Wednesday, August 27, 2008

recharge


surah al-a'la 1-5

1. tasbihkanlah nama tuhan mu yang maha tinggi.

2. yang telah menciptakan (alam semester) dan menyusunkan kejadiannya dengan sempurna dan seimbang.

3. dan yang menentukan perencanaan (terhadap setiap makhluk) dan memberi bimbingan kepadanya.

4. dan yang mengeluarkan tumbuh-tumbuhan

5. kemudian ia jadikan tumbuh-tumbuhan (yang hijau) itu kering hitam kuning-kekuningan.


~~~~~


kita mungkin sering bertasbih selepas solat dengan menyebut ungkapan subhanallah. tp adakah ungkapan yg kita sebut itu hanyalah keluar dari mulut semata2 atau turut lahir dari hati yg dpt merasakan kesucian Allah yang maha tinggi daripada segala sifat2 kekurangan?

semua yang ada didunia ini adalah ciptaan Allah yang sempurna, iaitu mempunya sifat, cara hidup, matlamat hidup dan diberikan petunjuk atau cara yg mudah untuk mencapai sesuatu matlamat itu. ikan salmon akan kembali kepada sungai asalnya apabila tiba waktu mengawan. anak2 penyu akan tetap bergerak ke arah laut setelah menetas di bawah pasir. burung2 tidak sesat semasa migrasi dari utara ke selatan sewaktu musim sejuk.

akal membezakan manusia dengan makhluk yg lain. Allah kurniakan kita akal untuk kita mencapai sesuatu matlamat. manusia tidak mampu menyelam didalam air seperti ikan. tetapi dengan akal manusia mampu mencipta alat scuba untuk menyelam. manusia tidak mampu terbang sendirian seperti burung, tp dengan akal manusia mampu mencipta kapal terbang. akal membolehkan kita membezakan antara baik dan buruk.

akal tidak berfungsi bersendirian, ia memerlukan sesuatu 'program' yang dpt digunakan sebagai landasan untuk ia membuat keputusan. program ini dinamakan iman. allah memberi kita akal untuk mencapai sesuatu matlamat, iman menentukan cara dan result sesuatu matlamat dicapai. iman lah yang membolehkan kita membezakan antara yang baik dan yang buruk.

adakah kita telah menggunakan akal kita sebaik2nya?


~~~~

usrah minggu ni tadi buat kat rumah aku. ade 6 org yg dtg. kali nih buat tafsir surah al-a'la dan merujuk kepada tafsir fizilalil quran. sblom2 nih surah2 dalam juzuk 30 jugak. sebenarnye dah 6 pertemuan, tp 3 kali aku tak dpt dtg. so byk gak la yg aku miss..

alhamdulillah walaupun tak byk, tapi aku rase sekurang2nya terisi skit cuti aku. alhamdulillah aku diberi taufiq nak hadir usrah, sedikit sebanyak dapat la recharge diri yg tgh lalai dan hanyut nih. umpamanya, kalau tgh hanyut dibawa sungai deras, tak dpt naik kedarat, dapat pelampung pun jadilah. asalkan tak lemas..tp.. takmo la terapung je kan..hmm

cuti di mesia tinggal skit.. le bih kurang 2 minggu tinggal. macam2 tak buat lagi.. aihh...

No comments: