Tuesday, January 02, 2018

rutin hari ni berubah. dan tahun ni akan lain dari tahun lepas.

hari ni yusuf masuk sekolah sama dengan fatma di PASTI al ihsan. yusuf nampak tenang on the way ke sekolah. dirumah pun macam sama, selepas  bangun tidur, mommy mandi kan, papa sapukan cream.. mommy pakaikan baju, kemudian breakfast oat sambil tengok TV.

Sebelum masuk kesekolah boleh nampak banyak drama depan pintu. suara budak2 menangis kesian betul. Mungkin sebab tu nampak yusuf macam takut2 nak masuk sekolah. nasib baik ada fatma. fatma pimpin yusuf masuk dalam sekolah, cari tempat duduk n letak bag. 

selepas hantar fatma n yusuf aku hantar lily pulak ke nursery di UTC.

Selalu sebelum ni mommy yang hantar yusuf n lily tapi kali ni semua papa yang hantar. 

sebab starting today mommy tak lagi kerja di UTC. Mommy jaga area lajau. 

for the past 2 years almost everyday papa buat rutin yang sama. 

pagi hantar fatma ke skool. lepas tu beli barang di pasar. balik rumah kemas2 sikit lepas tu masak untuk dinner. dalam jam 12 akan siap nak keluar lunch dengan mommy kat UTC. Selepas lunch masuk kerja. 

So kali ni dah tak lunch dekat UTC. lunch sendiri2 jer...

No comments: