tiada apa yang menarik untuk hari semalam. pergi kerja waktu pagi macam biasa. sebelum tu hantar fatma ke sekolah. di klinik pesakit taklah ramai sangat. ada masa diisi dengan menulis aritikel di wordpress. tengahari makan gado-gado di UTC bersama isteri. harga rm7 rupanya ingatkan rm6 saja. sebelum mula kerja sesi petang habiskan secawan kopi sebagai kickstart. baru tak rasa mengantuk. balik waktu petang mandikan budak-budak. selepas tu bantu isteri kupas petai di dapur, dibuatnya sambal petai ikan bilis makan dengan nasi lemak. selepas insyak ke usrah. balik rumah semula sebelum jam 11. isteri dah tertidur tapi anak-anak masih menyanyi dan melompat.
sebelum tidur terkenang berita yang sensasi semalam. pengarah jabatan bekalan air sabah dan timbalannya disabitkan kes rasuah atas penemuan lebih 50 juta ringgit tunai di kediaman atau ofis masing2. gila. 50 juta cash tu!
hari ini nak beli barang-barang mengecat untuk pasti. nak hantar pinggan mangkuk ke pasti. lepas tu kalau sempat nak beli ampaian baju sebab yang lama dah patah setelah pakai 3 tahun. hari ini kerja petang. harap dapat siapkan satu lagi artikel untuk wordpress.
Thursday, October 06, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment