Monday, October 10, 2016

sunday well spent

Assalamualaikum,

Semalam ahad yang berisi juga la. Mula-mula pagi macam biasa makan breakfast sekeluar di rumah. Aku prepare french toast untuk aku n wifey. Yusuf pulak makan scramble egg and fatma makan toast with butter. Saje je makan banyak egg sbb nak habiskan stock.

selepas breakfast, aku cycle guna trainer, tapi kali ni tak tahan lama sangat, cuma dapat 30 mnit je sabab byk distraction dari anak-anak. aku sibuk doorang pun sibuk main kat luar. Yusuf main pistol air dia basah-basah kat luar. main dengan jiran sebelah.

so selepas exercise aku mandikan budak-budak, sebab lepas tu nak kluar pegi town pulak. Wifey nak potong rambut. dah 2 tahun kot tak potong rambut. sebenarnya tak dapat nak recall bila last sekali wifey potong rambut. maybe di kariyana spa PJ selepas besalin yusuf hahah.

dalam jam 10,45am tu aku hantar wifey di satu saloon katanya mungkin abil masa dalam 1 jam. jadi dalam masa 1 jam tu aku bawa budak-budak pegi aquarium tengok2 ikan di pusat sukan laut. seronok juga tengok budak-budak ni mesmerized dengan ikan-ikan yang comel and colourful. dekat touch pool ada banyak shark kecik2 dan ikan kerapu. belangkas pun ada.

lepas habis tgk2 ikan, fatma nak main playground kat kawasan tu, tapi sebab panas main tak sampai 5 5 minit. hahaha. fatma siap terjatuh longkang lagi sebab tersalah step nak elak puddle.

kami pun pergi amek wifey. wow potong pendek terus. siap ada treatment2 ape tah. kena ketuk sampai 200 lebih hahaha. suke ati la. lepas tu kami pegi makan SCR. macam biasa la bila dah tengah hari budak2 jadi restless. adik nak itu nak ini. lompat sana lari sini. tak tenang nak makan. nasib bila suap sorang-sorang nak makan so ok la.

lepas tu kami naik kereta yusuf terus sleep. kami ke kedai pili furniture beli tempat sidai baju. sampai rumah kami lepak2 dalam bilik, sampai fatma tertidur. tapi aku tak tidur la sbb try survey prop kat KK.

petang tu kami ke botanical garden, bawak biskut nak feed fish. tapi biskut raya ni fish tak suka sgt kot. kurang dapat sambutan. lepas tu budak-budak main di playground. tapi fatma macam tak berapa enjoy kali ni tajk tau kenapa.

lepas tu kami ke ujana konon-knon nak makan pizzahut sekali tgk tutup daaa. renovation since 4oct.

so pegi giant shopping barang sikit terus balik

malam makan roti paratha segera dengan sardin. perghhh sedap giler lagi best dari makan pizza hahahaha

ok sekian saja.


No comments: