Semalam selepas makan malam sekali lagi bawa wifey ke hospital untuk check. Masa siang sebelum ni ada juga wifey pergi sendiri ke hospital utk check, masih 2-3cm saja opening. Sebelum keluar selepas makan malam, dah siap pesan dengan fatma dan yusuf yang mommy mungkin akan 'sleep at hospital' malam ni. Fatma faham, yusuf masih macam tak masuk lagi apa yang mommy nya cuba cakap.
Di hospital bila periksa os dah buka 3-4 baru. Tapi MO yang bertugas malam ni suggest untuk admit ward. So, admit je la alang-alang beg semua dah bawa.
Bila sampai rumah yusuf and fatma tanya mana mommy, papa cakap yang mommy 'sleep at hospital, sbb nanti mommy nak pop baby'. Fatma boleh terima. Yusuf masih cannot get it lagi. Jam dah lebih kurang pkul 10. Masa sampai rumah tu Mak kata baru je cebuk wawak fatma and yusuf pun tengah wawak belum sempat cuci lagi.
Bila nak wash wawak yusuf, yusuf request atuk yang wash, atuk pun layankan je.
Atuk yuha ajak fatma sleep dengan atuk malam tu tapi fatma taknak.
Bila dah padamkan lampu, budak-budak ni masih tak boleh tidur lagi. Adik asik keluar masuk bilik, fatma melompat-lompat. Ada sekali sekala yusuf tanya kenapa mommy lambat sangat ni..
Papa dah mengantuk sangat berkali-kali papa terlelap tunggu anak-anak papa sleep dulu tapi sebab yusuf asik buka pintu nak keluar, papa terjaga.
Papa pun main tickle-tickle dengan fatma and ysuuf.
Lepas tu kita main sleep dengan bear. masing-masing ada bear masing-masing. kita susun bantal molek molek and letak posistion bear masing-masing. fatma and yusuf kena bombom dengan bear tu. somehow adik complied.
Ada sekali skala yusuf cakap "ala mana mommy.. nak sleep dengan mommy... kenapa mommy ni lambat sangat"
sambil-sambil nak tidur tu ramai-ramai baca doa and zikir-zikir. fatma boleh ikut yusuf pun ikut.
lepas tu semua tertidur..
Saturday, October 29, 2016
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment