Pagi selepas solat subuh rasa mengantuk sangat. Baca quran 2 muka lepas tu sambung tidur. Sedar-sedar dah pukul 7 lebih. Di Luar sedang hujan. Syok betul rasanya. Kalau tak pukul 7 pagi mesti dah rasa terik dalam bilik, boleh berpeluh-peluh.
Rancangan asal pagi ni nak pergi bawak anak-anak ke swimming pool. Tapi sebab hujan, rancangan batal. Jadi pagi ni duduk di rumah saja rehat-rehat, makan breakfast, kemudian kemas-kemas bilik sikit. Turunkan langsir untuk dibasuh sebab bilik terlalu berhabuk.
Dalam jam 10 lebih pagi, keluar ke bandar. Hantar langsir, cadar dan duvet ke dobi, kemudian kami ke pasar. Beli ayam, ikan, udang dan sayur. Rancanganya nak masak ugly olio malam ni.
Selepas ke pasar kami ke showroom Toyota. Saja-saja nak tengok Toyota Fortuner baru. Dari luar memang cantik. Nampak lagi sharp dari yang sebelum ni.
Ada 2 jenis, 2.4liter diesel dan 2.7liter petrol. Yang diesel lagi murah tetapi eksesori kurang berbanding petrol. Aku lebih suka engine diesel sebab dia lebih tahan, dan mungkin lebih sesuai untuk pergerakan di Sabah nanti.
Kami berpeluang untuk test drive. Rasa pickup dia boleh tahan, macam bawa kereta sedan. Posisi pun tinggi.
Kalau ambil loan 9 years with 10% downpayment, monthly installment lebih kurang rm1300. WOW!! Kereta sekarang nih aku bayar rm899 pun dah rasa ketat ape tah lagi nak tambah extra rm400 untuk kereta baru. Rasanya isu kereta baru ni terpaksa ditangguhkan dulu. Kewangan belum mengizinkan lagi.
Selepas tu kami ke Gukawe makan nasik. Wifey makan nasik kukus, aku makan nasik komok, fatma makan nasi kerabu. yusuf makan semua serba sedikit.
Lepas tu balik rumah, bersihkan barang-barang mentah, solat zuhur dan terus pergi kerja.
Masa mungkin singkat, tapi kalau dimanfaatkan sebaik mungkin, insyaallah rasa bermakna. Bermakna untuk diri, juga untuk anak-anak dan isteri.
Sekarang di klinik, menaip sambil tunggu pesakit datang.
Faizul Jalal
No comments:
Post a Comment