Friday, October 28, 2016

Masih menunggu lagi...

Semalam wifey dah ke hospital pada waktu pagi. Bila VE katanya dah buka dalam 1-2cm. Tapi wifey masih belum ada contraction lagi.

Malam pula, selepas keluar makan di Tiara, pergi hospital lagi untuk check. Katanya jalan dah buka 3-4cm tapi belum ada contdaction lagi. CUma tightening je. Buat CTG, alhamdulillah so far so good.

Harini pagi aku akan pergi kerja macam biasa. Hopefully harini ada  pogress lebih.

Semalam sebelum ke hospital lepas makan luar, kami kena pujuk yusuf lama-lama sikit so that dia nak dok dekat rumah stay dengan atuk-atuk. Alhamdulillah dia nak.

Bila kami balik dari hospital dalam jam 11 lebih, yusuf dan fatma masih tak tidur lagi. Masing-masing nampak macam masih segar.

Harapnya bila nak bersalin betul-betul nanti, senang la budak-budak ni duduk dengan atuk dekat rumah.

Takda apa lain yg diharapkan selain dipermudah segala urusan, urusan bersalin dan urusan rumah tangga.


No comments: