Wifey dah 39weeks + sekarang. Tapi masih belum ada tanda-tanda nak bersalin. Ikut pengalaman lepas, wifey bersalin biasanya 3-5 hari lebih awal dari due date.
Ada beberapa perkara yang aku concern sekarang ni.
Aku susah nak bercuti minggu ni sebab klnik tiada orang lain yang jaga. Masing-masing ada urusan luar. Lagi-lagi hujung minggu ni deepavali. Collegue akan bercuti lama, dan yang akan buat locum pun tak banyak.
Kalau wifey bersalin sebelum mak ayah datang, mana nak letak budak-budak kalau bersalin tengah malam? pilihan yang ada ialah sepupu liyana, siti tapi siti nak balik KL dah katanya.
Rasanya waktu yang terbaik untuk wifey bersalin ialah waktu petang atau malam selepas mak ayah dah sampai. Itu yang terbaik. AKu boleh keluar klinik awal sikit, dan untuk malam tiada masalah sebab locum dah ada.
Sekarang ni aku berserah bulat-bulat pada Allah. Allah lebih mengetahui bila waktu yang paling sesuai.
Yang penting anak tu selamat, isteri pun selamat.
Kita boleh merancang, tapi rancangan Allah lebih hebat, lebih sesuai untuk kita.
Tuesday, October 25, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment