Tuesday, January 23, 2018

morning routine...

Assalamualaikun anak-anak papa semua.. muah muah

Harini papa bangun pagi tak berapa sedap badan sangat. Sebab last sunday papa masuk trail, lari dalam 17km selepas tu trail pulak licin sebab lepas hujan. Papa jatuh sekarang rasa sakit2 pinggang. Rasa sakit dah kurang tapi masih ada lagi sikit-sikit at certain posture. Plannya pagi tadi nak lari selepas subuh tapi bila bangun badan masih lagi sakit-sakit papa tak jadi la nak lari. Bukan saja tak lari. Subuh pun tak ke masjid.

So selepas solat subuh dengan mommy tadi papa limpang2 aja atas katil. Start jam 6.10am papa prepare breakfast. Harini papa goreng roti canai instant tu tepek dengan telur sebijik. Satu untuk papa, satu untuk mommy, dan satu lagi untuk fatma n yusuf sorang setengah bawak pegi skool.

Sambil-sambil tu papa prepare minum pagi jugak untuk papa n mommy. We all started eating breakfast around 6.25am sampai la dalam 6.45am macam tu.

Then papa mandikan fatma. Fatma as usual selepas mandi akan terus sambung tidur balik. While mommy kemas2 beg u all, papa kemas2 dapur sikit, cuci mana yang patut. Around 7.10am Yusuf dah siap mandi n pakaikan baju by mommy. Yusuf pun sambung tidur balik hari ni. Biasanya yusuf akan breakfast tapi maybe ngantuk sangat.

Selepas tu papa pergi siapkan semua barang-barang korang letak dalam kereta. Bukan beg-beg saja, tapi tudung, kopiah, selipar2 korang pun papa yang kena bawak masuk. Korang semua tidur jer. Selepas tu papa makesure semua sampah dah dibawa keluar.

Today around 7.20 papa bagi lily sy antibiotic yang baru je start semalam. Recently lily ada fever, some URTI symptoms and left ear discharge. This is not the first time. Last skali dulu penah treat lily for otitis jugak. After bagi lily ubat, papa letak lily dalam carseat and lily sambung tidur.

Selepas tu bangunkan Fatma pulak, pakaikan baju, sikai rambut n letak dalam kereta. Selepas tu angkat yusuf pulak yang masih sleepy, letak dalam kereta. Bila dah letak dalam kereta yusuf minta roti pulak. So papa cepat2 sapu roti dengan butter, tabur gula sikit n letak dalam griller..

Jam 7.35am kita start keluar, korang semua masih tidur nyenyak dalam kereta... Yusuf tak makan pun lagi roti yang papa buat tu..

Just before sampai sekolah papa kejutkan fatma, untuk pakai tudung. fatma biasala bile ngantuk2 macamtu mula la merengek sikit, cakap tak suka pergi skool.

Sampai je skool, papa letak barang2 korang kat pintu dulu. kemudian baru angkat satu2. Mula-mula yusuf. Yusuf belum makan lagi roti tapi bila papa ambil plate tu cakap plak nak makan roti, so dah masuk skool pun bawak sekali pinggang tu masuk dalam. Kemudian fatma pulak. fatma nak basuh muka dulu so basuh la muka.

Selepas dah settle dengan korang, papa ke UTC pulak hantar Lily, by the time papa angkat lily dari carseat lily pun bangun tapi ngantuk2 lagi. Bawa naik atas, pass pada penjaga sign attendance n terus gerak ke klinik.

So selepas dah settle semua, sampailah papa di klinik jam 8.05am hahaha tu saja sekian untuk hari ni. =)

No comments: