa untuk berbelanja dengan duit yang ada. ada yang mempunyai rumah yang besar dan cantik tp sayang, tak dapat nak menikmati kecantikan kerana mata buta. adayang mempunyai kebun buah yg subur, tp sayang, tak dpt nk menikmati hasil kebun kerana sakit.

3. lalu timbul persoalan. andai kata ada duit beratus ribu depan mata, berapa banyak saja yg betul2 boleh memberi nikmat kepada kita? kita boleh makan apa yang kita nak, tapi berapa banyak saja yg kita larat nak makan? kita boleh beli apa saja yang kita nak, tapi adakah benar benda2 yang kita nak tu akan buat kita gembira?

4. semuanya atas rasa syukur. syukur menjadikan yg sikit itu ckup, yg tawar itu manis, yg kecil itu besar, yg sempit jadi luas, yg buruk jadi cantik.syukur buat kita rasa puas. syukur juga buat kita gembira.

5. Allah byk uji aku selama ini dengan kesenangan. Allah bagi aku macam2. tapi atas sifat materialistik, mata melihat dan akal berfikir, umpama semuanya serba kekurangan. itu tak cukup ini tak cukup.

6. kita semua boleh merancang, tapi rancangan Allah lagi superior. yg kita suka baik tak semestinya baik untuk kita, dan yg kita tak suka, tak semestinya buruk untuk kita.

7. ada ustaz penah bagi reminder, selagi mana kita beriman kepada Allah, selagi tu rezeki dan nikmat dari Allah takkan putus, regardless dimana kita berada.

"barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya dia akan mengadakannya jalan keluar, dan memberi rezeki kepadanya tanpa disangka-sangka. dan barang siapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya. sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yg dikehendakinya. sesungguhnya Allah mengadakan ketentuan untuk setiap sesuatu." 65:2-3

semoga aku sentiasa bersyukur... dan gembira




1 comment:

Anonymous said...

Bi taufik wa najah.......(=B