Saturday, January 27, 2018

perasaan marah anak

Assalamualaikum anak-anak papa ku sayang...

Semalam papa balik rumah lambat sikit sebab selepas habis klinik, papa ke PASTI3 untuk buat kerja2 sikit. Tengok buku perbelanjaan and tolong diorang buat mural sikit.

Masa papa sampai rumah dlm jam 11 macamtu, fatma yang sambut papa bukak pintu. Yang lain semua dah masuk bilik maybe dah tidur kot. fatma tengah tengok tv, lampu semua masih terbukak, laptop pun terbukak.

Papa switched off semua lampu, fatma off tv and bawa fatma masuk bilik. Selepas papa tukar baju, solat n baring papa tanya fatma, "fatma ada marah2 mommy tak harini, mommy ada marah fatma tak?" fatma jawab takde.. sikit2 je.. kemudian semua tidur..

Pagi ni mommy bagitau papa yang semalam mommy stress dengan fatma sebab fatma jerit2 kat mommy bila mommy suruh fatma kemas barang sepah. Mommy fed up terus biarkan fatma tengok tv, bawa budak2 lain masuk bilik. Sebab tu la korang semua tak ikut papa pegi PASTI yang asalnya plan nak gi sama2.

Recently papa concern tentang fatma punya emotion. Papa nampak fatma macam cepat marah. tak pasti sebab apa, bila ada saja perkara yang tak kenal fatma akan mudah bagi reaksi marah. Papa sebenarnya takut kalau sifat marah tu mungkin sebab kami terlalu banyak 'marah' fatma? Satu lagi papa perasan yang fatma mungkin simpan perasaan, tak luahkan mungkin sebab tak pandai nak luahkan selalu.

Ada satu malam tu, fatma macam penat sangat tapi biasalah walaupun penat fatma masih lagi nak terlompat2 atas katil. Sampaikan pijak2 pillow walaupun dah banyak kali pesan jangan pijak pillow sebab tu tempat letak muka nnt kotor. Kami ada marah fatma mungkin dengan suara yang tinggi dan tegas sikit, kemudian fatma terus menjerit dengan perasaan marah, kemudian menangis.. Papa terus tutup lampu, baring dengan fatma. Papa boleh nampak masa tu muka fatma macam tengah  tahan perasaan. Papa peluk n tanya fatma " fatma rasa marah lagi ke.. cuba fatma cakap kat papa apa fatma rasa sekarang.. jangan simpan2.."

kemudian fatma pun luahkan...

"mommy ni asik nak marahh jerr... nak cubit laaa..."

"fatma nak amik star fatma tadi...." - ni mungkin nak justify kenapa pijak2 piloow tadi

dan yang papa mcm tak sangka sikit...

"kenapa papa haritu asikk marahhh je masa balik labuan..." - fatma tiba2 ungkit kisah lama

papa tanya "balik labuan masa bila papa marah?"

"aritu balik labuan naik ferry... papa maraahh.. marahh.. asik maraahhh jerr" reply fatma...

Teringat balik.. masa tu papa marah sangat sebab kita terlepas ferry balik dari menumbok ke labuan.. sampaikan kita kena bermalam kat menumbok dan esok paginya baru balik ke labuan.. tu pun nasib baik ada tiket...

So yes... fatma papa rasa mmg jenis simpan perasaan. cumanya papa bimbang kalau terlalu lama menyimpan dan tak luahkan, fatma akan jadi orang yang cepat stress, susah nak happy, cepat merajuk dan lain2..

Mungkin salah kami as parents kurang berkomunikasi cara yang sesuai dengan fatma. Papa tengok fatma macam lebih matang daripada usia fatma. So we should deal with u differently...

Papa taknak anak-anak papa rasa rumah tu macam tempat yang tak best utk tinggal bila dah besar nnt. Papa taknak anak-anak papa cari kasih sayang dan perhatian di tempat lain bila korang dah besar nanti...  tu je..

No comments: