Wednesday, January 31, 2018

this morning not so smooth

Assalamualaikum anak-anak papa yang nakal..

Semalam yusuf tak demam so time isyak ysuf n fatma ikut pergi masjid. tapi mungkin sebab takde budak lain kat dalam tu, suara korang jugak la yang paling kuat. dah penat papa pesan jgn lari2 sampai depan, jangan ketawa kuat2.. jgn jerit2.. tapi same jugak.. fatma pulak suka menyakat yusuf.. sikit2 dengar yusuf nanges.. lepas tu ketawa2 balik.. pelik betul.. sib baik korang budak2 lagi.. kalau orang tua macam tu confirm bipolar...

lepas tu papa belikan aiskrim sorang satu dekat petronas. beli aiskrim paddlepop rainbow. dalam kereta papa pesan kat korang kalau nak makan aiskrim ni kena habiskan nasik dulu. dan kena makan sayur. mommy masak sayur carrot so korang kena makan carrot 5 ketul kecik. fatma mengada2 tanak 5 tapi nak 3 je.. yusuf agree for 5..

sampai rumah, kita semua makan, tapi as expected fatma merengek2 bila suruh makan carrot.. tapi last2 habis jugak dengan nasik2 semua.. yusuf pun sama... selepas makan nasik baru marak aiskrim..

malam semalam semua masuk bilik awak jugak la before 10 dah light off.. tak baca buku pun sebelum sleeep

Pagi ni papa pergi easy run selepas subuh mcm biasa. balik rumah, prepare breakfast, basuh baju second round. Selepas makan breakfast macam biasa mandi kan fatma... selepas mandi fatma sambung tidur lagi. cakap nak makan honeystart bawak pergi skool

Yusuf pulak dari mommy kejut sampai mandi, pakai baju tak henti2 nanges cakap taknak mandi taknak mandi.. sampai la papa masukkan yusuf dalam kereta baru stop nanges tu pun sebab bagi tengok fon kejap.

Sampai kat sekolah korang, tengok2 bag fatma pulak takde.. tertinggal la tu.. fatma dalam kereta tidur sampai2 baru gelabah nak pakai tudung, cari anak tudung tak jumpe..

haii pening kepala papa layan korang camni hari2...

No comments: