Thursday, October 13, 2016

Gaji sikit dan bersyukur.

semalam pagi cat pasti 3. alhamdulillah dapat habiskan leihkurang 60%. selebihnya nak sambung lagi harini. selepas cat sempat juga interview 2 org untuk jawatan guru pasti.

apa yang aku belajar dari sesi interview tu, aku perlu lebih rasa bersyukur dengan apa yang aku ada sekarang, gaji yang aku dapat, segala kesenangan yang aku ada. Gaji basic yang kami offer untuk guru pasti ialah rm800. kami tanya pada calon guru tersebut, setuju tak dengan gaji tersebut, semua kata setuju. Masyaallah, aku terfikir apalah sangat boleh dibuat ddengan gaji rm800? selama ni kadang-kadang aku pernah juga merungut sebab gaji tak cukup, tapi bila tengok orang yang gaji lebih sikit rasa malu sangat.

Walaupun mungkin mereka tiada komitmen lain seperti hutang kereta, rumah, PL dan lain2, tapi apalah sangat RM800 tu. kalau duit makan sehari rm15, sebulan dah rm450. Belum campur belanja lain-lain lagi.

Mungkin ni la masanya untuk yakin dan percaya pada janji Allah mengenai berkat. Duit yang sikit pun kalau berkat insyaallah cukup. Bukan sekadar cukup tapi melapangkan. Melapangkan hati dan perasaan. Ada orang gaji sikit tapi boleh bagi duit pada mak bapak, boleh hantar anak belajar tinggi-tinggi, dan boleh bersedekah lagi. Ini lah namanya berkat.

Jadi kita yang gaji kira besar ni, kalau rasa tak cukup apa sebabnya? Risau juga bila fikirkan. Itu sebab bila berdoa, kena doa semoga Allah tunjuk kesilapan kita ynag perlu dibetulkan. Petunjuk tersebut boleh datang dengan kesedaran diri sendiri, ataupun dari teguran orang lain.

Duit kalau tak berkat, semua yang anak beranak makan semua tak berkat. Takutnya kalau anak kita dibesarkan dengan duit yang haram. Apa yang mereka makan akan menjadi darah daging mereka. Yang haram jadi haram. Membusuk didalam. Takut-takut inilah puncanya kalau anak-anak jadi orang yang tak baik. Nauzubillah...


No comments: