Thursday, September 29, 2016

First step is always the harderst

semalam setelah sekian lama tak cycling, aku cycling. Cyling tak kemana-mana pun. Dalam kawasan rumah jer. Haha sebab aku cycling guna bicycle trainer.

trainer tu dah beli sejak bulan 5 haritu. penah sekali pasang dekat basikal mountain, test 2 minit je lepas tu stop sebab konon bunyinya bising. Yela tayar kasar bila pusing kat roller tu dia keluar bunyi berdesing.. tak silap aku beli trainer tu harganya rm350.. second hand dengan orang di labuan juga

tapi semalam aku pasang trainer tu dekat basikal hybrid aku. masih ada bunyi berdesing juga dekat tayar belakang tapi better skit la tak kuat sangat bunyi nya.

selepas dah bubuh minyak singa dekat rantai, aku adjust sikit derailure belakang kasi smooth. Derailure belakang ni alignment dia senang lari sikit. bila alignment lari, time nak tukar gear samaada turun atau naik dia akan lambat skit atau terjatuh.

Penat yang teramat... haha

ye... sebab dah lama tak cycling, semua otot celah kangkang aku dah lembik. tak lama pun aku try cycling tu, cuma 35 minit + ja. aku pakai HIIT interval punya apps. so aku set satu set work 5 minit, rest 1 minit untuk 6 cycle.

Ok la juga aku pun taknak push sangat2 sebab baru nak start kan..

before cycling berat aku 72.8kg. lepas cycling jadi 72.4kg. semua ni hilang melalu peluh

satu yang aku perasan la bila dah start bersenam semula ni. tidur malam jadi lebih mudah dan waktu pagi pun rasa senang je nak bangun alhamdulilllah.

Harapnya dapat istiqamah la exercise ni.

the reason why aku terberhenti exercise beberapa bulan lepas sebab faktor keje. kedua sebab waktu subuh tu makin lambat so hari lambat nak terang. dan ke dua maybe sbab exercise sorang2 so takde semangat.

aku plan nak turun kasi below 70 balik. nak naik senang tapi nak turun tu punyala payah.

dan aku berharap jugak kali ni boleh konsisten lebih lama la.. insyaallah

tengok 2-3 bulan lagi macamaana hahaha


No comments: